Thursday, August 13, 2009

:: Ust Asri Rabbani-PERGI TAK KEMBALI-AlFatihah ::

Saya Mendapat Email tentang perkhabaran ini dan Terbaca dari Entry terbaru Ust Hasrizal (saiful Islam) menyatakan bahawa:
Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.
Blog Allahyarham Ust Asri..

Teringat suatu ketika dahulu ketika saya masih di bumi Matrik Uia, Petaling jaya di mana saya bersama sahabat2 lain pernah beberapa kali menganjurkan konsert2 amal Kumpulan Nasyid Malaysia di bawah GRIMIS Club.. dan antaranya yang menjadi pilihan kami adalah kumpulan Rabbani. Moga sahabat2 beliau dalam Rabbani terus bersama dalam melestarikan impian beliau. Moga Roh Allahyarham mendapat rahmatNya dan tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa. amiin..



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Beliau sudah.. kita pula bila..? Moga ianya jadi peringatan buat diri dan dalam Iman kepadaNya selalu.. Al- Fatihah!

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”