Wednesday, December 31, 2008

wida' & salam ukhuwwah fillah berpanjangan

Assalamu'alaikum wrt...
Dari malam tadi berhajat nak ziarah sahabat baru saya, Pn. Sayyidah yang telah berangkat pulang ke Malaysia hari ini... tapi bila tengok hujan masih belum reda, saya terpaksa membatalkan niat itu..sehinggalah pagi tadi..hujan masih turun renyai2... cuaca semakin sejuk sekarang hingga ke tahap bawah 1'c.. jadi, saya hanya sempat call sayyidah sebelum dia dia bertolak ke Queen Alia Airport.. (ditemani suaminya Ustaz Mahyuddin- yg masih belajar di sini)

Sayyidah kata pada saya k.yu ni tak message pun.. (rupa-rupanya dia menunggu saya juga untuk berjumpa last day nya di sini...huhu) sedih jugalah sebab baru je kami berjumpa dan berkenalan dah nak balik...(rasa macam dah rapat sebabnya mungkin sifat ramah kami dan pernah ber'jaulah' bersama-sama sepanjang dia berada di sini.. hehe =)
Buat Sayyidah, moga ukhuwwah yang terbina terus kekal ke akhirnya... salam ukhuwwah fillah berpanjangan dari kami sekeluarga...
Angka kematian terkini 303 akibat serangan gila rejim Zionis bermula Sabtu.

Topic: Berita Semasa

Isnin,29/12/ 2008 -Sumber-sumber Palestin melaporkan pada hari Ahad bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom beberapa kawasan dalam bahagian yang berbeza di emenanjung Gaza yang mengakibatkan lima Warga Palestin mati dan mencederakan beberapa penduduk . Jumlah yang maut akibat serangan Israel bermula pada hari Sabtu hingga kini berkedudukan pada 303 kematian manakala sekurang-kurangnya 1000 orang penduduk tercedera, 180 dengan kecederaan serius.

Laman web berita Arabs48 melaporkan bahawa tentera rejim Zionis telah mengebom satu bengkel tukang besi dan sebuah rumah dalam kawasan al Zeitoun di Gaza City, seorang lelaki dan seorang wanita maut.

Di al Nusseirat, tentera rejim Zionis telah mengebom kenderaan dua Warga Palestin, sumber-sumber perubatan berkata.

Saksi-saksi melaporkan beratus-ratus penduduk itu lari ke kawasan sempadan antara Gaza dan Mesir dalam satu percubaan untuk menyelamatkan diri tetapi pengawal sempadan Mesir telah menembak mereka, seorang anak terbunuh dan beberapa penduduk-penduduk lain cedera.

Note: sumber : http://www.palestin e-info.co. uk/en/
penterjemah : gunx

Kenyataan Akhbar PACE

PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) mengutuk sekeras-keras tindakan biadap rejim zionis membedil rakyat Palestin dalam satu lagi tindakan keganasan terbaru. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagai bentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejak rejim itu mengusir rakyat Palestindari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah(malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis dan menguasai Masjid al Aqsasejak tahun 1967.

Rakyat Gaza yang menderita sejak 18 bulan yang lalu akibat penutupan sempadan oleh Israel sehingga terputus bekalan makanan, ubat-ubatan,bahan api dan bekalan air bersih kini menghadapi serangan bertubi-tubi Israel dengan menggunakan jet-jet pejuang F-16 dan helikopter penggempur Apachee ke atas sasaran awam. Bilangan orangawam di Gaza yang terbunuh kini telah mencecah hampir 300 orang danlebih 700 orang mengalami kecederaan.

Sebilangan besar dari mangsa adalah wanita dan kanak-kanak. Bilangan kematian dikalangan rakyat Palestin dijangka akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan. Bahkan pasukan darat tentera Israel juga sedang bersedia di perbatasan Gaza dan akan melancarkan serangan besar-besaran pada bila-bila masa. Sudah tentuini akan meningkatkan lagi kemusnahan, kematian dan kematian dikalangan penduduk Gaza.

PACE menolak dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri. Ini adalah satu pembohongan yang nyata. Hakikatnya Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh ke adalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.PACE juga ingin membawa perhatian masyarakat antarabangsa hakikat serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan di Gaza.

Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada di tempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis yang semestinya berada di dalam pusat bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan di kalangan orang awam.

PACE turut mempersoal kenyataan Mahmud abbas yang masih menyalahkan HAMAS keatas serangan di Gaza adalah bukti jelas bahawa Presiden pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat itu bersekongkol dengan pihak rejim zionis yang mengadakan sekatan dan kepungan ke atas Gaza tanpa henti sejak 18 bulan yang lalu.PACE menggesa umat Islam dan rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan media barat dan kenyataan pemimpin-pemimpin US, Israel, Mesir dan pihak berkuasa Palestin yang terus mengelak dari membicarakan isu sebenar di belakang penentangan rakyat Gaza dan Palestin. Hakikatnya Israel telah menutup sempadan Gaza dan menghalang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih dan sebarang bentuk bentuan kemanusiaan.

Bahkan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sudahsampai ke tahap di mana mereka terpaksa memakan rumput di tepi jalan untuk meneruskan kehidupan. Dengan ini tindak-tanduk rakyat Palestinadalah selari dengan Konvensyen Geneva yang merestui hak mereka untuk mempertahankan diri dari pencerobohan asing dan pendudukan haram oleh mana-mana pihak.

PACE juga membidas sikap kepura-puraan negara Islam/Arab. Kejujuran kerajaan Mesir dipersoalkan kerana mendakwa mereka bersedia untuk mengizinkan rakyat Gaza yang tercedera di bawa masuk melalui sempadan Rafah bagi menerima rawatan. Tetapi sehingga saat ini tidak ada rakyat Gaza yang dibenarkan untuk memasuki Mesir kerana dihalang oleh pasukan keselamatan Mesir. Apabila bantahan dibuat kepada Menteri Dalam negeriMesir beliau 'berjanji' untuk menyiasat perkara ini. Soalnya apakah Mesir mengambil sikap membela saudara-saudaranya di Gaza atau tunduk kepada arahan Tel Aviv/USA?Atas rasa keprihatinan dan solidariti yang mendalam bersama rakyat Gaza, PACE mengsyorkan agar umat Islam mengadakan solat Hajat perdana dengan tujuan yang khusus bagi membina kesedaran dan keprihatinan yang tinggi di kalangan umat islam agar membela saudara seislam yang teraniaya dan dizalimi di bumi Gaza dan Palestin.

Umat Islam harus insaf bahawa isu ini juga terkait dengan pembelaan tanah suci BaitulMaqdis di mana terletaknya Masjid al Aqsa yang diberkati .PACE bersama rakyat Malaysia ingin merakamkan rasa sedih yang amat mendalam keatas penderitaan yang menimpa rakyat Palestin di Gaza dalam suasana ketika seluruh dunia Islam menyambut Ma'al Hijrah 1430H dan ketika tahun 2008 akan melabuhkan tabirnya menjelang ketibaan tahunbaru 2009. Apakah ia menandakan tahun baru ini menjanjikan penderitaan berpanjangan kepada rakyat Palestin? Oleh kerana itu PACE menggesa seluruh lapisan masyarakat bangkit untuk menyuarakan bantahan supaya kebiadaban dan keangkuhan rejim zionis yang disokong oleh USA dihentikan dengan segera.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)
29 Disember 2008

---------------------------------------------------------------------------

Adakah kita menyedari hakikatnya...??
Statistik antara Palestin-Israel. Klik di sini.

seronoknya uwais amzar...



uwais ketika dalam kereta menuju ke Umm Qays...

Tuesday, December 30, 2008

10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk meterial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.


Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Jaulah ke Ma'rakah Yarmouk, Umm Qays, Ajloun di Irbid

25 Desember 2008

Seminit bersama Adik-adik Just, Irbid



Pertemuan yang tidak dirancang, kebetulan berjumpa ketika melawat Umm Qays, Irbid...

Monday, December 29, 2008

makan-makan

Lunch di rumah Ustaz Mahyuddin & zaujah, Sayyidah...
20 Desember 2008...








Alhamdulillah...

(mood camera kurang baik..huhu...)

Saturday, December 27, 2008

Salam Ulangtahun Kelahiran Zauji Habiby...

Alhamdulillah...

Hari ini 28hb Desember, hubby menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 27 tahun...
kami menyambutnya secara sederhana..dengan rasa kesyukuran atas nikmat kehidupan yang masih Allah pinjamkan...

Malam ini saya masakkan sedikit untuk meeting pelajar-pelajar Diraasat Ulya di sini bersama Ustaz Sulaiman, Pengarah MSD... sambil jamuan meraikan ulangtahun kelahiran buat Hubby dan Uwais,permata hati kami... Meeting tersebut diadakan di rumah Ustaz Mujahid dan K.Ina...

Dan sementara Hubby menghadiri meeting tersebut, saya dan Uwais letakkan hadiah yang siap tersarung buat Hubby di atas katil bersama note kecil... Saja buat sedikit kejutan buat Hubby tersayang..;) Memang Hubby terkejut bila balik, terlihat sesuatu atas katil..hehee...tak terfikir saya akan menghadiahkan sesuatu buatnya tahun ini...

satu kucupan saya terima tanda terima kasih mungkin...(saja pura-pura tak sedar lagi..) ketika itu saya sudah pun tertidur dek kepenatan dan sakit kepala..mumet2 org jawa kata..;)


click for more birthday cards         send this card through mail

Abang...
Cerah langit tidak ke petang,
Ribut melanda di tengahari,
Namun aku tetap berdiri,
Dan aku tetap begini,
Sejuta onar pasti mendatang,
Segunung ombak pasti menghempas,
Namun andai setia di jiwa,
Bersama kita ke penghujung senja,
Hari ini... esok... dan selamanya...
Hanya engkau sinar mentari,
Hanya engkau kembang di taman hati,
Hanya engkau ku gelar suami…


Terima Kasih atas segala-galanya...
kasih sayangmu..
kesabaranmu...
pengorbananmu...
Moga segalanya mendapat berkat dan Rahmat dariNya
Sesungguhnya hanya DIAlah yang bisa membalas segalanya...
We love You Always...

Sayang,
Ummi&Uwais


*p/s: tak lupa juga ucapan kami kepada teman kami di sini,saudari Wahida yg ulangtahun kelahirannya juga sama tarikh 28 Disember... Kullu 'am wa anti bikhair..*

Gaza - TahtanNar - Diserang lagi...

Sedang Memangku uwais selepas menyusukannya yang sedang nyenyak tidur... tetiba saya dikejutkan oleh suara-suara melaung Takbir Allahu Albar!!! berulang-ulang kali...saya tak dapat mendengar dengan jelas apa yang dilaungkan beramai-ramai..tapi saya tahu itu adalah untuk Yahudi Laknatullah yang telah melakukan pelbagai kezaliman sejak dahulu lagi terhadap orang Islam terutamanya saudara-saudara islam kita di Palestin...



Dan pastinya rentetan daripada pengeboman pada tengahari tadi ke atas Bandar Gaza oleh Israel laknatullah.. Dikhabarkan setakat ini seramai 225 orang telah syahid dan lebih kurang 700 orang yang telah tercedera... Dakwa mereka untuk menyerang Hamas tapi apa yang terjadi serangan ke atas penduduk awam Gaza..Sekadar alasan mereka yang sememangnya suka memutar belit dan golongan durjana!!



sungguh terasa diri ini untuk bersama mereka... dan saya bersama takbir mengikut mereka melaungkannya... Ya Allah... Engkau Selamatkanlah umat Islam di Palestin, berikanlah kekuatan kepada Mereka dalam menentang Yahudi Laknatullah!!! Hanya Engkaulah segala Pengharapan kami...

Mari kawan-kawan kita berdoa akan kesejahteraan buat mereka di sana...Amiin.

Muhasabah Bersama



Sempena Tahun Baru Hijrah 1430H dan tahun 2009M yg bakal membuka tirainya beberapa hari je lagi...



Bersama-sama kita tekadkan azam, tingkatkan iman, tingkatkan Taqwa, tunjukkan rasa kesyukuran, atas segala nikmat dan kurniaanNya dlm kehidupan sehari-harian...

Moga kita semua sentiasa tenang dalam inayahNya...bahagia dalam Rahmat dan KasihNya...

Subhanallah...Alhamdulillah...Lailahaillallah...Allahuakbar...

Buat teman-teman semua harap dimaafkan atas segala kekhilafan yang terjadi, sesungguhnya aku masih punya kelemahan yang sentiasa perlukan bimbingan... teguran membina..dalam membentuk diri ini menjadi mukmin/mukminah sejati...



Mengingati semula peristiwa hijrah Rasulullah SAW...menyingkap makna pengorbanan, ketuhanan, kehidupan dalam pencarian hidup yang lebih bermakna...

Muhammad Rasyid Ridlo dalam Tafsir Al-Manar menulis, ” Iman membangkitkan sinar dalam akal, sehingga merupakan petunjuk jalan ketika berjumpa dengan kegelapan dan keraguan. Dengan iman, seseorang akan muda mengatasi batu penghalang yang dapat menjatuhkan ke jurang kebinasaan. Iman menumbuhkan dalam diri manusia suatu pusat penelitian atas tiap detak-detak hati yang terlintas dan setiap pandangan yang terbentang. Dengan iman seseorang dapat melihat tembus sesuatu yang tersirat dalam kulit yang tersurat.

Hijrah Rasulullah SAW telah berlalu 15 abad silam, namun dari hijrah dan celah-celah peristiwanya, banyak sekali pelajaran yang dapat dipetik. Berikut beberapa di antaranya:

1. Pengorbanan.
Rasulullah SAW mengajarkan bahwa untuk mencapai suatu usaha besar dibutuhkan pengorbanan maksimal dari setiap orang. Rasul sendiri berhijrah dengan segala daya yang dimilikinya, tenaganya, pikiran dan materi, bahkan jiwa dan raga beliau. Ketika akan berhijrah Rasulullah pernah mengajak Abu Bakar, dan kala itu Abu Bakar membeli dua onta satu buat Rasul. Tetapi Rasul tidak mau menerima, dan maunya membeli. Ini wujud pengorbanan yang dicontohkan Rasulullah SAW.

2. Makna hidup.
Rasulullah SAW berangkat hijrah seraya memesan kepada Ali bin Abi Thalib untuk menggantikan beliau tidur di tempat tidur Rasul. Menggantikan Rasul yang sedang hijrah, berarti menggantikan siap mati. Bersedia menggantikan tidur Rasul adalah siap mepertaruhkan jiwa dan raga demi membela agama Allah.

3. Tawakkal dan Usaha.
Ketika Rasul dikejar dan akhirnya sembunyi di gua Tsur, Abu Bakar sangat khawatir dan gentar. Namun Rasulullah SAW menenangkan dengan mengatakan, “Jangan kuatir dan jangan sedih, sesungguhnya Allah beserta kita”.

4. Mukjizat 1 Muharram 1 Hijriyah.
Peristiwa Hijrah ini akhirnya ditetapkan Umar bin Khattab (581 - November 644) sebagai awal atau hari pertama dalam kalender Islam yang akhirnya disebut sebagai Kalender Hijriyah. Umar bin Khattab (bahasa Arab: عمر بن الخطاب) adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga menjadi khalifah kedua (634-644) dari empat Khalifah Ar-Rasyidin. Ia memiliki nama lengkap Umar bin Khattab bin Nafiel bin abdul Uzza, terlahir di Mekkah, dari Bani Adi, salah satu rumpun suku Quraisy. Orang tuanya bernama Khaththab bin Nufail Al Mahzumi Al Quraisyi dan Hantamah binti Hasyim.


Moga2 Allah Jadikan Subuhmu CAHAYA, ASARmu Bahagia, MAGHRIBmu Keampunan, ISYAKmu Keberkatan, & DOAmu Mustajab & Diluaskan REZEKImu, Dibuka Untukmu Pintu2 SYURGA yg LUAS tanpa SEMPADAN.. SLM MA'AL HIJRAH 1430...

"AKAL BUDI SINAR PERIBADI"

Tuesday, December 23, 2008

Sanah Helwah ya Bunayya Habibi...

Alhamdulillah... syukur atas segala nikmat dan rahmatNya...
maka genaplah hari ini ulangtahun pertama kelahiran nur kasih kami, Uwais Amzar bin Mohammad Najib...

Bila dikenang tentang setahun yang lepas, saat-saat yang mendebarkan tikaku sedang sakit untuk melahirkannya... selama lebih kurang 16 jam menanti untuk melahirkannya... Doktor Mirfat yang bakal menyambut kelahirannya berkata aku terpaksa mejalani satu pembedahan untuk melahirkannya kerana hingga saat itu baru 1cm terbuka..ianya sudah tentu sukar untukku dan juga anak yang bakal dilahirkan...sedang ketika itu, sakit makin terasa, si anak seakan tidak sabar untuk keluar ke dunia menemui umminya dan abinya..;)

Alhamdulillah tepat pukul 2.30pm, maka lahirlah bakal penyambung keturunan kami, bakal Da'ie Pembela Agama InsyaAllah...

Nama Uwais Amzar diberi atas persetujuan kami bersama... Uwais bermaksud Pemberian (anugerah Ilahi) dan Amzar bermaksud Yang Utama & Yang Mulia...maka jadilah ia Satu pemberian dari Allah yang pertama buat kami...(^-^)

Kalu mengikut nama Uwais: kami mengambilnya sempena nama seorang yang terkenal pada zaman Nabi SAW iaitu Uwais Al-Qarni...

"Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan matanya mudah meneteskan airmata, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya..."



with his birthday presents from Abi and Hanin's Family..=)

dan ini khas untukmu ya bunayya habibi...:)



Tarikh ini juga tarikh kelahiran teman saya dan ulangtahun perkahwinan teman2 saya...hari lahir nurul jannah jamaluddin yg ke 26 thn, hari lahir akh Mus'ab Omar Tabi'e yg ke 23 thn, dan anniversary Kak Azlina Talib (Sdev iium) serta anniversary Adik Nabilah Ismail yg pertama... mg Bahagia dunia akhirat.. (^_^)

Monday, December 22, 2008

ViVa-Master-Ustaz Zul

Khususon ila Ustaz Zul yang hari ini melangkah ke peringkat akhir pengajian Masternya dalam bidang bahasa arab... moga segalanya berjalan lancar dan success!!!





sedikit nukilan buatmu dari kami sekeluarga..(^-^)

" Hari ini Anda diijazahkan dengan Ilmu yang bermanfaat,
besar nilainya bila diamal...
Manusia yang Mulia kerana pangkat,
Kemuliaannya Palsu...
Tetapi Ilmuan mulianya Abadi...
Taburlah Bakti Buatlah jasa,
Martabatkan diri Sebagai Da'ie Islam,
Pembela Agama...Tahniah Buatmu Sarjana!!"

moga melangkah ke peringkat PhD pula...!Teruskan Usahamu!!

Sunday, December 21, 2008

Apabila Uwais...

Apabila Uwais menunjukkan rajinnya...
Menolong umminya mengangkat tilam tidurnya...
lagaknya macam nak tolong kemas biliknya...
tapi akhirnya bersepah juga jadinya...

Apabila Uwais menunjukkan kekuatannya...
tak dapat dia tolak walkernya...
diangkatnya walker dengan kedua-dua tangannya...
siap bunyi ih..ih..ih... beratlah agaknya...

Apabila Uwais menunjukkan Heronya...
dicabutnya pintu penutup saluran paip rumahnya...
entah macammana dia boleh cabut pun tak tahu umminya...
tengok-tengok dah terjatuh ke bawah hempap kakinya...
mula lah jerit memanggil umminya...
tak sakit mungkin, tapi agak cemas mukanya...
terkejut barangkali bila dia yang kecil boleh mencabutnya...

Apabila Uwais menunjukkan nakalnya...
kawan sepermainannya, Hanin habis diusikya...
Tika Hanin menangis diajuknya tangisannya...
Tika Hanin sedang minum, diambil botol dari tangannya...
Tika Hanin main mainan, dan tu juga dia pun nak mainnya...



Apabila Uwais menunjukkan manjanya...
mulalah nak menempelkan je badannya...
minta dibelai-belai dipeluk-peluknya...
mulalah mukanya tersenyum sekembang-kembangnya...

Apabila Uwais menunjukkan Rajuknya...
menangis-nangis mahu ikut abinya...
minta dibawa bersama, takut ditinggalkannya...
dek kuatnya jerit, satu bangunan ni dengar suaranya...

Apabila Uwais menunjukkan Sayangnya...
dicium-cium ummi abinya...
dikiss kiss kawannya...
dipujuk umminya bila umminya pura-pura sakit dipukulnya...



Apabila Uwais menunjukkan sikap 'friendly'nya...
tak kira orang semuanya ditegurnya...
ke mana-mana terjumpa teman sebayanya, diberikan senyumannya...
Agak-agaknya ikut siapalah sikap ramahnya...???

Apabila Uwais menunjukkan sukanya...
apa lagi kalu bukan channel ToyoralJannah kegemarannya...
bila ditukar channel, terus lari pandangannya...
bila dialih semula, cepat je tersenyum dan tepuk tangannya...

oh anakku...oh anakku...
dah hampir setahun ni..macam-macamlah lagaknya...
ada-ada saja yang dipikirkannya...
dalamku penat, dalamku geram, tersenyum juga akhirnya...
kerana dia adalah penghibur hatiku selamanya...

anakku...anakku...

Thursday, December 18, 2008

Awak sudi jadi isteri kedua saya????

~saya tertarik dengan kisah dibawah ini... mungkin ada yang sudah membacanya tapi saya ingin berkongsi bersama teman-teman di Jordan khususnya... =)



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya.
Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya."Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya.

Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. . Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah S.W.T. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri. Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak.

Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.


Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.

Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat.


Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang" luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya..
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.



SEDARLAH SEMUA KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN,
BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!!

KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN
KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA
BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM
BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA
SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU
DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI
TERIMALAH BAHAWA ANDA
BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA
ATAU INSAN YANG PERTAMA
YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!!
BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH
PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM
DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.
JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN
SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR
DALAM SANUBARI ISTERIMU
BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA
UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN


~wallahua'lam~

Buah Cinta Berasas Takwa

Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya Mubarak.


gambar hiasan

Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua temannya dan penduduk di sekitar kebun.

Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!”

Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa buah dan membawanya pada Tuannya. Ia menyerahkan pada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak. Ia mencuba satu persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak..

Pemilik kebun itu gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang masam?”

“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.

“Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!” Pemilik kebun itu marah merasa dipermainkan.

“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?” lirih Mubarak.

Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak langsung percaya begitu saja. Ia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga disekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga tetangganya.

Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja disini bererti itu benar.”

***

Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.

Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:

“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?”

“Benar Tuan.”

“Berilah aku alasan yang boleh aku terima!”

“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”

“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?”

“Ya, meskipun delima yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya.”

Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata,

“Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mengahwinkannya dengan siapa?”

Mubarak menjawab:

“Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”

Pemilik kebun berkata: ”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu.”

Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah SWT. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.

Dipetik dari:
Di Atas Sajadah Cinta karya Habiburrahman El Shirazy, terbitan Ar-Risalah Product Sdn Bhd, Kuala Lumpur, cetakan ketiga Mei 2008.

40 Kesilapan Ibubapa Didik Anak

PERNAHKAH terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?



Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9. Kurang melahirkan kasih sayang.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Moga ianya menjadi panduan kita bersama....=)

Wednesday, December 17, 2008

Sanah Helwah Hanin.. 1st

Salam Ceria Salam Bahagia...:)

Alhamdulillah hari ini genaplah usia anak asuhan saya, Hanin menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama (17Dis'07)...

Dan ucapan Uwais untuk sahabatnya ini melalui umminya dengan ucapan:
Happy Birthday, moga menjadi anak yang solehah, teman yang setia seperjuangan, hamba yang taat, cemerlang dunia akhirat!!! insyaAllah... =)


click for more birthday cards         send this card through mail


ni gambar ketika mereka berusia setengah tahun...saja untuk mengingati memori lalu...sekejap je berlalu... dah besar anak-anaku ni... uwaisnya 6 days coming...;)

Khas Dari ummi, abi dan uwais amzar..heheee...
hari ini Hanin gembira sebab ummi nyanyikan lagu happy birthday untuknya.. sebabnya hari ni hanin dijaga oleh ummi..mamanya nak ke library...;) siap goyang2kan badan!!!

Monday, December 15, 2008

Makanan halal pelihara hati, bentuk peribadi mulia

Oleh Noor Haliza Ali
Panel Penulis Jakim) -BH 8 Januari 2007




PEMILIHAN makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat Islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Memandangkan kerajaan mengambil inisiatif menubuhkan hab halal, peluang ini adalah cara terbaik untuk kita memilih makanan yang benar-benar halal, baik dan berkhasiat.

Ini sejajar seperti firman Allah (SWT) SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 168, bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan…”

Makanan haram akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah (SWT) SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah (SWT) SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci.

Pada masa sama, ada ketikanya kita terlupa mengenai apa yang kita makan.

Bagaimanakah penerimaan Allah (SWT) SWT terhadap ibadat serta doa kita sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita?

Kesucian batin amat dititikberatkan oleh Islam kerana ia memudahkan seseorang itu untuk mendapat petunjuk serta membentuk peribadi mulia sebagai seorang Muslim.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud: “Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah (SWT)”.

Hati bersih juga memudahkan seseorang itu untuk menerima ilmu yang akan membimbing kehidupannya ke arah jalan diredhai Allah (SWT) SWT. Ramai umat Islam hari ini berpeluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat tertinggi tetapi gagal menjadi Muslim sejati.

Makanan tidak halal yang masuk ke dalam perut seorang Muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi. Kita berasa sudah cukup melakukan solat lima waktu tanpa berusaha melakukan yang sunat kerana hati berasa amat berat untuk melakukannya. Hati mudah saja terhibur dengan hiburan berbanding menghayati dan membaca al-Quran.

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.

Di sini kita melihat betapa prihatinnya Baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.

Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. Ibu bapalah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan. Pada peringkat ini, pembentukan peribadi mulia ke dalam jiwa anak amat penting agar mereka terdidik dan membesar sebagai anak yang soleh.

Makanan haram menyukarkan kita mendidik mereka kerana ia akan menggelapkan jiwa dan menyukarkan kita daripada mendapat petunjuk Allah (SWT) SWT. Penyakit hati mudah hinggap seperti pemarah, panas baran, ego, dengki, bersangka buruk dan berbagai-bagai lagi.

Hasil daripada sifat yang disebutkan tadi, ada sebilangan umat Islam meninggalkan solat, menderhaka kepada ibu bapa, melawan guru, cintakan hiburan yang berlebih-lebihan, berzina, merogol, terbabit dalam lumba haram, pecah rumah dan pelbagai bentuk gejala sosial akibat kekurangan pembangunan rohani yang memerlukan penyelesaian segera.

Justeru, setiap Muslim berkewajipan memastikan makanan yang diambil memenuhi kehendak syarak agar mendapat keberkatan daripada Allah (SWT) SWT. Kesyumulan dan keindahan Islam dapat dipamerkan bukan hanya pada ibadat khusus saja, malah hal lain membabitkan pemakanan berrserta adabnya sekali.

Jika ditinjau dari sudut sejarah Islam, ulama terdahulu amat mementingkan status makanan yang diambil sehingga mereka berjaya membentuk peribadi Muslim sejati iaitu berilmu, beramal dan bertakwa kepada Allah (SWT) SWT dengan sebenar-benar takwa.

Hati mereka jauh daripada sifat keji seperti cinta dunia, sombong, riak, takbur, hasad dengki, buruk sangka dan lain-lain lagi. Mereka sentiasa cintakan ilmu dan sanggup berkorban harta dan nyawa untuk mencarinya dengan menempuh pelbagai kesukaran.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut bahawa dalam satu jasad ada seketul darah apabila ia rosak, akan rosaklah jasad itu tetapi apabila ia baik, maka baiklah jasad itu. Seketul darah dimaksudkan itu adalah hati. Maka, peliharalah hati kita dengan memilih makanan baik lagi halal supaya kita diberkati Allah (SWT) SWT dan diterima segala amalan.

Syria part 3...

Trip to Syria part 3...

Alhamdulillah tiba di Dimasyq pada kul 7pm dan diambil oleh teman Abu Ibrahim yang juga pemandu teksi untuk bawa kami ke Hotel jami'ah Arabiah berdekatan suq Hamidiyyah...
lepas check in, kami rehat sebentar dan hubby ajak jalan-jalan ke suq hamidy.. agak ramai orang maklum raya eid adha sehari aje lagi...ramai yang keluar membeli belah... bila tengok keadaan di sini teringat suasana di Kuala Lumpur, lebih kuranglah...ramainya orang sana sini..tidak kebiasaan yang kita nampak di bumi Jordan ni...suasana malam di Syria ni cukup meriah...Terasa duduk di Malaysia pula...heh


Hubby di depan Suq hamidiy


suasana malam kota Damsyiq

kami pusing-pusing jalan ke suq hamidiy sambil cari-cari baju sejuk buat uwais dan survey harga... lebih murahlah dari jordan..boleh minta kurang banyak..hihiii..tapi tak sume yang layan camtulah...;)
tengok uwais nak mula meragam rengek2 dah mengantuk, kami pulang semula ke hotel.

Keesokan harinya selepas bersarapan, kami ke maqam salahuddin al Ayyubi yang terletak berhampiran hotel kami dan suq hamidiy... berjalan kaki...


depan pintu masuk ke maqam salahuddin


tugu salahuddin di depan suq hamidiyy


maqam Salahuddin Al Ayyubi

Seterusnya kami ke jami' umawiyah yg besambungan dengan tempat maqam tersebut.. Hubby sorang je yang masuk ke dalam untuk melihat tempat maqam kepala hussien cucu nabi s.a.w, maqam Ruqayya cicit nabi s.a.w dan maqam nabi yahya a.s. di sana kelihatan orang-orang Syiah yang dikatakan sangat taksub terhadap Hussein dan hubby sempat merakam video aksi-aksi mereka di hadapan maqam tersebut..yang nangis-nangis..tepuk-tepuk dada... nak bagi kuar airmata mungkin...??
saya tak dapat bersama hubby sebab terpaksa menjaga uwais diluar...malas nak bawa dia masuk sekali... takut meragam lagi...


di hadapan pintu masuk jami' umawy Dimasyq


maqam Ruqayya



maqam nabi Yahya a.s


maqam kepala Hussein

lihat gambar-gambar sekitar di laman friendster kami.

bersambung...(akhir).

Sunday, December 14, 2008

Wanita Cantik yg suka Menangis...



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya dari Tuhannya dia mengetahui...

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kau tahu:

" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah...,
...Setiap Wanita itu Cantik...

Saturday, December 13, 2008

video uwais seronok berjalan di halab, syria



uwais memang seronok bila diberi peluang berjalan sendiri...;) lajuuu jek!



siap main tenteng lagi...

*sambungan catatan perjalanan kami ke Dimasyq akan di entrykan kemudian... harap maklum. (ecehh..macamlah orang nak tau sangat yek!heheee)*

Thursday, December 11, 2008

Trip To Syria Part 2

sambungan dari part 1...

Indahnya Syria seindah suasananya... semesra rakyatnya...

Orang Syria ni terkenal dengan intonasi perbualannya yang sangat lembut..seolah-olah berlagu... memang menarik... bagi sahabat2 di sini yang pernah mengikuti siri tv Bab Al Harah (Syria) sudah tentu mengetahuinya...

Alhamdulillah kami memilih Hotel Syria untuk bermalam pada hari itu. Keesokan harinya kami memulakan ziarah kami ke Qal'ah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi @ The Citadel Of Aleppo).


di hadapan qal'ah


map qal'ah tersebut


gerbang qal'ah...


terdapat maqam Khidir abu abbas as


dari tengah-tengah qal'ah


view dari puncak qala'ah...dapat melihat keindahan bandar Halab dari atas... bangunan yang agak crowded... tapi tetap menarik...


pemandangan pesat bandar Halab dari atas




depan meseum kebudayaan yg terdapat dalam qala'ah ini... bayarn sebanyak 75 Lira dikenakan untuk masuk ke dalam




lorong jualan seni kraftangan terletak berhampiran qal'ah


suq qadim halab... kami cuci mata je sebab lepas ni akan ke Dimasyq..boleh membeli belah di sana je... barang-barang yang dijual agak murah... syria diketahui mempunyai sumber ekonomi yang agak mantap... produce barang2 tempatan dan mempunyai kilang sendiri especially pembuatan pakaian...


jami' umawiyy,halab yang terletak berhampiran dengan qal'ah dan suq hamidiy halab

Lepas puas menziarah tempat-tempat ini kami segera ke tempat hotel penginapan untuk berkemas dan check out dan pada pukul 12pm kami bertolak ke Dimasyq menaiki teksi abu ibrahim... perjalanan menagmbil masa lebih kurang 4 jam. dan sepanjang perjalanan, Abu ibrahim membawa kami melawat markas thaqafi di ma'arrah, na'urah di Hamah, masjid dan maqam khalid alwaled di Hums...


maqam khalid bin alwaled di hums


masjid khalid alwaled, Hums


na'urah berusia 300 thn... di Hamah. jangan tak percaya, kincir air ni masih mampu bergerak sehingga kini..cuma masa kami dtg ni, tak bergerak lak maybe sebab airnya yang agak cetek waktu tu..uhuuuu.. di bawah ni saya selitkan satu video na'urah ni bergerak yg saya ambil dr sumber youtube.




kincir air


di markas thaqofi di Ma'arrah


sempatlah uwais dan hubby naik unta buat kali pertamanya semasa di hamah..;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”