****************************************************************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah, cahaya di atas cahaya, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta, Pemberi Rezeki dan Pemberi Petunjuk ke jalan-Nya yang benar,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, nabi pilihan lagi maksum.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Saudariku Yang Dihormati,
Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Ramadan, Bulan di mana syaitan diikat, hamba-Nya dimerdekakan dari azab api neraka,
Saudariku,
Apa yang anda telah persiapkan untuk menghadapinya? Ramadan merupakan madrasah, Ramadan peluang yang mesti direbut, Jika anda rasa berat untuk beribadah pada bulan selain Ramadan, Anda akan merasa mudah untuk melakukannya pada bulan ini. Jika anda berhasrat untuk meninggalkan dosa atau bercadang untuk melakukan perkara-perkara yang keji, Pada bulan inilah anda mampu mengubahnya insyaallah.
Kerana keadaan sangat sesuai bagi anda, Pada siang hari, orang Islam berpuasa daripada makan dan minum serta meninggalkan perkara-perkara yang haram. Pada malam harinya, mereka memperbanyakkan ibadah kepada Allah Maha Pemurah, masjid-masjid diimarahkan, suara-suara dakwah berkumandang di merata tempat.
Kelihatan Anda telah memasang azam yang tinggi untuk berubah, akan tetapi anda perlukan pedoman. Inilah pedomannya di mana anda akan mencapai sasarannya. Inilah perhentiannya di mana saya mahu berhenti sebelum saya menahan anda. Sasaran kita adalah sama, bersatu menuju ke arah syiarnya, tiada sesiapa yang boleh menyaingi saya untuk bertemu dengan Ar-Rahman.
Saudariku,
Jangan anda sia-siakan walau seminit di bulan Ramadan, Bahkan jangan sia-siakan walau sesaat, Jangan anda menyesal setelah Ramadan berakhir, Jangan kamu tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.
Di antara amalan yang disukai oleh Allah SWT ialah solat pada awal waktunya. Hendaklah kamu berada di atas tikar sejadah ketika azan dilaungkan, Jawablah seruan azan agar anda beroleh syafaat Rasulullah SAW.
Mulakanlah pagi anda dengan menunaikan solat Subuh, Disunatkan agar memanjangkannya dan berzikirlah selepasnya sehingga terbit fajar, Dan tunaikanlah solat Isyrak dua rakaat 15 minit selepas terbitnya fajar agar anda dipanjangkan usia. Selepas itu sehingga 20 minit sebelum zuhur, solat sunatlah apa jua pun khususnya
solat Dhuha yang akan dibalas dengan pahala sedekah berlipat ganda dan ianya tiada had.
Sebaik-baiknya anda 'qulailah' 45 minit sebelum masuknya waktu Zuhur untuk memudahkan anda Qiyamullail pada malam harinya.
Jangan lupa melakukan solat-solat sunat, Duduknya anda di atas sejadah setiap kali selepas solat menyebabkan malaikat meminta ampun bagi pihak anda selagi mana anda tidak membicarakan mengenai perihal dunia.
Dari solat Zuhur ke solat Asar pelbagaikanlah jenis ibadah mengikut keinginan anda, Tuailah kebun anda di syurga dengan memperbanyakkan tasbih.
Dekatilah Allah dengan memperbanyakkan sujud kerana ianya sedekat-dekat tempat seorang hamba dengan Tuhannya sebagaimana Allah SWT berfirman:
" Dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"(Al-A'laq:19)
Dan penantian anda untuk mendirikan solat yang lain merupakan tali pengikat sebagaimana sabda Rasulullah SAW: " Itu bagi kamu adalah tali pengikat".
Sebelum solat Asar, tunaikanlah solat sunat qabliah 4 rakaat. Ingatlah doa nabi Muhammad SAW kepada mereka yang melakukannya: " Ya Allah ya tuhanku, kasihanilah mereka yang mendirikan solat sunat qabliyyah 4 rakaat".
Waktu selepas Asar hingga Maghrib merupakan waktu yang diharamkan solat maka hendaklah anda mengisinya dengan zikir, membuat persiapan berbuka puasa dan mengemas rumah. Janganlah anda melebih-lebihkan makanan kerana ianya membuang masa dan merupakan amalan pembaziran.
Waktu sebelum azan Maghrib merupakan waktu di mana doa-doa dimakbulkan, maka duduklah di meja hidangan dan rebutlah detik yang berharga ini dengan istighfar, zikir dan doa. Kemungkinan anda ada membuat dosa terhadap seseorang ataupun anda tergelincir, maka mintalah pengampunan dan rahmat daripada Allah Yang Maha Pengampun.
Tidur selepas Maghrib adalah dibenci.Para sahabat bangun sepertiga malam melakukan Qiyamullail walaupun dalam keadaan mengantuk dan mereka ini mendapat pujian Allah SWT dalam firmanNya:
" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) (As-Sajdah:16)
Pada dua puluh hari pertama bulan Ramadan, Tidurlah wahai saudariku selepas Solat Tarawikh, Jangan buang masa dengan banyak tidur kerana ianya mewarisi kepapaan pada hari kiamat. Anda melihat para solehin mengimarahkan masa mereka dengan berzikir, solat dan melakukan amalan soleh pada hari kiamat,
Anda telah kehilangan masa disebabkan tidur, maka beramallah dari sekarang sebelum anda berkata: " Ya Allah Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat melakukan amal soleh ".
Bangunlah sepertiga malam, bermunajatlah kepada-Nya dengan membaca kalamNya, dampingilah diri-Nya dengan sujud kepada-Nya, bangunlah di akhir malam walaupun dengan melakukan solat dua rakaat walaupun sebelumnya anda telah melakukan solat witir selepas solat Tarawikh.
Adapun makanan sahur anda telah sediakan sebelum tidur hanya perlu dipanaskan sahaja. Rasakanlah ketika kamu menyuapkan makanan ketika sahur, malaikat mendoakan anda meminta keampunan kepada Allah SWT. Dengan bersahur, anda telah melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah anda mengharamkan diri anda untuk mendapatkan ganjaran yang besar ini.
Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, Hidupkanlah malam-malam tersebut, sesungguhnya rasulallah SAW apabila memasuki sepuluh terakhir bulan Ramadan, baginda menghidupkan malam-malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarga baginda. Baginda mengikat perut untuk bermujahadah dengan beribadah dan berzikir.
Jika anda dizalimi, belum dikurniakan zuriat, dalam kesempitan rezeki atau dalam kesedihan maka hidupkanlah sepuluh malam terakhir bermula dari lepas solat Maghrib sehingga terbit fajar, mudah-mudahan anda menemui malam Lailatulqadar.
Akhirnya wahai saudariku,
Makmurkanlah sepanjang Ramadan dengan berzikir kerana ianya di antara amalan yang disukai oleh Allah, Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW terutamanya pada hari Jumaat kerana pada hari itu ianya lebih baik daripada zikir, Bersedekahlah setiap hari walaupun seringgit ataupun sedikit makanan, nescaya dua malaikat mendoakan setiap hari: " Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah orang-orang yang bersedekah gantian ke atas sedekah mereka".
Saya berdoa agar anda masih sempat untuk bertemu dengan Ramadan kali ini dan diselamatkan daripada azab api neraka, Semoga Allah SWT memakbulkan apa yang anda harapkan dan menjadikan anda di kalangan orang-orang yang terdahulu.
Saudarimu,
Asiah
No comments:
Post a Comment