Tuesday, December 22, 2009

2 tahun sudah..

Detik 23 Dis itu..
Penghujung tahun 2007 yang penuh bermakna
kelahiran putera sulung buah cinta kami..
Kelahirannya di Bumi Urdun
Memahat satu memori yang indah
yang pasti mengajar kami lebih tabah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi
si kecil membesar dengan sihat ke saat ini..

2 tahun sudah usiamu kini..
Penghibur hati Umi abi
Penyeri rumah tangga kami..

Hanya Doa yang terbaik buatmu anakku
Agar dirimu membesar dengan sihat
yang terbaik untukmu di dunia mahupun akhirat
Moga dirimu sentiasa dalam Rahmat dan PetunjukNya selalu
Pejuang agama, bangsa dan negara tercinta..

Uwais Amzar Bin Mohammad Najib,
Kau Anugerah..
Kau Amanah..
Buat Umi Abi..

Di Sini Umi paparkan satu video operasi ceasarean yang mana perkara yang sama pernah uwais lalui tika saat mahu lahir ke dunia.. buat tatapan dan ingatanmu satu masa nanti...




Note:
1) Kali ini uwais akan menyambut kelahirannya di atas Flight Kuwai Airways.. menuju destinasi Tanah Air tercinta.. Doakan perjalanan kami semua selamat pergi dan pulang semula ke Jordan.. :)


2) Kami juga mengucapkan selamat pulang ke Tanah Air kepada adik Syed Iqbal Syed mohd Helmi yang akan meneruskan perjuangan persekolahannya di Malaysia.. beliau akan turut sama menaiki penerbangan bersama kami hari ini. Moga beliau tabah dan bersemangat dalam mencapai cita-cita hidupnya.. :)



photo: credit to abdBaith@iqbal

6 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

salam, gempak gile entry kali ni huhuhu...
bila uwais dah besar tgk entry ni mesti meleleh2 lah tgk klip video ni.

uwais, moga jadi anak soleh. =)

ummu ammar said...

sanah helwa buat uwais...

moga jadi anak soleh buah cinta ummi dan abinya.. insyaAllah...

Anonymous said...

Selamat hari lahir, Uwais, semoga sentiasa menjadi anak soleh, permata hati abi umi.

Unknown said...

bayt Amzar to All:

wslm..
Alhamdulillah atas segalanya..:)

syukran 'ala doa kalian.. :) amiin..

salam rindu dari kami untuk semua sahabat2 d Jordan.. :D

Unknown said...

semoga uwais membesar menjadi anak yg soleh yg berbakti kpd agama yg suci ini.insyaAllah..Aminn...

Tepi Sungai Batu said...

Selamat Hari Lahir buat Uwais.

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”