Baru-baru ni dapat message dari kawan lama di Malaysia..mengatakan bahawa kawan kami terlibat dalam kemalangan jalan raya.. Beliau cedera parah. katanya semasa on the way balik ke Perak..28Hb September lepas... Dan kelmarin dapat berita dari ipar (ex iium merangkap ex presiden Mushrif Club IIUM) bahawa kawan kami tadi sudah meninggal dunia... Allahyarhamah Siti Faridah Hanim adalah teman seperjuangan saya masa sama-sama melaksanakan program ibadah camp atas nama IIUM bawah kendalian Mushrif Club...(kami adalah Mushrifah yang dilantik oleh pihak pengurusan bahagian unit training dan tarbiyah Pusat aktiviti pelajar IIUM)
Salam takziah dari kami sekeluarga buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah...Moga Rohnya dicucuri rahmatNya...Amiin.
Hanim..kenangan bersamamu tetap di ingatan akak...senyumanmu..gelak tawamu..Moga Allah tempatkanmu di sisi orang2 yang beriman... Al-Fatihah!
No comments:
Post a Comment