Friday, August 7, 2009

:: Redha Atas KetentuanNYA ::

"Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu... Pasti akan damailah hatimu, kerana masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia... Bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan Nya..."






Terima kasih atas ucapan, doa, kata-kata semangat dan prihatin dari sahabat2 semua.. Kami redha dan pasrah atas apa yang telah Allah tentukan ini takdirNya.. Moga hari-hari mendatang lebih tabah, lebih mengahargai, muhasabah juga buat diri.. Allah Maha Mengetahui tiap segala sesuatu.. Pasti ada hikmahNya.. kami mohon rahmatMu selalu ya Rabb.. amiin.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”