Sunday, December 6, 2009

Liqa' Tafaqquh 5 Dis'09

Semalam kami hadiri semula kelas Liqa' Tafaqquh setelah 'bercuti' dalam beberapa minggu.. ;) Kali ini kami menyambung perbincangan mengenai Hadith yang ke- 4 dari Imam Nawawi dan tentang Fiqh Islam (Sambungan lalu.. Bab Taharah (Bersuci)).

Hadith 4/40 ِAl-Imam An-Nawawi
perbincangan oleh: ust Yusrizal

أطوارُ خَلِق الإنسان وخَاتِمَتُه

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :
1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib
membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:
Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya - manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.

Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka. Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebaliknya.
(sumber: http://notes....)


Fiqh: Taharah
Tayammum
Perbincangan oleh: Ust Nasir
- Perbincangan masih tentang taharah (bersuci) sambungan daripada perbincangan yang pernah disampaikan oleh Ust Mujahid dahulu. Kali ini perbincangannya mengenai wudhu' dan tayammum. Permasalahan tentang Jika tiada air atau tanah untuk berwudhu' dan keadaan jika tiada kedua-duanya..

Kitab yang digunakan adalah A-Tazhib Fi Adillati Matan A-Ghayah ًWa At-Taqrib
التذهيب في أدلة متن الغايه والتقريب " oleh Matan Abi Syujaa' dalam fiqh As-Syafi'e, taklif oleh Al-Ustaz Doktor Mustaffa Dib Al-Bugha..

Mungkin boleh baca di link berikut:
hukum-seputar-tayammum
pembahasan-tata-cara-tayamum

P/s: Mungkin ust Nasir sendiri boleh menulis perihal tayammum di dalam blognya.. (boleh ustaz..? :)
__________________________________________________________

Habis kelas, saudari Ayman mempromosikan satu buku. Saya beli. Buku tersebut adalah tulisan daripada Saudara Muhammad Shahrul Ifwat, pelajar tahun 3 Jurusan Fiqh dan Usul, Universiti Mu'tah yang bertajuk " Kembara Mencari TUHAN" ynag mengisarkan tentang.. (saya petik quote dari penulisnya)

" Kembara Mencari Tuhan mengisahklan dialog seorang remaja, Elie yang berusaha mencari jawapan kewujudan Tuhan dan keperluan beragama. Kembara Elie juga menilai agama yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan Islam.
Di bahagian kedua dimuatkan respon Al-Qur'an terhadap agama lain serta metadologi Al-Qur'an dalam mengenal Pencipta.
Buku yang bertujuan memberi asas ilmu perbandingan agama sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Perbincangannya yang ringkas diharap dapat memberikan pendedahan kepada pembaca."

Dan pada petangnya, selepas solat asar, kami dan beberapa keluarga sweileh yang lain ke Hospital Jordan untuk menziarahi Ust Arman, Atase pendidikan JPM Jordan) yang kini sedang dirawat di Wad ICU hospital berkenaan. Kami sempat masuk ke biliknya dan melihat keadaan beliau dan diberitahu keadaannya masih sama. Kami mohon sahabat2 semua doakan kesejahteraan beliau agar semuanya dipermudahkan dan beliau cepat sembuh!

Dan sehari sebelumnya iaitu pada hari jumaat, Bayt Amzar, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab telah berkunjung ke rumah Syeikh Taufiq atas pelawaannya sendiri. Beliau dan keluarganya teringin untuk merasa masakan Malaysia iaitu Nasi Ayam. Saya, K.Pah dan Ain bersama menyediakan juadah tersebut dan selepas solat Jumaat kami bertolak ke rumahnya yang terletak berhampiran Wasad Balad. Syeikh Taufiq adalah guru mengaji qur'an pada hubby, Ust Syed dan Ust Mus'ab sebenarnya. Kunjungan ini tak lebih untuk berkenal-kenalan antara keluarga kami dan keluarganya. Sebelum pulang, zaujahnya, Ummu Masyhur ada sedikit tanda kenangan untuk kami. Kami diminta untuk membaca surah Al-Kauthar serta satu hadith yg diriwayatkan dari Uthman bin 'Affan (kalau tak silap). Kami semua berjaya tasmi' semula dihadapannya (alhamdulillah sebab pendek je..hehe) dan kami akan diberi sanad kemudian ;). Best lak rasa.. berharga tu! dapat satu surah dan satu hadith! Kena ingat tu dan amalkannya..insyaAllah.. :)

Hadith itu berbunyi: خيركم من تعلم القرأن وعلمه
"Sebaik-baik Manusia adalah mereka yang belajar Al-Qur'an dan Mengajarnya"

Manakala maksud surah Al-Kauthar(3 ayat):
[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan
yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata,
dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau,
Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

(sumber: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
)
tafsirannya: TafsirIbn Kathir (link)


wallahua'lam..

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”