Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Laa ilaahaillallah.. Allahuakbar.. Allahu Akbar.. Wa Lillahilhamd..
Seawal subuh lagi seusai solatnya subuh, takbir raya sudah pun bergema di setiap masjid di sekitar Sweileh.. Bersambung-sambung di antaranya.. kedengaran suara orang dewasa dan kanak-kanak bersama-sama mengalunkan takbir raya.. Alunan takbir mereka di sini tidaklah sama dengan di Malaysia yang lenggok alunannya lebih lembut dan berlagu-lagu..Di sini mereka tidak berlagu, bunyi rentak yang sama setiap takbirnya, lebih kuat dan semangat.. Tetapi pasti kedua-duanya tetap meruntun jiwa dan kalbu dalam membesarkan dan memuji yang Maha Agung, Allah Pencipta sekalian Alam.. Solat Raya juga sangat awal.. Pukul 6.45am bermula solatnya, manakala subuhnya pula tadi pukul 4.45am. Abi awal-awal lagi dah bersiap untuk ke masjid.
Bagi hanin dan uwais pula, mereka bangun seawal 6.30am selepas terdengar Umi bercakap di telefon bersama Umi Pah. Kakak hanin yang terjaga dulu, kemudian Uwais bila tengok semua orang tiada di sebelahnya.. :)
"Dah baca doa bangun tidur..?" umi tanyakan pada hanin. Umi pun tadahkan tangannya, dan bacakan doa bangun tidur.. "Selamat hari raya, hanin.. "
Buat pertama kali dalam hidup hanin beraya tanpa mama dan abinya di sisi.. ;) Hanin akan beraya bersama umi, abi dan uwais serta warga Melayu Amman yang lain.. Lebih kurang 7 pagi lebih, umi mula siapkan pakaian dan sarapan buat mereka. Sukanya depa ni lepas pakai baju raya.. Hanin siap nyanyi2 lagi.. "la..lala..lalalalalaaa.." hehe.. tanda orang gembiralah tu pakai baju raya baru..! ;)
Pagi raya ni kami semua akan beraya di rumah Ust Sulaiman, pengarah MSD Jordan. So, semua perlu berkumpul dalam pukul 8.30am sebelum menaiki bus sekolah yang disewa menuju ke rumah pengarah. Seterusnya masing-masing ikut plan sendiri mahu raya ke mana.. ;) kami bertandang ke rumah K.Pah dan Ust Syed.. Then petang lepas asar kami ke rumah Yana dan Ust nasir, makan 'nasi minyak hujan sejuk' kata ust nasir.. hehe.. menarik2.. ^-^
Selepas tu, umi, abi dan uwais menghantar Hanin semula kepada pengasuhnya kerana pengasuhnya pula mahu membawanya jalan-jalan raya pada malamnya.. Hanin seperti biasa nangis, x mahu.. huhu.. sabar ye hanin..mama dan abi lagi 2 hari balik dr haji, insyaAllah..
sedikit gambar raya kami semua..:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment