Sunday, August 30, 2009

KEK

Semalam(29 Ogos) Birthday Ummu Uwais.. yg ke-28.. Alhamdulillah, syukur atas nikmat usia, kehidupan, segala-galanyalah yg Allah kurniakan.. makin bertambah usia, makin pendeklah sebenarnya masa yang ada.. Moga masa-masa ini dimanfaatkan sebaiknya untuk kebaikan demi bekalan menuju Ilahi yg entah bila Allah akan panggil.. Ku pohon selalu petunjuk, istiqamah, ditetapkan iman padaNya.. moga segala dosa-dosa lalu diampunkanNya, dan dosa-dosa ini tak bertambah seiring dengan pertambahan usiaku.. amiin ya Rabb..




Kek Birthday yg disediakan khas dari Bayt Hanoun, keluarga anak susuan saya, hanin. Mamanya bersama abinya berusaha buatkan kek yg kami tempah.. :) alhamdulillah sangat sedap dan laziz.. hehe. Kami makan bersama-sama dengan ahli ppmaj yg lain ketika majlis Iftar yg dibuat kali ini di rumah Ust Syed dan K.Pah. Ikatan Ukhuwwah Fillah, insyaAllah yg telah terbina semakin akrab antara kami. InsyaAllah tunggu giliran iftar di rumah kami pula.. (rumah baru).. Entry ini ringkas saja kerana saya bersama suami sedang sibuk mengemas/packing barang2 untuk berpindah ke rumah sewa yg baru yg terletak berdekatan saja dengan rumah sewa sekarang.. :)

Buat Hubby, Syukran atas hadiah yg diberikan..:) so sweet.. harapan umi cume kebahagiaan ini seiring selalu bersama dalam keluarga kita yg masih awal terbina. Bimbinganmu, tarbiahmu, didikanmu amat umi perlukan untuk perubahan yg lebih baik. Thanks for everything.. Allahu yurdho 'alaik.. :)

Note: maaf, kek ni diharap tidak menguji kalian yg sedang berpuasa..hehe.. ;)


Saturday, August 29, 2009

عيد ميلاد سعيد

عيد ميلاد سعيد يا زوجتي حبيبتي. تعجبني مثابرتك ومجاهدتك في رعاية طفلنا الشاطر. وأشكرك على حسن مصاحبتي في السراء والضراء. وأتمنى لك الصحة والعافية والسلامة في الدارين إن شاء الله.



زوجك المحبب،
أبو أويس

Thursday, August 27, 2009

Peluang Keemasan!!




















Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual. Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!

Baca selanjutnya di sini.. :)

Salam Ramadhan!!

Tuesday, August 25, 2009

:: BUAH TANGAN UNTUK UWAIS ::

Alhamdulillah.. kini Uwais Amzar dah pun masuk 1 tahun 8 Bulan.. Cepat je masa berlalu.. Semakin cepat masanya membesar, semakin debarlah ummi dan abinya dalam cabaran mendidik dan membimbingnya ke arah jalan yg dicintaiNYA.. :) Setiap waktunya pasti memerlukan ujian minda dan fizikal sementelah anak-anak seusia, perkembangannya amat cepat. Tiap hari ada sahaja perkara baru yang mereka akan belajar melalui penglihatan serta pengamatan daripada orang sekeliling terutama ibu bapanya..

Ahad lepas, Uwais menerima kedatangan kawan barunya yang tiba dari Malaysia (adik Irfan) anak kepada Ust Nasir dan Yana. Dan bersama-sama mereka, ada buah tangan dari keluarga abg Ammar Haziqi, temannya ketika di Malaysia lagi. Ummu Ammar dan Abu Ammar yang sangat baik hati belikan 2 jenis Kupiah dan buku Iqra' untuk digunakan sepanjang Uwais berada di sini. Jazakumullah atas kiriman yang sangat berharga ni! Uwais ternyata amat sukakannya! Tak payah suruh pakai pun, nak pakai sendiri. Nak ngaji, amik sendiri tunjuk pada Ummi Abi minta ajarkan. Alhamdulillah.. Terima kasih tak terhingga juga buat Yana sefamily yang sanggup bersusah payah membawa barangan kiriman itu! Allahu yubarik 'alaikum..!

Uwais sukakannya..!

Buku Iqra' Cara Cepat Belajar baca Al-Qur'an (bhgn 1)


Baru-baru ini saya dapat satu laman web dari K.Ina Sweileh Family katanya bagus untuk Uwais. Nama lamannya Starfall. Saya ajak Uwais duduk bersama saya dan saya tunjukkan padanya laman ni. Saya buka beberapa huruf abc, ternyata dia suka sangat dan dapat ikut sebutan yang diajar. Laman pembelajaran kanak-kanak ni ada pelbagai segmen dan terdapat pelbagai lagu serta animasi bagi tidak membosankan kanak-kanak dan mudah untuk 'catch up' nya. :D saya pun seronok tengok..hhehee..


Dan sebenarnya Ummu Ammar juga ada kirimkan sekali buku-buku hasil tulisan Ust hasrizal (saifulIslam) yang saya pesan belikan ketika Pesta Buku Antarabangsa berlangsung di PWTC dulu. Dulu pinjam je buku yg pertama tu (aku terima nikahnya) dari mama hanin, kini dah ada sendiri baru puas nak baca..hehe.. nak kena baca habis cepat.. 'kakak-kakak' saya kt sini dh cop nak baca juga.. ;)

bacaan santai tika boring2.. :) korek rahsia bahagia rumahtangga.. ;)

Terima Kasih Kak Shila (ummu ammar) dan juga Ummu Irfan (Yana) sekeluarga atas bantuan kalian. Allah jua sebaik2 ganjaran.. :)


uhibbukum fillah insyaAllah..
~ummu uwais~

Monday, August 24, 2009

:: Puasa Lindungi Mulut dan Gigi ::

Puasa Lindungi Mulut dan Gigi

oleh Dr. Badiah Baharin

Kelebihan dan keistimewaan Ramadan sering dilihat bersifat kerohanian, tetapi sebenarnya ia juga mempunyai banyak fadilat daripada sudut kesihatan.

Banyak kajian membuktikan berpuasa antara langkah terbaik untuk menurunkan berat badan, kandungan glukosa (gula) dan lemak dalam darah serta tekanan darah tinggi. Malah, Ramadan memberi peluang kepada sistem pencernaan untuk berehat selepas bekerja selama 11 bulan.

Berpuasa juga dapat mempertingkatkan mutu kesihatan mulut serta memupuk tabiat baik ke arah penjagaan gigi dan gusi. Penjagaan kesihatan mulut selalu dipandang remeh sehingga ramai pesakit menanggung kesakitan akibat kerosakan gigi mahupun gusi.



Ramai pesakit mengambil jalan mudah dengan hanya mencabut gigi apabila mengalami kesakitan. Kehilangan satu anugerah Ilahi yang tidak terperi ini bukan mudah dan murah untuk diganti dengan sesuatu yang seumpamanya. Justeru, pencegahan penyakit pergigian selalu ditekankan supaya rawatan masalah membabitkan gigi tidak menjadi rumit.

Perlindungan Gigi Semasa Puasa

Langkah pencegahan sebenarnya boleh diamalkan ketika berpuasa. Contohnya, bagi penyakit karies atau gigi berlubang, kajian menunjukkan apabila manisan dalam bentuk karbohidrat ringkas kerap didedahkan kepada permukaan gigi, kesan pereputan mineral gigi menjadi semakin besar.

Apabila seseorang itu berpuasa, gigi terlindung 14 jam daripada kesan manisan. Ia hanya berlaku ketika berbuka puasa apabila manisan dalam juadah dan makanan mula diambil.

Walaupun kita disunatkan memakan makanan manis seperti tamar atau buah-buahan ketika berbuka, kita perlu ingat supaya sentiasa bersederhana, terutama dalam soal makan.

Memperbanyakkan amal ibadat sunat seperti solat tarawih dan bertadarus sedikit sebanyak dapat mengawal kekerapan umat Islam untuk makan, terutama pengambilan makanan atau minuman manis. Ia dapat mengurangkan kekerapan pendedahan manisan ke atas permukaan gigi dan proses kerosakan gigi.


Elak Rokok

Pengambilan makanan dan minuman manis mesti dikawal ketika berbuka. Bagi perokok, jangan cari rokok sebagai 'pelengkap' berbuka.

Selain menjadi sebab utama kepada lebih 10,000 kematian setahun di negara kita, merokok sebenarnya memberi kesan negatif kepada kesihatan mulut seperti pertukaran warna kepada permukaan gigi dan nafas berbau.

Mengikut kajian, tidak ramai tahu perokok juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat barah mulut dan penyakit gusi (periodontitis). Penyakit gusi mengakibatkan gusi menjadi radang dan kehilangan sokongan gigi pada soketnya.

Kesan sistemik kepada tubuh badan apabila merokok ternyata berkurangan dan perokok berjaya menahan daripada ketagihan nikotin selama 14 jam ketika berpuasa. Perokok sepatutnya mengambil peluang pada Ramadan untuk membentuk hidup lebih positif dengan mengurang atau memberhentikan tabiat merokok.

Kesan berhenti merokok terbukti ada banyak kelebihan daripada segi memulihkan penyakit gusi dan pencegahan barah mulut.


Mulut Berbau

Merokok memberi kesan buruk kepada kesihatan mulut. Masalah mulut berbau adalah perkara biasa ketika berpuasa.

Apabila berpuasa atau berlapar, badan membakar lemak untuk penghasilan tenaga dan ini mengakibatkan pembebasan aseton melalui nafas yang memberi bau kurang menyenangkan.

Mulut juga bertambah kering ketika berpuasa. Bagaimanapun, ia tidak perlu dibimbangkan, malah ia satu kelebihan bagi orang berpuasa sebagaimana disebut dalam hadis diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim : 'Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada harum kasturi.'

Namun mulut tambah berbau dan kurang menyenangkan apabila mulut menjadi terlalu kering, kurang bersih dan memakan makanan berbau ketika berbuka atau bersahur. Mulut kering mengakibatkan sel mati di dalam mulut terkumpul pada permukaan lidah dan gigi menyebabkan mulut berbau.

Kebersihan mulut yang tidak baik disebabkan terdapat sisa makanan dan plak yang terkumpul pada permukaan dan celah gigi. Sisa makanan dan plak bertindak balas dengan bakteria dan menghasilkan gas berbau (sulfur).

Makanan seperti rempah-ratus dan bawang putih boleh mengakibatkan mulut berbau jika diambil berlebihan ketika berbuka mahupun bersahur. Justeru, untuk nafas lebih menyenangkan, mengurangkan masalah kerosakan gigi dan meningkatkan kesihatan mulut, amalan berikut boleh membantu.

# Memberus gigi secara menyeluruh dengan lebih efektif sebelum tidur dan selepas bersahur
# Menggunakan flos untuk membuang plak dan sisa makanan antara celah gigi
# Bersihkan gigi palsu dengan baik
# Banyakkan minum air sewaktu berbuka dan bersahur
# Pastikan gigi berlubang ditampal
# Mengawal kuantiti dan kekerapan pengambilan minuman dan makanan manis

Memberus Gigi Amalan Rasulullah SAW

Peluang menambah pahala sentiasa terbuka sepanjang Ramadan apabila kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW iaitu sentiasa bersugi (membersihkan gigi).

Sudah pasti apabila ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih, bertadarus dan bertahajud pada malam hari, disunatkan memberus gigi sebagai sebahagian penjagaan kebersihan diri sebelum menunaikan ibadat.

Rawatan Gigi

Rawatan gigi boleh dilakukan ketika berpuasa tanpa perlu berbuka jika tiada bahan luar ditelan selain air liur. Pemberian ubat bius setempat juga tidak membatalkan puasa seseorang. Sungguhpun demikian, ramai orang lebih selesa untuk mengelak menerima rawatan pada Ramadan untuk menjaga kesempurnaan puasa mereka.

Namun, kita digalakkan sentiasa memastikan mulut dan gigi dalam keadaan baik sebelum menghampiri Ramadan.

Berjumpa doktor gigi dengan kerap secara tidak langsung memberi kesan penjagaan kesihatan gigi yang baik dan pencegahan penyakit gigi serta mulut.

Semoga Ramadan menjadi tapak latihan untuk kita meningkatkan amal ibadat, di samping memelihara tabiat baik penjagaan kesihatan mulut yang dibentuk sepanjang Ramadan seperti mengawal dan mengehadkan pengambilan makanan dan minuman manis serta membersihkan gigi setiap kali selepas makan dapat diteruskan sepanjang tahun.

untuk lebih banyak info tentang tip-tip kesihatan sila lawati laman INFO KESIHATAN ANDA.. mekacih.. ;)

Sunday, August 23, 2009

:: 1 RAMADHAN DI SWEILEH ::

Alhamdulillah selesai sudah satu hari berpuasa di perantauan bagi tahun yang ke-2 kami di sini.. Jika tahun pertama sesampainya kami di bumi Amman, kami menyambut puasa buat pertama kalinya iaitu pada tahun 2007 dan pada tahun lepas (2008) berpeluang menyambutnya bersama keluarga tercinta di sebelah Johor dan pahang ketika pulang bercuti bertemu keluarga yang dirindui. Dan buat kali keduanya inilah iaitu pada tahun 2009 ini sekali lagi kami menyambutnya di sini jauh dengan keluarga tetapi dekat dengan 'keluarga besar' Amman, sweileh khususnya :). Syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan menjalani ibadah puasa lagi pada tahun ini.

Ust Sulaiman beri ucapan. disebelahnya Ust Mujahid, penceramah yg pada majlis ini

Semalam kami menyambutnya bersama-sama dengan ahli 'keluarga besar' di sweileh melalui satu majlis ihya' Ramadhan yg dianjurkan oleh pihak PPMAJ. Sederhana tapi cukup meriah. Dipenuhi dengan perjumpaan bersama Pengarah MSD sendiri, ust Sulaiman, seterusnya bacaan al-Qur'an dari saudara Baith,perasmian serta gimik oleh ust sulaiman, persembahan multimedia hasil dari buah tangan ustaz-ustaz (ajk program),Ceramah penghayatan Ramadhan yang mantap dari Ust Mujahid berkenaan bgaimana kita memanfaatkan bulan yg mulia ini tanpa kita mensia-siakan peluang bagi merebut ganjaran dari Allah SWT demi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya.

ust Mujahid sedang menyampaikan ceramahnya

Melihat anak-anak yang sudah tidak sabar-sabar untuk berbuka, ada yang keletihan, terbaring lesu, mengadu pada si ibu bila mahu buka puasa.. buat saya geli hati dan mengenang kembali kisah2 puasa saya ketika seusia mereka.. ;)

telatah anak-anak yg menahan lapar berpuasa.. ;)

Maka pada saat berbuka, anak-anak terpancar wajah ceria kembali.. mengadah tangan membaca doa dan kami semua berbuka dahulu dengan buah kurma, buah epal serta sedikit kuih ketayap yang saya sempat buatkan. Sekadar mahu meraikan mereka yang berpuasa.. :) Saat gembira berbuka bersama dengan keluarga di sini mengubat rasa kerinduan saat berbuka bersama keluarga di Malaysia. Menggamit satu memori yg indah.. :)
anak-anak yang ceria (tak pose ye..hehe)

zikir seusai solat maghrib berjemaah

Setelah itu kami solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ust Sulaiman sendiri sebelum masing-masing menjamu selera kemudiannya. Masakan ayam bersama daging masak paprik dan ikan kisi merah besar masak 'Sweet Sour' amat membuka selera kami semua. Hasil dari air tangan ketua chef, Ust Shahrul bersama crew2nya yang lain. :D ditambah makan pula bersama nasi putih yang masih panas.. yummy.. alhamdulillah... :)

Juadah Pembuka selera.. :)

Masing-masing pun dah sedap perutnya, dah kenyang melayan keenakan makanan, bersedia pula untuk solat isya' dan terawikh apabila berkumandangnya azan dari masjid Abdul Rahman Auf. Seusainya solat terawik bersama sunat witir, kami semua bertadarrus bersama yang dibahagikan kepada 3 kumpulan termasuk 1 kumpulan akhawat (para ibu) ;).


Bertadarrus beramai-ramai

Sungguh manis, sungguh indah kenangan berpuasa, berbuka, bertarawikh, bertadarrus bersama-sama ketika diperantauan. Mengeratkan tali silaturrahim sesama kami.. Moga kita semua terus diberi kekuatan dalam menjalani ibadah ini dengan penuh kesabaran dan keimanan. amiin.
Bergambar kenangan



Dikesempatan ini kami semua mengalukan kedatangan 'keluarga baru' ke bumi sweileh iaitu Ust Mustafa (PhD in Syariah, dr Uiam) dan juga Ust Nasir sekeluarga (PhD in Syariah dari Usim). "Kata orang patah tumbuh hilang berganti.." pulangnya sahabat2 ke tanah air untuk menyemai bakti setelah tamatnya pengajian, diganti pula dengan kedatangan mereka ini.. Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.. :D



Salam Tautan Mahabbah,
Selamat Meneruskan Ibadah Puasa!

Saturday, August 22, 2009

Perancangan Memanfaatkan Waktu Anda Di Bulan Ramadan

(Terima daripada kenalan arab di email dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh hubby untuk zaujahnya ini lebih memahami maksud yg disampaikan.. ;) ) syukran hubby! sama-sama kita berusaha manfaatkannya! insyaAllah..


****************************************************************
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Dengan nama Allah, cahaya di atas cahaya, Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta, Pemberi Rezeki dan Pemberi Petunjuk ke jalan-Nya yang benar,Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, nabi pilihan lagi maksum.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Saudariku Yang Dihormati,

Beberapa hari sahaja lagi, kita akan menyambut Ramadan, Bulan di mana syaitan diikat, hamba-Nya dimerdekakan dari azab api neraka,

Saudariku,

Apa yang anda telah persiapkan untuk menghadapinya? Ramadan merupakan madrasah, Ramadan peluang yang mesti direbut, Jika anda rasa berat untuk beribadah pada bulan selain Ramadan, Anda akan merasa mudah untuk melakukannya pada bulan ini. Jika anda berhasrat untuk meninggalkan dosa atau bercadang untuk melakukan perkara-perkara yang keji, Pada bulan inilah anda mampu mengubahnya insyaallah.

Kerana keadaan sangat sesuai bagi anda, Pada siang hari, orang Islam berpuasa daripada makan dan minum serta meninggalkan perkara-perkara yang haram. Pada malam harinya, mereka memperbanyakkan ibadah kepada Allah Maha Pemurah, masjid-masjid diimarahkan, suara-suara dakwah berkumandang di merata tempat.

Kelihatan Anda telah memasang azam yang tinggi untuk berubah, akan tetapi anda perlukan pedoman. Inilah pedomannya di mana anda akan mencapai sasarannya. Inilah perhentiannya di mana saya mahu berhenti sebelum saya menahan anda. Sasaran kita adalah sama, bersatu menuju ke arah syiarnya, tiada sesiapa yang boleh menyaingi saya untuk bertemu dengan Ar-Rahman.

Saudariku,

Jangan anda sia-siakan walau seminit di bulan Ramadan, Bahkan jangan sia-siakan walau sesaat, Jangan anda menyesal setelah Ramadan berakhir, Jangan kamu tergolong di kalangan orang-orang yang rugi.

Di antara amalan yang disukai oleh Allah SWT ialah solat pada awal waktunya. Hendaklah kamu berada di atas tikar sejadah ketika azan dilaungkan, Jawablah seruan azan agar anda beroleh syafaat Rasulullah SAW.

Mulakanlah pagi anda dengan menunaikan solat Subuh, Disunatkan agar memanjangkannya dan berzikirlah selepasnya sehingga terbit fajar, Dan tunaikanlah solat Isyrak dua rakaat 15 minit selepas terbitnya fajar agar anda dipanjangkan usia. Selepas itu sehingga 20 minit sebelum zuhur, solat sunatlah apa jua pun khususnya

solat Dhuha yang akan dibalas dengan pahala sedekah berlipat ganda dan ianya tiada had.


Sebaik-baiknya anda 'qulailah' 45 minit sebelum masuknya waktu Zuhur untuk memudahkan anda Qiyamullail pada malam harinya.


Jangan lupa melakukan solat-solat sunat, Duduknya anda di atas sejadah setiap kali selepas solat menyebabkan malaikat meminta ampun bagi pihak anda selagi mana anda tidak membicarakan mengenai perihal dunia.

Dari solat Zuhur ke solat Asar pelbagaikanlah jenis ibadah mengikut keinginan anda, Tuailah kebun anda di syurga dengan memperbanyakkan tasbih.

Dekatilah Allah dengan memperbanyakkan sujud kerana ianya sedekat-dekat tempat seorang hamba dengan Tuhannya sebagaimana Allah SWT berfirman:

" Dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!"(Al-A'laq:19)


Dan penantian anda untuk mendirikan solat yang lain merupakan tali pengikat sebagaimana sabda Rasulullah SAW: " Itu bagi kamu adalah tali pengikat".


Sebelum solat Asar, tunaikanlah solat sunat qabliah 4 rakaat. Ingatlah doa nabi Muhammad SAW kepada mereka yang melakukannya: " Ya Allah ya tuhanku, kasihanilah mereka yang mendirikan solat sunat qabliyyah 4 rakaat".


Waktu selepas Asar hingga Maghrib merupakan waktu yang diharamkan solat maka hendaklah anda mengisinya dengan zikir, membuat persiapan berbuka puasa dan mengemas rumah. Janganlah anda melebih-lebihkan makanan kerana ianya membuang masa dan merupakan amalan pembaziran.

Waktu sebelum azan Maghrib merupakan waktu di mana doa-doa dimakbulkan, maka duduklah di meja hidangan dan rebutlah detik yang berharga ini dengan istighfar, zikir dan doa. Kemungkinan anda ada membuat dosa terhadap seseorang ataupun anda tergelincir, maka mintalah pengampunan dan rahmat daripada Allah Yang Maha Pengampun.


Tidur selepas Maghrib adalah dibenci.Para sahabat bangun sepertiga malam melakukan Qiyamullail walaupun dalam keadaan mengantuk dan mereka ini mendapat pujian Allah SWT dalam firmanNya:

" Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) (As-Sajdah:16)

Pada dua puluh hari pertama bulan Ramadan, Tidurlah wahai saudariku selepas Solat Tarawikh, Jangan buang masa dengan banyak tidur kerana ianya mewarisi kepapaan pada hari kiamat. Anda melihat para solehin mengimarahkan masa mereka dengan berzikir, solat dan melakukan amalan soleh pada hari kiamat,
Anda telah kehilangan masa disebabkan tidur, maka beramallah dari sekarang sebelum anda berkata: " Ya Allah Ya Tuhanku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat melakukan amal soleh ".


Bangunlah sepertiga malam, bermunajatlah kepada-Nya dengan membaca kalamNya, dampingilah diri-Nya dengan sujud kepada-Nya, bangunlah di akhir malam walaupun dengan melakukan solat dua rakaat walaupun sebelumnya anda telah melakukan solat witir selepas solat Tarawikh.

Adapun makanan sahur anda telah sediakan sebelum tidur hanya perlu dipanaskan sahaja. Rasakanlah ketika kamu menyuapkan makanan ketika sahur, malaikat mendoakan anda meminta keampunan kepada Allah SWT. Dengan bersahur, anda telah melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya, maka janganlah anda mengharamkan diri anda untuk mendapatkan ganjaran yang besar ini.

Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan, Hidupkanlah malam-malam tersebut, sesungguhnya rasulallah SAW apabila memasuki sepuluh terakhir bulan Ramadan, baginda menghidupkan malam-malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarga baginda. Baginda mengikat perut untuk bermujahadah dengan beribadah dan berzikir.

Jika anda dizalimi, belum dikurniakan zuriat, dalam kesempitan rezeki atau dalam kesedihan maka hidupkanlah sepuluh malam terakhir bermula dari lepas solat Maghrib sehingga terbit fajar, mudah-mudahan anda menemui malam Lailatulqadar.

Akhirnya wahai saudariku,

Makmurkanlah sepanjang Ramadan dengan berzikir kerana ianya di antara amalan yang disukai oleh Allah, Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW terutamanya pada hari Jumaat kerana pada hari itu ianya lebih baik daripada zikir, Bersedekahlah setiap hari walaupun seringgit ataupun sedikit makanan, nescaya dua malaikat mendoakan setiap hari: " Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah orang-orang yang bersedekah gantian ke atas sedekah mereka".

Saya berdoa agar anda masih sempat untuk bertemu dengan Ramadan kali ini dan diselamatkan daripada azab api neraka, Semoga Allah SWT memakbulkan apa yang anda harapkan dan menjadikan anda di kalangan orang-orang yang terdahulu.

Saudarimu,

Asiah

Friday, August 21, 2009

:::: Jordan & Malaysia Same Day Begin Ramadhan ::

غدا أول أيام شهر رمضان

عواصم - وكالات - أعلن قاضي القضاة إمام الحضرة الهاشمية سماحة الدكتور احمد هليل امس ان يوم غد السبت الموافق الثاني والعشرين من اب هو اول ايام شهر رمضان

- Ar-Rai (jordan)


********************
Ramadan to begin Saturday

AMMAN - The holy month of Ramadan will start Saturday in Jordan and several Arab and Islamic countries.

“Saturday will be the first day of Ramadan,” Chief Islamic Justice Ahmad Hilayel announced Thursday at a ceremony held by the Ministry of Awqaf and Islamic Affairs at the King Hussein Mosque in the presence of religious scholars, astronomers, academicians and officials.

- Jordan Times (jordan)

**************************

Puasa esok

PENYIMPAN Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

- Bernama (malaysia)

**************************

Telah diumumkan setelah melihat anak bulan semalam bahawa tarikh mula berpuasa adalah pada hari sabtu (1 ramadhan 1430/22 Ogos 2009).

Selamat Berpuasa!!

Wednesday, August 19, 2009

:: Ramadhan Al-Kareem ::

Assalamu'alaikum wrt...

1 Ramadhan 1430h disambut pada Jumaat, 21 Ogos 2009 (Malaysia) dan pada hari Sabtu, 22 Ogos 2009 (Jordan) .. ada 2 @ 3 hari je lagi.. Dan pada 1 ramadhan ini pihak ppmaj akan menganjurkan majlis ihya' ramadhan.. selamat menyambut ramadhan mubarak!

Uwais: SELAMAT PUASA! :)



Ummi & Abi: Salam Ramadhan Kareem buat semua kaum keluarga di Malaysia khususnya, sahabat2 di mana jua berada dan kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia amnya..

Semoga masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ini, Dalam kesihatan yg baik, Iman yg Kuat, Taqwa yang tinggi..

Moga ibadah kali ini lebih baik dari sebelumnya, manfaatkan bersama segala kebaikan di dalamnya, diberi Berkat dan Rahmat selalu.. Moga sentiasa dalam orang-orang yg bersyukur.. amiin.

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu KAMI TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati.

Ahlan Wasahlan Ramadhan dendangan Allahyarham Ust Asri bersama sahabat2nya


P/S : Jemput baca Tawaran Hebat ini..
dan juga tawaran yg ini..

syukran kerana luangkan masa anda.. :)


Monday, August 17, 2009

:: Delima oh Delima ::

Bahasa Melayu: Buah Delima
Bahasa Arab : Ar-Rumman
Bahasa Inggeris: Pomegranate


Erm, alhamdulillah.. dapat juga saya rasa buah delima ni.. Lama juga tunggu2 dijual di sekitar pasar sayur di rumah kami.. Buah ni ikut musimnya, musim panas baru adalah. :) Memang sejak kecil suka sangat makan. selain biji2nya yang menarik minat, rasanya sendiri dah cukup sedap! Abah dulu pernah juga tanam di rumah dan sempatlah kami merasa hasilnya..


Mari kita kenali sedikit khasiat Buah Delima!


Khasiat Delima “Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” - Al-An’am:99


Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California.
Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.


Delima, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya).


Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.


Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.


Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria da Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.


Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.


Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.


Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt.


Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.


Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)



Antara kebaikannya yang lain:

*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dr nyanyuk
*memberi tenaga
*elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok utk sistem penghadaman
*mngurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
*dll
even ada yg kata -jus buah delima ni adalah "natural viagra"...

Wallahualam.


Sumber:
http://www.raudhatunnaim.com/
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)
dan tambahan bacaan lain..

******************************

NoTe: Mabruk Buat adik Arfah sekeluarga yg bakal menimang anak kedua dan dan adik wan Syamimi sekeluarga kerana bakal jadi mama dan baba sekian kalinya.. Moga kalian dimurahkan rezeki dalam rahmatNya dan LindunganNya.. jaga diri baik-baik.. :) ha, bolehlah lps ni cari buah delima ni..! hehe

:: 9 Siti yang patut dicontohi ::

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2
Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat
oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika
Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia
kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur
berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah
pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali
maafkan kamu.


3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ
beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu
mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai
maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk
mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg
dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat
utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud
dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita
tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita
tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah
ini, insyaAllah.

Setakat mana kita berusaha untuk mencontohi mereka tersebut..? tepuk dada tanya iman.. (peringatan untuk diri sendiri..)

siti sifir, honda city dan siti nurhaliza tidak termasuk dalam ini
cerita..macihh ;)

Saturday, August 15, 2009

:: Petua Berjaya Yang Luar Biasa ::

Santai sambil Berfikir... :)

dari : mazlina mohd nazir
http://pokoksena85. blogspot. com/


Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.

Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.

gambar hiasan..

Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.


Pertandingan memanjat pokok pinang.

30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.

Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.

“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.

“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.

Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.

Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.

Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.

Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.

“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.

“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.

“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.

Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.

“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.

“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.

Cicak terus mencanak.

Batang pinang dipanjat tak kira orang.

Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.

Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.

Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.

Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.

Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN

Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

Thursday, August 13, 2009

:: UWAIS BACA KITAB ::

Alhamdulillah.. syukur padaMu ya Rabb atas kurniaan cahaya hati ini.. Hati ibu dan ayah mana tak gembira dan seronok bila lihat anak sendiri mula tunjukkan perkembangan yang amat positif! (kami percaya ramai lagi anak-anak di luar sana yg seusianya telah menunjukkan perkembangan positif ini malah mungkin lebih baik dari uwais.. :) )


video ngaji uwais.. cuba sebut beberapa perkataan yang dapat ditangkapnya..

Uwais Amzar yang kini menjangkau usia ke 1 tahun 8 bulan, sudah menunjukkan minatnya terhadap buku dan amat positif bila dia sangat rajin mengikut apa yg kami baca. Terutama bila kami mengaji al-qur'an. MasyaAllah.. moga-moga perkembangan positifnya ini berkekalan hingga akhirnya. Dan sebagai ummi dan abinya, kami sentiasa pohonkan petunjuk dan hidayahNya dalam hatinya ke arah jalan yg diredhaiNya dan kepada kami jua dalam terus mendidik dan membimbingnya hingga akhir usia kami. Kerana dengan Al-Qur'an dan as-Sunnah itulah penawar segalanya dalam kehidupan, insyaAllah..

Entry ini sekadar sebagai satu motivasi untuk dirinya di suatu hari nanti.. tanda kenangan dan peringatan buat dirinya nanti agar dia tahu inilah harapan ummi dan abinya.. Ya Allah, kami pohon selalu rahmat dan redhaMu.. amiin.

sedang ikut abinya mengaji (dlm lenggok bahasanyalah.. )

Nampaknya abinya kena belikan kitab Qiraati buatnya.. Thanks K.Pah sefamily, sebab sejak balik dari rumah K.Pah tempoh hari Ayu tengok dia rupanya sudah boleh ikut baca qiraati.. dh boleh sebut Aa, Ba, Ta.. etc :) Allah jua yg beri petunjuk..

:: Ust Asri Rabbani-PERGI TAK KEMBALI-AlFatihah ::

Saya Mendapat Email tentang perkhabaran ini dan Terbaca dari Entry terbaru Ust Hasrizal (saiful Islam) menyatakan bahawa:
Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.
Blog Allahyarham Ust Asri..

Teringat suatu ketika dahulu ketika saya masih di bumi Matrik Uia, Petaling jaya di mana saya bersama sahabat2 lain pernah beberapa kali menganjurkan konsert2 amal Kumpulan Nasyid Malaysia di bawah GRIMIS Club.. dan antaranya yang menjadi pilihan kami adalah kumpulan Rabbani. Moga sahabat2 beliau dalam Rabbani terus bersama dalam melestarikan impian beliau. Moga Roh Allahyarham mendapat rahmatNya dan tergolong di kalangan hambaNya yang beriman dan bertaqwa. amiin..



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Beliau sudah.. kita pula bila..? Moga ianya jadi peringatan buat diri dan dalam Iman kepadaNya selalu.. Al- Fatihah!

Tuesday, August 11, 2009

:: CERITA & LAGU ANAK ISLAM : MAAFKAN ::

:: Story: Kenapa Adanya Neraka ::

-Forwarded email from ummiku-sayang yahoogroups-
moga sama-sama ambil iktibar.

______________________________________________________

Ini
kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis
berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati
masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas
dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi
ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak
ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:
"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:
"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka
bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

End of my story. :-)

Sunday, August 9, 2009

:: Doa Pendinding Ketika Penyakit Menular ::

Seperti kes H1N1 sekarang ini... Moga dengan rahmatNya, Lupus penyakit ini dan dilindungiNya selalu dari segala bahaya penyakit.. Sesungguhnya segala Penyakit dan Penawarnya hanya datang dariNya..

Saturday, August 8, 2009

:: AL-QURAN:TEMAN DI KUBUR ::

(from forwarded email @yahoogroups)

Bila membaca email di bawah, saya teringat ketika saya menghadiri kursus memasak lebih kurang 4 tahun yg lalu, di mana tenaga pengajarnya adalah seorang wanita muaalaf berumur dlm 50 tahun. Dia dtg bersama seorang kawan. Dia memulakan kelas dgn memuji kpd Allah swt dan selawat dan salam kpt junjungan mulia nabi Muhammad saw yg agak panjang juga seperti nak mulakan ceramah agama.


Saya rasa terpegun juga kerana sebelum ini chef2 melayu tidak berbuatdemikian sekat beri salam saja. Sel epas habis kelas, saya sengaja balik lewat sedikit dengan tujuan nak berbual2 dgn dia. Saya tanya bila dia convert islam? Dia jawab awal umur 20 an sebelum kahwin lagi.


Keluarga dia memang membantah keras hinggakan polis terpaksa berkawal di tempat kerja dia kerana takut berlaku bergaduhan kaum. Untuk menyelamatkan akidah, dia terpaksa berkahwin dgn pemuda melayu yg dicadangkan oleh keluarga angkat dia. Keluarga dia buang dia terus dan tidak mengaku sebagai anak. Kawan dia menyambung cerita suami dia bukanlah seorang suami yg bertanggungjawab dan mengabaikan tugas2 sebagai seorang suami.


Semua pebelanjaan makan,minum dan anak2 dia yg tanggung Akhirnya mereka berpisah setelah mempunyai 5 org anak. Anak sulungnya cacat akal tetapi berkat kesabaran dia mendidik anak yg cacat itu boleh membaca dan menulis dgn baik dan menjadi guru di sebuah tadika. Kesemua anak2 dihantar kesekolah agama dan thafis. Sekarang ini keluarga dia telah menerimanya semula...dia rasa amat bersyukur sangat.


Sebelum saya balik dia berpesan kepada saya walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. Org bekerja biasanya tiada waktu jadi bangunlah pagi sedikit baca Quran selepas subuh. Berkali2 dia memesan kpd saya. Saya merasa amat malu sekali kerana saya tidak mengamalkan apa yg di suruh sebelum ini.


Dlm kereta saya menangis kenapalah saya tidak berbuat demikian ...sy cuma membaca Quran bila malam jumaat saya itupun surah Yassin atau bila ada kematian, Kenapalah sy sebagai org islam tidak memuliakan Al Quran itu sendiri berbanding dgn org muaalaf.


Alhamdulliah peristiwa itu telah menyedarkan sy...Allah telah memberi saya kesedaran melalui dia. Sekarang ini jika tiada keuzuran sy akan membaca Quran selepas solat subuh setiap hari dan mendalami bacaan quran selepas magrib dgn suami sy. Saya juga membaca terjemahan Alquran dan mendalami tafsirannya. Saya mula merasakan keseronokan dgn berbuat demikian. Saya berdoa kpd NYA semuga ia boleh memberi syaafat kpd sy nanti...ialah kerana pada waktu itu tiada apa yg dpt menolong kita melainkan ilmu, amal dan iman kita.

Saya berkongsi cerita dgn anda bukan utk bermegah megah tetapi supaya saya dapat berpesan kpd semua sebagaiman wanita itu telah berpesan kpd saya. Saya tahu ramai yg lebih arif dlm hal2 keagamaan tetapi sebagai umat islam pesan memesan itu boleh membangungkan kita dari alam leka ke alam jaga. Terima kasih Pn Ayisah Ng Abdullah walaupun sy tidak pernah bertemu dgn beliau lagi selepas itu tetapi pesanan beliau tetap sy ingat dan amalkan. Allah telah memilih Pn Ayisah utk menguji keimanan dan kesabaran beliau dan sy melihat kejayaan beliau melalui kejernihan wajahnya.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "


Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.

Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :

"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :

"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi
dari malaikat - malaikat dari syurga"

Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.

Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”