Sunday, November 29, 2009

Dari Amman Ke Irbid...

28 November'09 /11 Dzulhijjah 1430
Raya Korban Ke-2

Alhamdulillah... Akhirnya hasrat kami untuk beraya di bumi Irbid tercapai jua.. Hasratnya cuma satu.. berziarah, berta'aruf serta merapatkan ukhuwwah antara kami.. Seawal pukul 9am kami 4 keluarga Sweileh (Bayt Amzar, Bayt Irfan, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab) bertolak ke Irbid dengan menaiki 2 buah service yang sudah sedia menanti. Kira-kira lebih kurang 1 jam setengah kami pun sampai ke Bab Syimali, Irbid. Di sana, kami dijemput oleh Ust Zaid untuk membawa kami ke rumahnya. Di sana kami mula kenal ukht Izma, zaujahnya yang sangat ceria dan peramah orangnya.. tak sangka juga rupanya kami sebaya.. kebetulan sahabat sekolahnya dulu adalah sahabat saya di uia juga.. Sungguh indah perancanganNYA.. :) thanks izma, mee sup specialnya yang soodapp bangat..!! :D

Kemudian kami ke rumah Ust Ridzwan dan K.Aizah pula.. Kami di raikan dengan menu nasi minyak yang laziz.. Kebetulan datang juga beraya beberapa orang teman mereka yang tinggal di sana. Suasana tambah meriah..

Tiba masanya pula kami bertandang ke rumah Ust Suffian yang baru saja tiba di bumi anbiya' ini.. Ust Suffian datang bersama zaujahnya, Najihah serta anak comel mereka, Syamil. Kebetulan lagi..rupanya Najihah juga sebaya dan seUia dengan saya ditambah beliau sama batch dengan hubby ambil bidang bahasa arab. Tak sangka pula dapat berkenalan di sini.. Semakin seronok saya.. hehe.. semuanya agak sekepala.. lagi menambahkan keserasian antara kami semua.. Alhamdulillah..

Bergambar kenangan 6 buah keluarga.. dari Amman ke Irbid.. moga ukhuwwah yg terjalin, berkekalan hingga akhirnya.. :)

A moment to Irbid.. antara kenangan terindah.. :D

Destinasi terakhir kami adalah ke rumah Adik farah najihah.. Sebelum datang, saya meminta izinnya dahulu untuk membawa Keluarga Izma dan Najihah bersama untuk berkenal-kenalan. (makin ramai pulak rombongan cik ayu ni ye farah.. ;) ) Di sana, kami juga dapat berjumpa adik2 Irbid yang lain..antaranya Ainul, Nayla, Zimah, Fatin dan farahana.. Farah menjamu kami mee special yang diimport dari jawa.. hehe.. a.k.a mee jawa.. Memang sedapp Farah.. pandai dia masak..! :) boleh ajar akk pula lepas ni ye. ^-^


Destinasi terakhir: Rumah Farah Najihah dan adiknya.. Adik2 Irbid yg lain juga berkumpul di sini untuk berjumpa kami.. Salam Ukhuwwah Fillah! :)


Pose Istimewa dari Uwais.. haha..inilah antara hobinya suka tonton TV sambil duduk di dalam bakul.. esok 13 Dzulhijjah..maka genaplah usianya 2 tahun.. Sanah Helwah sayang umi abi.. moga jadi anak yg soleh, hambaNya yg taat! amiin..


Buat semua.. jazakumullah khairan kathira atas segalanya.. buat farah dan kawan-kawan, syukran atas keprihatinan kalian pada salah seorang 'anak buah rombongan' yg tak berapa sihat.. ;)

Jemput pula ke rumah kami di Amman.. Jumpa lagi InsyaAllah.. Kullu 'am wa antum Bikhair..


p/s: Doakan saya cepat sembuh.. selsema dan batuk agak teruk lepas pulang malam tadi..huhu..


Wassalam..
Ummu Uwais

6 comments:

farah said...

happy birthday uwais..moga jd mujahid pembela agama satu hari nanti! ^_^

ummu faqeh said...

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
keifak ayu?dah semakin ok ker tak?harap2nya cepat2 sihat..

pertamanya..syukran ala ziaratukum ila irbid..alhamdulillah..ukhuwah fillah abadan abada..jemputlah datang lagi yer!

keduanya..sanah halwah utk uwais..dah besar dah..jadiknya, ummi dia boleh dah slow2 ..buat adik barukan?hehe..jgn marah ayu!

Unknown said...

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

selsema dan batuk lagi.. sekarang uwais lak dah berjangkit..sian dia..huhu..

kami pun ucapkan time kasih byk2 atas layanan dan makanan yg best! hehe.. jazakumullah khairan kathiran.
insyaAllah ada rezki kita jmp lg ye.. :D

yg kedua tu.. haha.. tunggulah.. ada rezkiNYA adalah nanti..;)

Unknown said...

kepada adik Farah,

syukran 'ala kulli hal.. jazakillah..
:)

insyaAllah moga2 itulah destinasi hidupnya..amiin..

jmput dtg rumah kami pula..

take care.. :)

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwwah.
Sungguhpun berjauhan dari ibu dan bapa namun Aidil Adha di sini tidak kurang meriahnya. Dengan ukhuwwah yang terbina dengan sahabat2 di Irbid saya rasa ianya telah dapat mengubatkan sedikit kerinduan berhariraya di tanahair.

Untuk Uwais, Ammu ucapkan "Sanah Helwa " dan berdoa semoga sempat sembuh >> Syafahullah

Unknown said...

uwais: syukran ammu.. jazakumullah khairan kathira.. kullu 'am wa antum bikhair.. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”