Saturday, October 18, 2008

Ambilah Daun Kesabaran Dan kerendahan Hati

Ambilah beberapa akar ke ikhlasan,
Daun-daun kesabaran dan perahan kerendahan hati,
Letakkanlah dalam wadah ketaqwaan.
Lalu...Tuangkanlah kedalamnya cairan rasa takut,,

Kemudian masaklah dengan api kesedihan,
Saringlah dengan saringan kewaspadaan,
Ambillah dengan tangan kejujuran
Minumlah dengan gelas istiqhfar di campur air kesalehan,

Jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah
Hari ini adalah amal tiada hisab
Dan esok adalah hisab tiada Amal
Dunia hanya sementara,

Sedangkan akhirat adalah nyata.
Berdo'alah semuga Alloh membimbing kita ke jalan yang LURUS...

Ya Alloh,,Tuhan yang maha ESA.
maha adil dan maha bijaksana.
Ampunilah kami.
berilah kami kekuatan.
mengharungi mehna-MU,
kami mohon restu Hidayah dari-MU.
rahmatilah hidup kami.
terimalah taubat kami.
Ya Alloh ya Rohman Ya Rohim.
Maha penghapus segala dosa kami,,
Amin ya Robbal alamin,,,,

(http://solekha.multiply.com/journal/)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”