*Assalamu'alaikum wr wb ..*
> *Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu
> peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita
> untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW.Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:*
> *"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
> Wahai kaum wanita, aku lihat
> kamu ini lebih banyak di neraka".*
>
> *Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang
> menyebabkan yang
> demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW
> menjawab, "Tidak.*
>
> *Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok
> yang boleh
> menjerumuskan kamu ke dalam neraka:*
>
> *1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah*
> *2. Kamu kufurkan kebaikan suami.*
>
> *Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :*
> *1. Banyak beristighfar*
> *2. Banyak bersedekah.*
>
> *Keterangan:*
> *Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti
> contoh di bawah:*
>
> *Contoh 1*
> *Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak
> kunjung tiba, akibat
> geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni
> dah mampus agaknya."
> Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah.
> Lisan wanita memang
> terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
> rumah, hatta suami
> pun kena sumpah.*
>
> *Contoh 2*
> *Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
> "Celaka punya gas. Masa ni
> jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan
> kufur I'tiqad tetapi
> bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud
> tanggungjawab yang
> telah ditunaikan oleh suami.*
>
> *Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh
> seorang suami yang
> kurang faham isteri.*
>
> *Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa,
> seorang isteri, jika
> seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi
> di suatu ketika,
> disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
> maka dia akan
> berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
> awak". (Terjemahan
> langsung dari Arab).*
>
> *[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh
> dikaitkan dengan
> perkataan seperti berikut:*
>
> *"Selama hidup dengan awak, apa yang saya
> dapat?".][Tak guna sesen pun']*
>
> *Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang
> berkata, "Awak ini,
> saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan
> gugur pahala-pahala
> amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya
> ialah menyuruh kaum
> wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
> menyelamatkan
> kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
> api neraka
> seperti yang disebutkan tadi.*
>
> *Fadhilat beristighfar:*
>
> *a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan
> amalan istighfar 70 X
> sehari, dia tidak akan*
> * ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."*
>
> * Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda
> lagi. Rasulullah
> SAW menganjurkan*
> * kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
> sendiri melakukannya
> lebih dari 100 X sehari.*
> * Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah
> kita menjadualkan
> amalan zikir ini dalam*
> * amalan-amalan harian kita.*
>
> *b. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan
> amalan istighfar, akan
> dikeluarkan Allah dari*
> * sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang
> tidak menentu yang
> sering melanda kaum*
> * wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"*
>
> *c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap
> rezeki itu hanya dalam
> bentuk wang*
> * ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
> kesihatan, umur,
> kasih sayang dan anak-*
> * anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang
> ringgit. Sedekah juga
> termasuk:*
>
> *1. Tuturkata / percakapan yang baik.*
>
> * Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri.
> Ertinya tidak
> menyakitkan hati. Inilah*
> * rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.*
>
> * Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri
> Rasulullah SAW yang
> pertama, tidak pernah*
> * menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun.
> Sepanjang hayat
> baginda SAW, hati baginda*
> * dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut
> nama beliau.
> Kadangkala hingga*
> * menimbulkan perasaan cemburu dikalangan
> isteri-isteri baginda.*
>
> * Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas
> memberi wahyu kepada
> Rasulullah sebelum*
> * meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.
> Suatu hari
> Rasulullah SAW telah*
> * bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah
> satu-satunya perempuan
> yang Allah SWT*
> * berkenan tuturkatanya" .*
>
> *2. Memberi salam.*
>
> *3. Memaniskan wajah.*
>
> * Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW
> pernah bersabda,
> "Kamu senyum*
> * sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga
> suatu syair Arab yang
> berbunyi :*
>
> * "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah,
> lembutkan lidah."*
>
* Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW: marilah kita bertafakkur dan*
* bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan*
* kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.*
" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda
Rasulullah SAW"*
No comments:
Post a Comment