Tuesday, October 21, 2008

Lagi Open House

Baru- baru ni kami mendapat jemputan rumah terbuka daripada pegawai pegawai Ambassy Malaysia di sini...

Hari Jumaat lepas kami warga Amman ke rumah Pn Rini dan En Shahrizan di Abdoun. Beliau mengadakan jamuan raya ini serentak dengan majlis perpisahan kerana suami beliau akan tamat khidmat di sini. Pn Rini menyediakan juadah nasi lemak special,mee sup special, kuih muih malaysia dan arab dan istimewanya pelbagai coklat dari jenama zlatimo dan passion..memang best!!

Pn Rini kini sedang mengandungkan anak ketiga mereka dan mungkin akan dilahirkan di Malaysia..moga semuanya selamat.

Tak lupa sebelum pulang, Pn Rini memberi souvenir duit raya beserta coklat untuk uwais dan kanak2 yg lain..memang sweet... kreatif betul Pn Rini nih..:)

ni gambar sekitar majlis...



















Then Hari sabtu pula kami ke rumah pegawai baru tiba (pegawai JPA) iaitu en Hazman dan isteri beliau Puan Ju... Kedua-duanya ramah melayan tetamu... banyak cerita dikongsi bersama...

Juadah di rumah beliau istimewa juga especially pulut kuning bersama kari kambing...best..tp saya dan marwah x sempat jamah pulutnya sebab dh habis..uhuuu...

kami cuma makan nasi impit bersama lodeh dan mee rebus special... memang pandai Puan Ju masak...

ni gambar kami bersama tuan rumah...




No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”