Tuesday, December 22, 2009

2 tahun sudah..

Detik 23 Dis itu..
Penghujung tahun 2007 yang penuh bermakna
kelahiran putera sulung buah cinta kami..
Kelahirannya di Bumi Urdun
Memahat satu memori yang indah
yang pasti mengajar kami lebih tabah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi
si kecil membesar dengan sihat ke saat ini..

2 tahun sudah usiamu kini..
Penghibur hati Umi abi
Penyeri rumah tangga kami..

Hanya Doa yang terbaik buatmu anakku
Agar dirimu membesar dengan sihat
yang terbaik untukmu di dunia mahupun akhirat
Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat dan PetunjukNya selalu
Pejuang agama, bangsa dan negara tercinta..

Uwais Amzar Bin Mohammad Najib,
Kau Anugerah..
Kau Amanah..
Buat Umi Abi..

Di Sini Umi paparkan satu video operasi ceasarean yang mana perkara yang sama pernah uwais lalui tika saat mahu lahir ke dunia.. buat tatapan dan ingatanmu satu masa nanti...




Note:
1) Kali ini uwais akan menyambut kelahirannya di atas Flight Kuwai Airways.. menuju destinasi Tanah Air tercinta.. Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang semula ke Jordan.. :)


2) Kami juga mengucapkan selamat pulang ke Tanah Air kepada adik Syed Iqbal Syed mohd Helmi yang akan meneruskan perjuangan persekolahannya di Malaysia.. beliau akan turut sama menaiki penerbangan bersama kami hari ini. Moga beliau tabah dan bersemangat dalam mencapai cita-cita hidupnya.. :)



photo: credit to abdBaith@iqbal

Monday, December 21, 2009

Oh Uwais...

Pada satu malam... beberapa hari yang lepas.. Uwais dengan 'main-main pondoknya'..



Uwais sedang tidurkan 'bubu harimau'@baby nya..diselimutkannya serta dialaskannnya bantal kesayangannya itu.. Kemudian bagi isyarat pada ummi 'syyy..' jari dibibir tanda meminta ummi senyap..baby mahu tidur.. alahai... kemudian meminta umi tolong ambilkan gambarnya bersama babynya menggunakan hp ummi.. Punyalah banyak suruh amik.. ummi tak layan, capai sendiri hp ummi snap sendiri gambar babynya.. haha..uwais..uwais.. macam-macam..


Pada hari ini, pagi tadi Uwais mengikut ummi ke kelas Tajwid di markaz Khansa'.. kerana abi ada urusan penting.. terlewat sikit ke kelas menyiapkan uwais yang di'paksa' bangun pagi.. kesian.. sampai sana, dia berkawan dengan anak ustazah yang mengajar ummi, 'abudi@Abdullah.. seronok dia dapat kawan.. :)

main dalam khemah.. :)

yang ni pula ketika berjalan keluar ke balad pada Sabtu lepas.. uwais tengah tunggu makanan yang dipesan tiba.. minum air dulu.. 'Mukhallal' dah lama sampai.. ;) di mat'am favourite kami, mat'am Qaherah..

Buat tatapan kakak hanin ... ;)

gambar ketika bermain lari-lari bawah para-para sayur-sayuran dan buah-buahan pasar sya'bi.. :)

Saturday, December 19, 2009

'Ammu.. Ma'assalamah...

Salam semua..

Uwais nak ucapkan selamat pulang ke Tanah Air kepada 'ammu mahyuddin yang telah pun berjaya menamatkan pengajian M.A nya dalam bidang Fiqh wa Usul di Jami'ah Urduniyyah.

Semalam 'ammu dah pun berangkat ke Tanah Air menaiki Flight Emirates dan khabarnya telah selamat pun tiba ke Tanah Air tercinta hari ini.

Umi kata, dulu masa mula-mula menjejak kaki ke bumi Urdun, 'ammu, abi, umi dan kholah wahida berangkat bersama menaiki Flight Qatar kira-kira 2 tahun yg lepas. Masa tu uwais masih di dalam kandungan lagi. Antara mereka bertiga, tinggal abi saja di sini meneruskan perjuangan mengembara ilmu yang masih berbaki lebih kurang setahun lagi mengikut kontrak cuti belajarnya..

Dan buat 'ammu, selamat meneruskan perjuangan di Tanah Air pula dalam mengembangkan dan menyampaikan pula ilmu-ilmu yang telah ditimba di bumi anbiya' ini buat mereka yang dahagakan ilmu Allah ini.. InsyaAllah ada rezki kita berjumpa lagi di Tanah Air. Doakan kami semua di sini baik-baik saja dan dipermudahkan segalan urusan..

Jazakallah khairan kathira atas segala-galanya.. :) ukhuwwah Fillah abdan abada.. erm, terbayang wajah ceria kholah Sayyidah menyambut kepulangan suami tercinta.. hehe :D


p/s: Buat Abi tersayang, kuatkan semangat, cekal dan tabah dalam melayari perjuanganmu di sini. Moga dipermudahkan segala-galanya urusanmu..amiin. :)

Friday, December 18, 2009

Dari Pagi ke Malam..

Hari ini ibu-ibu Sweileh sibuk menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan untuk satu program minggu hadapan. Kerjasama ini bermula seawal pagi hinggalah tenggelamnya matahari.. Nampak saja simple tapi lama juga nak menyiapkannya.. hehe.. Dengan bilangan kami yang sedikit, memang memerlukan masa yang lama.. Apa-apapun, syukur alhamdulillah semuanya sudah selesai.. umi pun dah terasa penat.. esok mahu ke balad pula.. packing2 barang pun belum siap apa pun lagi.. InsyaAllah khair.. :)

ok, rumah pun kawan-kawan dah bersihkan bersama tadi.. semua pun dah pulang ke rumah masing-masing, anak-anak sudah pasti ternanti-nanti kepulangan mereka.. hehe :D

Terima kasih sahabat2 semua.. Love u all..!! Jazakumullah khairan kathira..

Thursday, December 17, 2009

HaninKuhai... Ma'al Hijrah...

Poster Kecil Istimewa sempena Hari Lahir Hanin dr Umi, Abi dan Uwais.. :)

Salam Ulangtahun Kelahiran yang Ke-2 Buat anakanda susuan, Hanin Binti Mohd Shahrul pada hari ini 17 Dis'09..

Didoakan semoga membesar dengan sihat..

Menjadi anak soleheh

Mujahidah pembela agama!!

Harapan buat keluarga, agama, bangsa dan negara..

Kullu 'am wa antum Bikhair... :)

*******************************************************************
*credit quote to babadiba and picture to shutterBRI

Dan dikesempatan ini kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1431 Buat semua Muslimin dan Muslimat..


"Sejauh mana kita pergi.. Sekuat mana pun kita lari.. Kita tidak dapat menghindar realiti.. dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri..."

Sunday, December 13, 2009

Alahaaii Uwais...

Alahaaaii uwais... mirip kepada Aduhaiii Hanin.. hehe ;)

Mereka berdua ni dah hampir memasuki usia 2 tahun.. Hanin pada 17 Disember manakala Uwais pada 23 Disember ni.. Hanin dengan aktivitinya yang dah macam orang dewasa.. Uwais pula dengan lagaknya yang berbagai-bagai.. adeh.. penat juga nak layan bila dia tunjuk perangai.. tapi yg penat2 ni lah jadi satu hiburan dan kenangan di hari-hari mendatang.. ;) agaknya uwais sedang mengalami suatu peralihan usia kot ye..

Kadang-kala nak bermanja dengan umminya.. kadang-kala nak bermanja dengan abinya.. yang umi musykil, masa duduk dengan umi tinggal di rumah, dia ok je.. tak minta dukung masa nak susu, boleh main sendiri bila ummi buat kerja..malah boleh tolong lagi kalau uminya minta ambilkan sesuatu atau buangkan sampah yang dia buat.. Tapi bila abinya pulang saja dari Jami'ah, maka perangainya terus berubah.. minta abi dukung, dengan automatiknya minta abi buatkan susu, masa abi buatkan susu pun tak nak turun dari dukungan.. huhu.. sian abi ye.. belum sempat rehat lagi anak dah ajak main.. ;) yelah.. maybe sebab abinya pun selalu pulang lewat di hari-hari bekerja dalam masa-masanya sedang menulis tesisnya ni.. Abi perlu lebih struggle!! umi fahamlah.. tapi uwais.. hihii.. masih belum ngerti kok! ^-^

al-qur'an
selepas siap ditampal semula...

Alahaaii uwais... koyakkan al-qur'an kesayangan umi..!! huhu.. Beberapa helaian Al-Qur'an kesayangan umi Uwais telah koyakkan.. masa tu umi di dapur.. tetiba dia datang ada bagitahu something.. tapi umi tak faham.. tapi hati tu rasalah lain.. umi pn pergi ke ruang tamu.. terkejut umi tengok helaian2 al-qur'an bersepah.. .."astaghfirullah al 'aziim, uwais... apa yang uwais buat ni..? Ya Allah.. " erm.. nak salahkannya pn tak boleh... dia tak tahu apa.. cuma cakap jugalah padanya "..ni al-qur'an.. x bolehlah koyak2 kan macam ni.." Lepas ngaji tadi umi letak al-qur'an atas sobah.. ingat nak sambung lagi hafaz lepas solat zohor nanti.. tak terfikir langsung pun yang uwais akan ambilnya dari atas sobah tu.. huhu.. lain kali simpan dulu ye ummi.. letak kat tempat lebih tinggi lagi.. umi yg rasa bersalah sebenarnya..... (air mata jatuh jg akhirnya bila teringat al-qur'an kesayangan dikoyakkan dan dek perasaan bersalah tu..) :'(

Reindeer..

Uwais memang agak takut bila berada hampir dengan binatang.. walaupun kalau dari jauh dia sangat suka bila tengok binatang-binatang macam kucing, khoruf@biri-biri, kuda dan keldai.. Boleh dia jerit-jerit nangis bila tetiba kucing yang dia acah2 datang dekat pada dia.. haha.. uwais..uwais.. yg reindeer ni pula sebenarnya hanya replika saja di salah sebuah pasaraya di Amman sempena hari Krismas ni.. Kami tunjuk padanya.. suka sangat tengok.. tapi bila nak ambil gambar duduk dekat dengan replika tu, punyalah takut dia, jerit.. x nak.. x nak..!! :D Sabo jelah uwais ni.. saja jelah kot-kot yang tak hidup ni dia berani.. rupanya masih belum berani.. herm.. ;) lain pula kisahnya dengan Hanin, siap boleh bagi makan pada kuda dan unta lagi.. suatu ketika masa jaulah ke Petra tak lama dulu.. ;) antara bezanya anak berdua ni.. hihii

Big Ball..

minggu lepas umi belikan uwais big ball yang boleh duduk atasnya dan loncat2 tu.. Uwais memang antara favouritenya sukakan bola.. nampak saja bola kat kedai2.." umi.. ball..ball.." Dah bolanya tu besar daripadanya.. makanya bila nak main, mesti suh umi naik duduk sekali atas ball, dan dia duduk di depan.. Umi lah yang kena loncat2kan.. nasib baiklah bola tu memang untuk menampung seberat 100kg.. kalu tak, alamatnya pocahlah..meletup..! hehe..

Bantal..

Bantal yang buatkannya teringat pada kakak susuannya, Hanin.. sebab kat tengah bantal ni ada gambar baby girl bertocang.. macam konon-kononnya hanin tika umi tocangkannya dulu.. hehe.. kalau nak tidur, nak guna bantal tu lah.. banyak hari ni asyik sebut Hanin je.. huhu.. umi terus kol satu malam tu sebelum dia tidur..bagi dia cakap dengan hanin.. Seronok pula bila dengar diorang dah berinteraksi memanggil nama keduanya.. Dah boleh bercakap ni.. kalau dah petah, agaknya tiap-tiap hari suh umi dial nombor mama agaknya.. haha..

nak masuk 2 tahun...
uwais memang dah banyak perkataan boleh bercakap.. kalau perkataan yang tak pandai sebut pun, dia bercakap juga dengan bahasanya sendiri dalam lenggok dan intonasinya berbagai-bagai..

cepat mengikut apa yang dia nampak depan mata.. ikut apa yang kami ucapkan.. suka ikut lagak kami bercakap di telefon.. (cepat-cepat capai apa-apa saja yang boleh dijadikan telefon juga..)

yang tak tahan tu.. suka berimaginasi.. cakap telefon sorang-sorang seolah-olah sedang bercakap dengan temannya.. (nak tergelak bila teringat dia cakap no..no..no.. konon-kononnya larang something pd org yang dia sedang bercakaplah tu.. ) .. lagi satu buat aksi menidurkan bubu@baby..guna anak patung rabbit atau cat nya.. siap selimut2kan lagi.. tepuk2.. macam umi buatkan padanya masa nak tidurkannya.. haha

Alhamdulillah dah makin besar ni, uwais boleh ikut kami solat sampai habis walaupun di tengah-tengah solat tu, dia rehat jap.. pastu datang semula ke saff sambung solat..hehe..

Pantang nampak buku atau pen..!! erm.. dinding rumah dah ada yg jadi mangsanya.. kalau ke kelas Liqa' selalu yg jd mangsa adalah buku dan pen cik Nazirahnya.. entah apa yang dia berkenan sangat kat buku dan pen cik nazz nya.. sebab warna - warni kot ye.. :p

macam nampak lebih manja je.. herm.. ^-^



sayang selalu.......... @}---

ummi & abi

Saturday, December 12, 2009

Takziah... Al-Fatihah..

Assalamu'alaikum wrt..

Salam Takziah dari kami sekeluarga buat keluarga Al-Marhum Ust Arman.. Seusai kelas Liqa' Tafaqquh pagi tadi, pihak ppma mendapat makluman dari pengarah MSD menyatakan bahawa solat jenazah akan diadakan pada pukul 12pm. Selesai saja solat zohor, kami semua yang hadiri kelas, mengambil keputusan untuk terus ke rumah Ust Sulaiman di mana solat akan diadakan di sana. Sampai di sana, jenazah masih belum lagi tiba dan lebih kurang pukul 1pm baru solat jenazah disempurnakan. Kami yang hadir sempat menatap Arwah buat kali terakhir sambil iringan doa buat Arwah semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan berehat dengan aman di sana.....

Dalam Kenangan.. Allahyarham Ust Arman bin Md Rusoff, peg atase pendidikan JPM Jordan..ketika di majlis raya eidul fitri pelajar2 Amman..

Semoga Allah melimpahkan pengampunan, kasih sayang dan Rahmah yang seluas-luasnya ke atas roh al-Marhum Ust Arman. Juga seluas kesabaran dan ketabahan kami doakan buat Ustazah Suriani@K.Su dan anak-anak serta ahli keluarga yang telah ditinggalkan.

"Tiap-tiap yg hidup itu pasti merasai mati.."

..Cukuplah mati sebagai satu peringatan buat kita semua...

link: saifulislam.com.. Di Bumi Itu JanjiNYA...

Wednesday, December 9, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat
2. Sabar apabila mendapat kesulitan
3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
8. Jangan usil dengan kekayaan orang
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur karena kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid
25. Biasakan diri dengan solat malam
26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan santuni fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
45. Perbanyakkan silaturrahim
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
47. Bicaralah secukupnya
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan
54. Hormatilah kepada guru dan ulama
55. Sering-sering berselawat kepada nabi
56. Cintai keluarga Nabi saw
57. Jangan terlalu banyak hutang
58. Jangan terlampau mudah berjanji
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan
70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
85. Hargai prestasi dan pemberian orang
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

p/s: sambil2 tu bolehlah ziarah blog bonda irfan ni.. pasal "Menjaga Keaiban Sesama Makhluk" :)

sama-sama kita perbaiki diri ke arah yg lebih baik.. insyaAllah..

Tuesday, December 8, 2009

Both Look Same..?

erm.. disebabkan ramai kawan2 umi kata adik-beradik susuan ni seiras@shibhu (شبه) umi saja framekan gambar-gambar mereka berdua.. ;) betul ke seiras..? macam kembo lah pulak ye.. apa-apalah.. yang penting dua-dua pun anak ummi.. sayangggg sokmo.. !! :D




with Love Always...
ummi@abi



p/s: uwais hari ni tetiba demam.. terjaga dalam pukul 3 pagi lebih memanggil nama umi.. ajak bercakap.. rupa-rupanya nak kata dia tak sedap badan.. panas badannya.. then muntah2.. Alhamdulillah hingga kini dah beransur ok nampak keadaanya.. tinggal cirit-birit sikit.. umi cuma lumurkan air asam jawa di kepalanya bg kurangkan panas (petua org lama) dan sapukan minyak taylon di perutnya.. moga cepat sembuh sayang.. (pernah lalaui keadaan yg sama pd thn lps di musim sejukkk..)


erm, dengar kabo irfan pn muntah2 malam td.. tp dah ok kata bondanya.. maybe jalan malam td kot ziarah umah mama dan abi hanin yg br pulang haji.. cuaca barangkali.. syafahullah syifaan 'ajiilan.. :)

Sunday, December 6, 2009

Liqa' Tafaqquh 5 Dis'09

Semalam kami hadiri semula kelas Liqa' Tafaqquh setelah 'bercuti' dalam beberapa minggu.. ;) Kali ini kami menyambung perbincangan mengenai Hadith yang ke- 4 dari Imam Nawawi dan tentang Fiqh Islam (Sambungan lalu.. Bab Taharah (Bersuci)).

Hadith 4/40 ِAl-Imam An-Nawawi
perbincangan oleh: ust Yusrizal

أطوارُ خَلِق الإنسان وخَاتِمَتُه

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib
membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
(sumber: http://notes....)


Fiqh: Taharah
Tayammum
Perbincangan oleh: Ust Nasir
- Perbincangan masih tentang taharah (bersuci) sambungan daripada perbincangan yang pernah disampaikan oleh Ust Mujahid dahulu. Kali ini perbincangannya mengenai wudhu' dan tayammum. Permasalahan tentang Jika tiada air atau tanah untuk berwudhu' dan keadaan jika tiada kedua-duanya..

Kitab yang digunakan adalah A-Tazhib Fi Adillati Matan A-Ghayah ًWa At-Taqrib
التذهيب في أدلة متن الغايه والتقريب " oleh Matan Abi Syujaa' dalam fiqh As-Syafi'e, taklif oleh Al-Ustaz Doktor Mustaffa Dib Al-Bugha..

Mungkin boleh baca di link berikut:
hukum-seputar-tayammum
pembahasan-tata-cara-tayamum

P/s: Mungkin ust Nasir sendiri boleh menulis perihal tayammum di dalam blognya.. (boleh ustaz..? :)
__________________________________________________________

Habis kelas, saudari Ayman mempromosikan satu buku. Saya beli. Buku tersebut adalah tulisan daripada Saudara Muhammad Shahrul Ifwat, pelajar tahun 3 Jurusan Fiqh dan Usul, Universiti Mu'tah yang bertajuk " Kembara Mencari TUHAN" ynag mengisarkan tentang.. (saya petik quote dari penulisnya)

" Kembara Mencari Tuhan mengisahklan dialog seorang remaja, Elie yang berusaha mencari jawapan kewujudan Tuhan dan keperluan beragama. Kembara Elie juga menilai agama yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan Islam.
Di bahagian kedua dimuatkan respon Al-Qur'an terhadap agama lain serta metadologi Al-Qur'an dalam mengenal Pencipta.
Buku yang bertujuan memberi asas ilmu perbandingan agama sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Perbincangannya yang ringkas diharap dapat memberikan pendedahan kepada pembaca."

Dan pada petangnya, selepas solat asar, kami dan beberapa keluarga sweileh yang lain ke Hospital Jordan untuk menziarahi Ust Arman, Atase pendidikan JPM Jordan) yang kini sedang dirawat di Wad ICU hospital berkenaan. Kami sempat masuk ke biliknya dan melihat keadaan beliau dan diberitahu keadaannya masih sama. Kami mohon sahabat2 semua doakan kesejahteraan beliau agar semuanya dipermudahkan dan beliau cepat sembuh!

Dan sehari sebelumnya iaitu pada hari jumaat, Bayt Amzar, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab telah berkunjung ke rumah Syeikh Taufiq atas pelawaannya sendiri. Beliau dan keluarganya teringin untuk merasa masakan Malaysia iaitu Nasi Ayam. Saya, K.Pah dan Ain bersama menyediakan juadah tersebut dan selepas solat Jumaat kami bertolak ke rumahnya yang terletak berhampiran Wasad Balad. Syeikh Taufiq adalah guru mengaji qur'an pada hubby, Ust Syed dan Ust Mus'ab sebenarnya. Kunjungan ini tak lebih untuk berkenal-kenalan antara keluarga kami dan keluarganya. Sebelum pulang, zaujahnya, Ummu Masyhur ada sedikit tanda kenangan untuk kami. Kami diminta untuk membaca surah Al-Kauthar serta satu hadith yg diriwayatkan dari Uthman bin 'Affan (kalau tak silap). Kami semua berjaya tasmi' semula dihadapannya (alhamdulillah sebab pendek je..hehe) dan kami akan diberi sanad kemudian ;). Best lak rasa.. berharga tu! dapat satu surah dan satu hadith! Kena ingat tu dan amalkannya..insyaAllah.. :)

Hadith itu berbunyi: خيركم من تعلم القرأن وعلمه
"Sebaik-baik Manusia adalah mereka yang belajar Al-Qur'an dan Mengajarnya"

Manakala maksud surah Al-Kauthar(3 ayat):
[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan
yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,
Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

(sumber: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
)
tafsirannya: TafsirIbn Kathir (link)


wallahua'lam..

Saturday, December 5, 2009

IKLAN: BANTUAN KEWANGAN BUAT SDRI NABILAH HUDA

Salam,
Terbaca iklan ini di blog Adik Ainul Arina, Irbid. Kami rasa terpanggil untuk turut serta. Mana tahu, mungkin dapat membantu sedikit sebanyak. Kami tidak pernah kenalinya tapi ada dengar-dengar khabar ini dari sahabat2 di sini tentang hal beliau. sebelum ini. Harapan kami, semoga kita sama-sama dapat membantu beliau agar segala urusannya dipermudahkan dan dapat kembali menyambung pelajaran di sini seperti sediakala.


"Saudara seiman dan seakidah sekalian,

Seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut dalam Jurusan Syariah di University of Yarmouk, Irbid (terletak kira-kira 150 km ke utara dari Amman, Jordan),

Saudari Nabilah Huda binti Zaim

telah disahkan menghidap Leukemia tahap kronik dan memerlukan pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini.

Kos pembedahan ialah sebanyak RM70 000 (RM50 000 untuk pembedahan dan RM20 000 untuk rawatan susulan)

dan ia tidak ditanggung oleh penaja beliau, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati untuk sama2 membantu dan mengajak rakan2 semua untuk sama2 menyumbang bagi menampung pembedahan beliau.

Tidak kira banyak atau sedikit, usaha kecil kita ini insyaAllah membantu.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan

Saudara Zaim Bin Shaari (bapa Nabilah) di talian +6013-3521226.

Sumbangan daripada para dermawan bolehlah dibankkan terus ke akaun-

(Maybank Zaim bin Shaari 162517025794)

Hp: +6013-3521226

Mari kita doakan agar saudari Nabilah Huda dan keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang berpanjangan sepanjang melalui ujian daripada Allah SWT ini…Sesungguhnya penyakit itu daripada Allah, maka Allah jua yang akan meyembuhkan dan mempermudahkan….

~~Kepada semua kawan2 blogger yang membaca artikel ini, sama2lah kita membantu saudari Nabilah Huda Bt Zaim dengan mengcopy-paste posting ini ke laman anda...mudah2an kerja kita ini ada nilainya disisi Allah swt...Terima Kasih... ~~Allahumma yassir wala tu'assir....Amin..

p/s: Dan tak lupa juga mohon sahabat semua mendoakan kesejahteraan buat Ust Arman bin Rusoff (atase Pendidikan JPM Jordan) yang kini di wad ICU Hospital Jordan. Moga beliau cepat sembuh..amiin..

Wednesday, December 2, 2009

Pusing-Pusing Jami'ah

Pagi tadi Uwais dan Ummi mengikut Bonda Yana dan Auntie Shila ke Jami'ah Urduniyyah untuk collect beberapa artikel dan salinan tesis sebagai bahan rujukan dan research masing-masing. Ummi saja jalan-jalan sambil mencari kalau-kalau ada artikel-artikel terkini berkenaan perundangan dan hal ehwal dunia semasa. Dah lama sangat rasanya tinggal subjek ni sejak grad dulu. Dahlah tak practice, takkan nak terus lupakan semua tu kan.. Umi bersemangat nak join ke jami'ah tu selepas auntie shila khabarkan bahawa semua collection artikel dan tesis online di dalam bahasa inggeris di jami'ah urduniyyah adalah free. Apa lagi, umi dan bonda Yana ambillah kesempatan juga.. ;) Tapi bila cari punya cari tak banyak artikel yang berkenaan dengan Malaysia, at last, umi berminat untuk cari beberapa artikel dan tesis tentang children psychology jer.. haha. Umi cuma copy artikel tentang hukuman rotan kepada Model Kartika dan beberapa kes islamic criminal law je .. yang children psychology, banyaklah juga.. saja buat bahan pembacaan sambil duk rumah ni.. hehe..

uwais@najib junior bergaya di hadapan library.. uwais nak belajar sini juga ke..?

Align Center
najib and najib junior ;)

Sampai sana, abi keluar dari maktabah (abi dah datang awal ke library) untuk ambil uwais bagi perkenalkan pada musyrifnya. Memang dah lama musyrifnya mahu berjumpa dengan uwais, sekarang baru bawa..hihii.. Tapi tak lama lepas tu, abi kata musyrifnya tiada di biliknya..tiada rezki uwais nak jumpa beliau. Abi tinggalkan semula uwais bersama umi di bilik research di level bawah sekali. Takut juga umi nak lama-lama kat sana. Takut datang ragam uwais, habis kena halau nanti..haha..tapi alhamdulillah..uwais 'ahsan' duduk menemani umi.. ;) Lepas zohor, abi datang ajak lunch di mat'am jami'ah.. hehe.. ni yang umi tunggu sekian lama.. asyik tak berkesempatan makan di sana. Dengar kata makanan sana sedap-sedap especially Nasi Mansafnya.. hehe..


Sebelum balik, Bonda Yana ajak temankan singgha ke University BookStore kat seberang jalan berhadapan jami'ah. Nak juga cari buku bertajuk "What To Expect For A Year" , tapi tengok harganya agak mahal, kami KIV dulu.. Nampaknya nak tunggu hubby masing2lah belikan yer.. haha.. Buku tu disuggestkan oleh Auntie Shila. Ianya banyak jilid dan berkenaan tentang hal ehwal kehamilan dan kanak-kanak dari awal kelahirannya. Memang bagus kata Bonda Yana tapi KIV lah dulu..huhu.. ;)

Erm, seronok dapat pergi jami'ah lagi.. Uwais pun suka sangat tadi. Bestlah universiti ni sebabnya terbuka pada awam juga nak buat research dan melawat sebagainya. Tak terlalu strictlah.. Alhamdulillah.. kali ni guard tak tahan dah macam dulu-dulu.. senang kira bagi masuk.. :D Y^-^Y peace..



p/s: Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan kesejahteraan Ust Arman (atase pendidikan MSD Jordan) yang kini mash berada di wad ICU Hospital Jordan. Moga Allah permudahkan segala urusannya dan beliau cepat pulih. amiin..

Tuesday, December 1, 2009

Selamat Pulang Para Hujjaj ke Bumi Sweileh

Kami sekeluarga mengucapkan selamat kembali kepada para sahabat yang telah pun pulang dari mengerjakan ibadah haji, iaitu Ust Mujahid dan K.ina, Marwah dan Shahrul, Abg Zul dan K.Yuslina serta Hyree pada petang tadi. Moga kalian semua mendapat haji yg mabrur serta dalam keadaan kesihatan yang baik.

Lepas solat isya' tadi hampir semua datang berkumpul ke rumah Ust Mujahid dan K.ina bagi meraikan kepulangan mereka semua. Semuanya yang pulang berkumpul di sana. Alhamdulillah..seronok dapat berjumpa mereka semula. Meriahkan semula keluarga Sweileh kami.. hihii :D Terpancar kegembiraan dan keceriaan di wajah anak-anak yang telah ditinggalkan sepanjang pemergian mereka ke Tanah Suci selama lebih kurang 2 minggu..

Pada hari ini, kami juga mengalu-alukan kedatangan adik-adik Irbid yang diketuai oleh adik Farah a.k.a 'big boss' oleh ainul ke bumi Amman.. Selain Farah dan Ainul, turut serta adalah Faezza, Nyla, Hetty, Diela dan Fathiyyah. Ainul dan fathiyyah datang kemudian selepas habis kuliah mereka pagi tadi. Syukran 'ala ziaratukum.. salam ukhuwwah berkekalan dari kami semua.. :)

bergambar kenangan.. :) salam ukhuwwah fillah abadan abada, insyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------

jamuan raya di rumah Ust Arman

keseronokan anak-anak2..di rumah ust Arman

Pada hari semalam pula, kami mendapat undangan majlis raya di rumah Ust Arman dan Ustazah Su@K.Su. Setibanya di sana, kami mendapat tahu bahawa Ust Arman sedang sakit.. Kami turut simpati atas apa yang menimpa beliau kini. Kesihatannya terganggu kebelakangan ini. Dan tadi kami mendapat berita bahawa beliau kini dimasukkan ke ICU.. Moga Beliau cepat sembuh dari sakitnya dan kepada keluarga beliau, harap tabah dan sabar dalam hadapi ujian ini. Kami warga Sweileh mnelalui pihak PPMAj, insyaAllah akan mengadakan solat hajat esok selepas maghrib. Mari sama-sama kita doakan agar beliau pulih seperti biasa. amiin..

dihadapan rumah ust arman..


Moga Allah perkenankan doa-doa kita..amiin..


Sunday, November 29, 2009

Dari Amman Ke Irbid...

28 November'09 /11 Dzulhijjah 1430
Raya Korban Ke-2

Alhamdulillah... Akhirnya hasrat kami untuk beraya di bumi Irbid tercapai jua.. Hasratnya cuma satu.. berziarah, berta'aruf serta merapatkan ukhuwwah antara kami.. Seawal pukul 9am kami 4 keluarga Sweileh (Bayt Amzar, Bayt Irfan, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab) bertolak ke Irbid dengan menaiki 2 buah service yang sudah sedia menanti. Kira-kira lebih kurang 1 jam setengah kami pun sampai ke Bab Syimali, Irbid. Di sana, kami dijemput oleh Ust Zaid untuk membawa kami ke rumahnya. Di sana kami mula kenal ukht Izma, zaujahnya yang sangat ceria dan peramah orangnya.. tak sangka juga rupanya kami sebaya.. kebetulan sahabat sekolahnya dulu adalah sahabat saya di uia juga.. Sungguh indah perancanganNYA.. :) thanks izma, mee sup specialnya yang soodapp bangat..!! :D

Kemudian kami ke rumah Ust Ridzwan dan K.Aizah pula.. Kami di raikan dengan menu nasi minyak yang laziz.. Kebetulan datang juga beraya beberapa orang teman mereka yang tinggal di sana. Suasana tambah meriah..

Tiba masanya pula kami bertandang ke rumah Ust Suffian yang baru saja tiba di bumi anbiya' ini.. Ust Suffian datang bersama zaujahnya, Najihah serta anak comel mereka, Syamil. Kebetulan lagi..rupanya Najihah juga sebaya dan seUia dengan saya ditambah beliau sama batch dengan hubby ambil bidang bahasa arab. Tak sangka pula dapat berkenalan di sini.. Semakin seronok saya.. hehe.. semuanya agak sekepala.. lagi menambahkan keserasian antara kami semua.. Alhamdulillah..

Bergambar kenangan 6 buah keluarga.. dari Amman ke Irbid.. moga ukhuwwah yg terjalin, berkekalan hingga akhirnya.. :)

A moment to Irbid.. antara kenangan terindah.. :D

Destinasi terakhir kami adalah ke rumah Adik farah najihah.. Sebelum datang, saya meminta izinnya dahulu untuk membawa Keluarga Izma dan Najihah bersama untuk berkenal-kenalan. (makin ramai pulak rombongan cik ayu ni ye farah.. ;) ) Di sana, kami juga dapat berjumpa adik2 Irbid yang lain..antaranya Ainul, Nayla, Zimah, Fatin dan farahana.. Farah menjamu kami mee special yang diimport dari jawa.. hehe.. a.k.a mee jawa.. Memang sedapp Farah.. pandai dia masak..! :) boleh ajar akk pula lepas ni ye. ^-^


Destinasi terakhir: Rumah Farah Najihah dan adiknya.. Adik2 Irbid yg lain juga berkumpul di sini untuk berjumpa kami.. Salam Ukhuwwah Fillah! :)


Pose Istimewa dari Uwais.. haha..inilah antara hobinya suka tonton TV sambil duduk di dalam bakul.. esok 13 Dzulhijjah..maka genaplah usianya 2 tahun.. Sanah Helwah sayang umi abi.. moga jadi anak yg soleh, hambaNya yg taat! amiin..


Buat semua.. jazakumullah khairan kathira atas segalanya.. buat farah dan kawan-kawan, syukran atas keprihatinan kalian pada salah seorang 'anak buah rombongan' yg tak berapa sihat.. ;)

Jemput pula ke rumah kami di Amman.. Jumpa lagi InsyaAllah.. Kullu 'am wa antum Bikhair..


p/s: Doakan saya cepat sembuh.. selsema dan batuk agak teruk lepas pulang malam tadi..huhu..


Wassalam..
Ummu Uwais

Saturday, November 28, 2009

Raya Adha Hanin & Uwais

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Laa ilaahaillallah.. Allahuakbar.. Allahu Akbar.. Wa Lillahilhamd..

Seawal subuh lagi seusai solatnya subuh, takbir raya sudah pun bergema di setiap masjid di sekitar Sweileh.. Bersambung-sambung di antaranya.. kedengaran suara orang dewasa dan kanak-kanak bersama-sama mengalunkan takbir raya.. Alunan takbir mereka di sini tidaklah sama dengan di Malaysia yang lenggok alunannya lebih lembut dan berlagu-lagu..Di sini mereka tidak berlagu, bunyi rentak yang sama setiap takbirnya, lebih kuat dan semangat.. Tetapi pasti Justify Fullkedua-duanya tetap meruntun jiwa dan kalbu dalam membesarkan dan memuji yang Maha Agung, Allah Pencipta sekalian Alam.. Solat Raya juga sangat awal.. Pukul 6.45am bermula solatnya, manakala subuhnya pula tadi pukul 4.45am. Abi awal-awal lagi dah bersiap untuk ke masjid.

Bagi hanin dan uwais pula, mereka bangun seawal 6.30am selepas terdengar Umi bercakap di telefon bersama Umi Pah. Kakak hanin yang terjaga dulu, kemudian Uwais bila tengok semua orang tiada di sebelahnya.. :)

"Dah baca doa bangun tidur..?" umi tanyakan pada hanin. Umi pun tadahkan tangannya, dan bacakan doa bangun tidur.. "Selamat hari raya, hanin.. "

Buat pertama kali dalam hidup hanin beraya tanpa mama dan abinya di sisi.. ;) Hanin akan beraya bersama umi, abi dan uwais serta warga Melayu Amman yang lain.. Lebih kurang 7 pagi lebih, umi mula siapkan pakaian dan sarapan buat mereka. Sukanya depa ni lepas pakai baju raya.. Hanin siap nyanyi2 lagi.. "la..lala..lalalalalaaa.." hehe.. tanda orang gembiralah tu pakai baju raya baru..! ;)

Pagi raya ni kami semua akan beraya di rumah Ust Sulaiman, pengarah MSD Jordan. So, semua perlu berkumpul dalam pukul 8.30am sebelum menaiki bus sekolah yang disewa menuju ke rumah pengarah. Seterusnya masing-masing ikut plan sendiri mahu raya ke mana.. ;) kami bertandang ke rumah K.Pah dan Ust Syed.. Then petang lepas asar kami ke rumah Yana dan Ust nasir, makan 'nasi minyak hujan sejuk' kata ust nasir.. hehe.. menarik2.. ^-^

Selepas tu, umi, abi dan uwais menghantar Hanin semula kepada pengasuhnya kerana pengasuhnya pula mahu membawanya jalan-jalan raya pada malamnya.. Hanin seperti biasa nangis, x mahu.. huhu.. sabar ye hanin..mama dan abi lagi 2 hari balik dr haji, insyaAllah..

sedikit gambar raya kami semua..:







Riang Ria Raya Uwais.. q^-^p

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!

Thursday, November 26, 2009

Kisah Hanin & Uwais Malam Eid Adha

Petang tadi sebelum asar, umi dan abi bersama Uwais pergi mengambil Hanin di rumah pengasuhnya untuk bersama-sama warga Melayu Amman lainnya dalam program Takbir Raya dan Tazkirah sempena raikan malam raya Eid Adha 1430..

Terpancar wajah ceria dan gembira di wajahnya saat kami muncul di rumah tetahnya.. terus jerit uwais..uwais.. Hinggakan tak mahu dah salam dengan tetahnya, x sabar-sabar nak balik rumah agaknya.. bila tengok umi salam dengan tetah sebelum pulang, barulah Hanin hulurkan tangannya.. ;) Kata tetahnya, hanin sangat baik.. MasyaAllah.. Hia Ahsan! Dia sangat baik! :D Alhamdulillah..

Hanin dan Uwais kami letakkan bersama dalam stroller uwais yang banyak jasanya tu..hehe.. (bukan saja barang tunggangan uwais, malah 'kenderaan' umi bila membeli sayur-sayuran syakbi..heh). ada faedahnya juga stroller besar ni..haha :D

Sampai rumah mereka gembira main bersama hinggalah saat program takbir raya tu.. Memang gembira sangatlah dapat jumpa kakak2, abang2, rakan sebaya mereka..! :D hanin pun happy sangat masa tu..

Dan bila tiba baliknya tu.. tetiba wajah Hanin berubah.. sedih.. senyap..je. agaknya dah mula teringatkan mama abinya lah tu.. huhu.. sampai rumah, saya salinkan nappynya.. ceria sikit.. main kereta dengan uwais, boleh dah gelak2 bersama.. tetiba Hanin sedih lagi..nangis.. umi pujuk, senyap jap.. pastu sedih balik.. huhu..yang si Uwais lak, jerit2 je nama hanin ajak main kereta lagi.. aii uwais ni.. x faham2 lagi kakaknya tengah beremosi ni.. haha

umi pikir2 nak wat camne ni..? ha! umi ada idea... Umi buka komputer..ada gambar mama abinya.. umi mula tunjukkan satu-satu.. dia senyap dan matanya tertumpu khusyuk pada gambar2 tersebut..

umi tanya Hanin, "nak buzz mama..?nak cium mama? " Hanin pun cium.. huhu.. hibanya tika itu.. naluri ibu ini mudah benar tersentuh.. banyak juga gambar yang umi bagi cium.. sementara ditangannya umi pasangkan music dari hp umi... sedar2.. Hanin dah terlelap.. ohh..anakku.. Rindu sangat rupanya dia.. :'( umi ceritakan semula pada abi pasal hanin ni.. masa tu pun umi sendiri nak nangis lak.. adeh..


Sekarang dua-dua pun dah tidur.. uwais tidur selepas dah boring tengok kakaknya dah tidur..xde kawan dah nak main.. hehe.. so, umi pn sibuk nak ceritakan kisah ni..haha..

erm, nak siapkan kerja rumah sikit sebelum masuk tidur.. sok pagi kang, xsempat lak nak siapkan.. sebab ada jemputan pagi sok, budak2 berdua ni nak kna siapkan juga nanti.. hehe.. :)

(terasa umi sedang menjaga anak kembar.. tetiba terkenang masa mak umi jaga umi dan kakak kembar umi masa kecik2..) ;)


ok, SELAMAT HARI RAYA EID ADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN. KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR.. :)

Hari 'Arafah - 9 Zulhijjah


-Hari ‘Arafah ialah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)

- Digalakan berpuasa pada yang tidak menunaikan fardu haji.
Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Nabi tidak berpuasa semasa wukuf di Arafah.
Ummu Fadhl binti Al-Harits r.a. berkata: Ada beberapa orang ingin tahu samada Nabi saw. berpuasa semasa beliau wukuf di Arafah. Lalu Ummu Fadhl mengirim kepada Nabi saw. segelas susu di waktu Nabi saw. wukuf di atas untanya di Arafah, lalu diminum oleh Nabi saw. (Bukhari, Muslim).

-Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). - Hari Arafah hari istimewa. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)
Allahu Akbar.

(http://tazkirahs.blogspot.com/)
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Tuesday, November 24, 2009

Ke Festival Nasyid - RaBBaNi & Al-BaYan

Assalamu'alaikum wrt..

24 November 2009
Kami sekeluarga bersama ibu-ibu Sweileh, Yana dan K.Pah serta 'bakal ibu-ibu'..opps.. adik2 Irbid.. Farah, Faezah dan Katty membawa anak2 pergi ke Jami'ah Urduniyyah untuk menonton persembahan Nasyid dari Kumpulan Rabbani Malaysia serta Al-Bayan (Arab) dalam Festival Nasyid semalam. Festival tersebut diadakan pada pukul 12pm-2pm di Activities Complex, Dewan Al-Syu'un Tolabah. Yang seronoknya bila tengok adik2 Irbid ni semangat nak pergi membawa bersama anak-anak K.Ina, Munsief dan Yaya yang dalam jagaan mereka waktu itu.. hehe.. Bagus mereka ni.. take an experiences ye.. :D ada bakat dah seorang ibu.. hehe..

Irfan, Yana, Katty, yaya, Farah, Faezah dan bubu..

Ibu-ibu Sweileh yang semangat juga untuk bersama dalam festival ni..hehe.. Tudung merah tu, Ain baru sampai dengan abenya.. ;)

Bakal ibu Mithali nih.. Pandai sungguh mereka melayan anak-anak.. suka tengok.. :D

Dalam persembahannya, Rabbani sempat mendendangkan lebih kurang 6-7 buah lagu versi arab dan melayu serta diserikan persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. Terasa juga kehilangan ketua kumpulannya, Ust Asri.. kerana suara 'emas' Allahyarham yang susah dicari ganti..

Persembahan dari Kumpulan Rabbani..tanpa Allahyarham Ust Asri di sisi lagi..:'( Al-Fatihah..

ini pula persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. tarian arab saja.. ;)

apalah yang dijelirnya tu.. heh

Bergambar kenangan dengan adik2 Irbid sebelum pulang..:) shift mereka dah abis ptg tu.. ;)

Seusainya persembahan, tetiba datang sekumpulan akhawat arab kepada kami.. Datang menerpa dan meminta izin mahu bergambar bersama anak-anak kami..huhu.. bubu dan yaya seperti biasa sporting je.. uwais cam takut2..tp cover nangis.. manakala irfan, nangis panggil bondanya..barangkali belum biasa keaadan begitu..baru kat sini lg.. kat sini memang camtulah.. orang2 arab ni memang suka kanak2 kecil.. selalunya nak snap gambar dgn anak2 ni.. ;)

eh..eh.. tak nangislah dia.. ish2x.. kecik2 je blh tau.. heh

K.Yaya biasalah.. mesti ada yag tertawan..hehe

bubu Munsief yg cool memanjang.. heh

eh, sapa lak ni tetiba angkat2 kami nih.. kami bukannya artis.. artis kat dpn tu..hehe

Irfan..relaxlah..minah2 arab ni nak amik gambar je.. -uwais

sempat bergambar dengan Rabbani.. (x sume....) yg duduk berbaju jaket hitam tu adalah anak sulung Allahyarham Ust Asri Ibrahim..baru habis PMR..

sampai kat luar sempat bergambar lagi..huhu..umi terpaksa temankan ayman dan nazirah je..hehe

adeh.. umi juga kena temankan uwais..minah2 arab ni suka sgt kt anak2 kecik.. layann jelah.. (amboi..ngalah artis lak uwais ye..) ish2x..


oklah.. nak buat kerja rumah pulak.. hehe..
wassalam..

p/s: Selamat Menyambut hari Raya Eid Adha buat semua yang mengenali kami.. :) Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Maaf Zahir dan Batin :)

- Farah, ayuni and the gang, datanglah lg sini.. Ahleen2x.. :D

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”