Sunday, August 23, 2009

:: 1 RAMADHAN DI SWEILEH ::

Alhamdulillah selesai sudah satu hari berpuasa di perantauan bagi tahun yang ke-2 kami di sini.. Jika tahun pertama sesampainya kami di bumi Amman, kami menyambut puasa buat pertama kalinya iaitu pada tahun 2007 dan pada tahun lepas (2008) berpeluang menyambutnya bersama keluarga tercinta di sebelah Johor dan pahang ketika pulang bercuti bertemu keluarga yang dirindui. Dan buat kali keduanya inilah iaitu pada tahun 2009 ini sekali lagi kami menyambutnya di sini jauh dengan keluarga tetapi dekat dengan 'keluarga besar' Amman, sweileh khususnya :). Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa lagi pada tahun ini.

Ust Sulaiman beri ucapan. disebelahnya Ust Mujahid, penceramah yg pada majlis ini

Semalam kami menyambutnya bersama-sama dengan ahli 'keluarga besar' di sweileh melalui satu majlis ihya' Ramadhan yg dianjurkan oleh pihak PPMAJ. Sederhana tapi cukup meriah. Dipenuhi dengan perjumpaan bersama Pengarah MSD sendiri, ust Sulaiman, seterusnya bacaan al-Qur'an dari saudara Baith,perasmian serta gimik oleh ust sulaiman, persembahan multimedia hasil dari buah tangan ustaz-ustaz (ajk program),Ceramah penghayatan Ramadhan yang mantap dari Ust Mujahid berkenaan bgaimana kita memanfaatkan bulan yg mulia ini tanpa kita mensia-siakan peluang bagi merebut ganjaran dari Allah SWT demi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya.

ust Mujahid sedang menyampaikan ceramahnya

Melihat anak-anak yang sudah tidak sabar-sabar untuk berbuka, ada yang keletihan, terbaring lesu, mengadu pada si ibu bila mahu buka puasa.. buat saya geli hati dan mengenang kembali kisah2 puasa saya ketika seusia mereka.. ;)

telatah anak-anak yg menahan lapar berpuasa.. ;)

Maka pada saat berbuka, anak-anak terpancar wajah ceria kembali.. mengadah tangan membaca doa dan kami semua berbuka dahulu dengan buah kurma, buah epal serta sedikit kuih ketayap yang saya sempat buatkan. Sekadar mahu meraikan mereka yang berpuasa.. :) Saat gembira berbuka bersama dengan keluarga di sini mengubat rasa kerinduan saat berbuka bersama keluarga di Malaysia. Menggamit satu memori yg indah.. :)
anak-anak yang ceria (tak pose ye..hehe)

zikir seusai solat maghrib berjemaah

Setelah itu kami solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ust Sulaiman sendiri sebelum masing-masing menjamu selera kemudiannya. Masakan ayam bersama daging masak paprik dan ikan kisi merah besar masak 'Sweet Sour' amat membuka selera kami semua. Hasil dari air tangan ketua chef, Ust Shahrul bersama crew2nya yang lain. :D ditambah makan pula bersama nasi putih yang masih panas.. yummy.. alhamdulillah... :)

Juadah Pembuka selera.. :)

Masing-masing pun dah sedap perutnya, dah kenyang melayan keenakan makanan, bersedia pula untuk solat isya' dan terawikh apabila berkumandangnya azan dari masjid Abdul Rahman Auf. Seusainya solat terawik bersama sunat witir, kami semua bertadarrus bersama yang dibahagikan kepada 3 kumpulan termasuk 1 kumpulan akhawat (para ibu) ;).


Bertadarrus beramai-ramai

Sungguh manis, sungguh indah kenangan berpuasa, berbuka, bertarawikh, bertadarrus bersama-sama ketika diperantauan. Mengeratkan tali silaturrahim sesama kami.. Moga kita semua terus diberi kekuatan dalam menjalani ibadah ini dengan penuh kesabaran dan keimanan. amiin.
Bergambar kenangan



Dikesempatan ini kami semua mengalukan kedatangan 'keluarga baru' ke bumi sweileh iaitu Ust Mustafa (PhD in Syariah, dr Uiam) dan juga Ust Nasir sekeluarga (PhD in Syariah dari Usim). "Kata orang patah tumbuh hilang berganti.." pulangnya sahabat2 ke tanah air untuk menyemai bakti setelah tamatnya pengajian, diganti pula dengan kedatangan mereka ini.. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.. :D



Salam Tautan Mahabbah,
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!

6 comments:

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

ASSALAMUALAIKUM,

"SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH WARGA PENUNTUT DI JORDAN"

Satu soalan
Kueh Kotoyyif tak nampak pun kat majlis berbuka puasa tu. Tak masuk dalam menu ke.

Dah lama tinggalkan Jordan- terikat sangat kat kueh tu

Unknown said...

wa'alaikumussalam wrt..

selamat Berpuasa juga buat ustaz sekeluarga.. :)

kuih Kotoyyif tu dah digantikan dgn kuih ketayap kita (msia..) so x da dlm majlis.. hihii.. tapi ada dah dijual di tepi2 jalan.. :) ramai sungguh warga arab yg beratur nak beli..kami lalu je..hehe..

Nafastari said...

Salam, kak ayu.
Ramadhan Kareem dari Islamabad.

Unknown said...

Nafastari @ Jay :

Salam Ramadhan Mubarak juga utk Jay sefamily.. Wah..jauh nun di sana sekarang.. kerja ye? akk dah baca di blog jay ttg Islamabad.. erm.. macam tu plak ye sana.. Allah yurdho'alaikum.. :)

Unknown said...

salam

minta tlg sangat sampaikan salam pada yana dan ust nasir.

minta yana buat blog juga , jadi saya dapat contact dengan dia.

Unknown said...

Ukht Saleha,

insyaAllah saya sampaikan nanti.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”