Tuesday, November 24, 2009

Ke Festival Nasyid - RaBBaNi & Al-BaYan

Assalamu'alaikum wrt..

24 November 2009
Kami sekeluarga bersama ibu-ibu Sweileh, Yana dan K.Pah serta 'bakal ibu-ibu'..opps.. adik2 Irbid.. Farah, Faezah dan Katty membawa anak2 pergi ke Jami'ah Urduniyyah untuk menonton persembahan Nasyid dari Kumpulan Rabbani Malaysia serta Al-Bayan (Arab) dalam Festival Nasyid semalam. Festival tersebut diadakan pada pukul 12pm-2pm di Activities Complex, Dewan Al-Syu'un Tolabah. Yang seronoknya bila tengok adik2 Irbid ni semangat nak pergi membawa bersama anak-anak K.Ina, Munsief dan Yaya yang dalam jagaan mereka waktu itu.. hehe.. Bagus mereka ni.. take an experiences ye.. :D ada bakat dah seorang ibu.. hehe..

Irfan, Yana, Katty, yaya, Farah, Faezah dan bubu..

Ibu-ibu Sweileh yang semangat juga untuk bersama dalam festival ni..hehe.. Tudung merah tu, Ain baru sampai dengan abenya.. ;)

Bakal ibu Mithali nih.. Pandai sungguh mereka melayan anak-anak.. suka tengok.. :D

Dalam persembahannya, Rabbani sempat mendendangkan lebih kurang 6-7 buah lagu versi arab dan melayu serta diserikan persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. Terasa juga kehilangan ketua kumpulannya, Ust Asri.. kerana suara 'emas' Allahyarham yang susah dicari ganti..

Persembahan dari Kumpulan Rabbani..tanpa Allahyarham Ust Asri di sisi lagi..:'( Al-Fatihah..

ini pula persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. tarian arab saja.. ;)

apalah yang dijelirnya tu.. heh

Bergambar kenangan dengan adik2 Irbid sebelum pulang..:) shift mereka dah abis ptg tu.. ;)

Seusainya persembahan, tetiba datang sekumpulan akhawat arab kepada kami.. Datang menerpa dan meminta izin mahu bergambar bersama anak-anak kami..huhu.. bubu dan yaya seperti biasa sporting je.. uwais cam takut2..tp cover nangis.. manakala irfan, nangis panggil bondanya..barangkali belum biasa keaadan begitu..baru kat sini lg.. kat sini memang camtulah.. orang2 arab ni memang suka kanak2 kecil.. selalunya nak snap gambar dgn anak2 ni.. ;)

eh..eh.. tak nangislah dia.. ish2x.. kecik2 je blh tau.. heh

K.Yaya biasalah.. mesti ada yag tertawan..hehe

bubu Munsief yg cool memanjang.. heh

eh, sapa lak ni tetiba angkat2 kami nih.. kami bukannya artis.. artis kat dpn tu..hehe

Irfan..relaxlah..minah2 arab ni nak amik gambar je.. -uwais

sempat bergambar dengan Rabbani.. (x sume....) yg duduk berbaju jaket hitam tu adalah anak sulung Allahyarham Ust Asri Ibrahim..baru habis PMR..

sampai kat luar sempat bergambar lagi..huhu..umi terpaksa temankan ayman dan nazirah je..hehe

adeh.. umi juga kena temankan uwais..minah2 arab ni suka sgt kt anak2 kecik.. layann jelah.. (amboi..ngalah artis lak uwais ye..) ish2x..


oklah.. nak buat kerja rumah pulak.. hehe..
wassalam..

p/s: Selamat Menyambut hari Raya Eid Adha buat semua yang mengenali kami.. :) Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Maaf Zahir dan Batin :)

- Farah, ayuni and the gang, datanglah lg sini.. Ahleen2x.. :D

4 comments:

farah said...

comelnya uwais jeler lidah..kitorang nak tunggu soto kak ayu hehe ^_^

Unknown said...

hahah.. ok farah.. beres.. insyaAllah.. :D

ummu faqeh said...

salam dari irbid..Ya Allah beshnyer boleh dengar nasyid Rabbani live in Jordan..Ruginya tak dapat pergi..hehe tak tahupun..takper, dengar MP3 pun jadiklah kan..apa2 halpun..salam eidul adha..Moga ada pertemuan bila diizinkan Allah..

p/s:Kak Pah, dia ada buat blog tak?sampaikan salam pada dia yer..

ayu ni nak panggil ayu jer ker?saya lahir tahun 1981.kalu kakak, boleh panggil kak izma, kalu adik,(huhu , rasa macam muda jer!) panggillah adik izma sayang!haha..gurau jer!

Unknown said...

salam ukhuwwah ummu faqeh..

hehe.. sebelum kat amman, rabbani ada buat persembahan kt irbid kan..? xsempat g yer.. ;)

erm..pasal k.pah tu, dia xde buat blog.. blum ada ms katanya.. hehe nak bc blog kawan2 je..:)

yg last tu.. erk.. nak pgl kakak pn x blh.. nak pgl adik sayang pn x dapat jg.. hehe.. rupanya kita sebaya... :D best2x.. haha

salam eid adha jg dr kami..:) insyaAllah kita jumpa bila ada rezkinya.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”