Friday, October 10, 2008

Congratulations IIUM!!

Date: Thursday, October 9, 2008, 5:37 PM

PENDIDIKAN, BERITA HARIAN, 9 OKTOBER 2008 - UIAM institusi pengajian
tinggi ketiga dunia raih anugerah BSC

Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian. com.my

UNIVERSITI Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul institusi pengajian
tinggi (IPT) ketiga dunia dan pertama di rantau Asia Pasifik meraih
Anugerah Balance Score Card (BSC) Hall of Fame for Executing Strategy
sebagai mengiktiraf kejayaan menggunakan pendekatan dan metodologi BSC,
baru-baru ini.

Anugerah disampaikan Pencipta Konsep BSC, Prof Dr Robert Kaplan kepada
Dekan Bahagian Strategi Korporat dan Jaminan Kualiti UIAM, Prof Datuk Dr
Mohd Azmi Omar yang mewakili Rektor UIAM pada satu majlis berlangsung di
Seoul, Korea Selatan sempena Persidangan BSC 2008.

UIAM dipilih penerima anugerah itu setelah berjaya mencatat pencapaian
membanggakan sejak mula mengintegrasikan pendekatan BSC dalam pelan
strategi universiti berkenaan pada 2000.

Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid dalam satu kenyataan, berkata
pendekatan BSC diambil bagi memudahkan strategi mencapai sasaran muncul
sebuah universiti berteraskan penyelidikan di rantau ini.

Katanya, pelbagai strategi diatur UIAM yang membawa kepada kecemerlangan
merangkumi aspek perolehan geran penyelidikan, jumlah produk dipatenkan,
penerbitan dan penyelidik berkepakaran hasil pelaksanaan pendekatan BSC.

“Menerusi pendekatan berkenaan, skala pencapaian dapat dikenal pasti,
sekali gus memastikan status kejayaan universiti mengikut perancangan.

“Sistem BSC juga mampu memantapkan hala tuju universiti kerana menerusinya
semua kakitangan universiti faham akan tanggungjawab masing-masing, sekali
gus membantu mencapai visi dirancang,” katanya.

Katanya, perubahan jelas ketara sepanjang empat tahun pelaksanaan
metodologi itu apabila perolehan geran bagi tujuan penyelidikan meningkat
lebih 400 peratus, selain peningkatan sekali ganda produk berjaya
dipatenkan.

Malah, katanya 40 peratus kuliyyah di UIAM turut diiktiraf sebagai pakar
dalam bidang masing-masing berbanding hanya kurang 10 peratus, sebelum
itu.

Sebelum ini, dua IPT antarabangsa iaitu Universiti of California San
Diego, Amerika Syarikat dan University of Leeds, United Kingdom turut
mendapat pengiktirafan anugerah yang sama.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”