Friday, October 17, 2008

Perkembangan Si Kecil





"Tangan Di Kepalaku
Di Muka dan Di bahu
Di Pinggang dan Di sisi
Di Belakang ku Sembunyi
Ku Angkat Tinggi
Jejari Ku Menari
Ke Depan tanganku
Tepuk Tangan Gembira
Hurrey...!!!"






Di atas tu sebenarnya adalah lirik lagu mudah buat si kecil saya Amzar yang saya akan nyanyikan padanya pada tiap2 hari sambil membuat pergerakan/body language mengikut lirik tersebut. Alhamdulillah nampaknya si Kecil saya ini cepat menangkap pada setiap pergerakan saya... dan kini yang paling dia suka buat bertepuk tangan dan menarikan jejarinya tiap kali saya kata 'tepuk tangan/clap your hand, adik'. sepontan si kecil akan berhenti daripada 'kerjanya' dan bertepuk tangan dan menarikan jejarinya dengan muka tersenyum...:)

dan berita terkini si Kecil ini, di usianya 9 bulan ini, Amzar sudah semakin rajin melakukan aktiviti berjalan sendiri... sudah banyak langkahnya dihayun... saya kira sebagai latihannya sendiri yg terakhir sebelum sepenuhnya berjalan sendiri...Alhamdulillah...

Memang seronok dapat tengok keletah dan perkembangan anak sendiri setiap hari apatah lagi bila mereka ini sudah pandai menunjukkan rasa sayang dan faham kata-kata kita...senyuman..gelak mereka... dan lagi satu tentang Amzar ni..dia suka buat aksi2 @ memek muka yang pelbagai yang kadangkala menggelikan hati kami suami isteri... Ya Allah betapa kami mensyukuri anugerahMu ini... KAU tunjukilah kami agar dapat mendidiknya menjadi insan berguna pada Agama, bangsa dan negara! Amiin..

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”