Sunday, November 29, 2009

Dari Amman Ke Irbid...

28 November'09 /11 Dzulhijjah 1430
Raya Korban Ke-2

Alhamdulillah... Akhirnya hasrat kami untuk beraya di bumi Irbid tercapai jua.. Hasratnya cuma satu.. berziarah, berta'aruf serta merapatkan ukhuwwah antara kami.. Seawal pukul 9am kami 4 keluarga Sweileh (Bayt Amzar, Bayt Irfan, Bayt Iqbal dan Bayt Mus'ab) bertolak ke Irbid dengan menaiki 2 buah service yang sudah sedia menanti. Kira-kira lebih kurang 1 jam setengah kami pun sampai ke Bab Syimali, Irbid. Di sana, kami dijemput oleh Ust Zaid untuk membawa kami ke rumahnya. Di sana kami mula kenal ukht Izma, zaujahnya yang sangat ceria dan peramah orangnya.. tak sangka juga rupanya kami sebaya.. kebetulan sahabat sekolahnya dulu adalah sahabat saya di uia juga.. Sungguh indah perancanganNYA.. :) thanks izma, mee sup specialnya yang soodapp bangat..!! :D

Kemudian kami ke rumah Ust Ridzwan dan K.Aizah pula.. Kami di raikan dengan menu nasi minyak yang laziz.. Kebetulan datang juga beraya beberapa orang teman mereka yang tinggal di sana. Suasana tambah meriah..

Tiba masanya pula kami bertandang ke rumah Ust Suffian yang baru saja tiba di bumi anbiya' ini.. Ust Suffian datang bersama zaujahnya, Najihah serta anak comel mereka, Syamil. Kebetulan lagi..rupanya Najihah juga sebaya dan seUia dengan saya ditambah beliau sama batch dengan hubby ambil bidang bahasa arab. Tak sangka pula dapat berkenalan di sini.. Semakin seronok saya.. hehe.. semuanya agak sekepala.. lagi menambahkan keserasian antara kami semua.. Alhamdulillah..

Bergambar kenangan 6 buah keluarga.. dari Amman ke Irbid.. moga ukhuwwah yg terjalin, berkekalan hingga akhirnya.. :)

A moment to Irbid.. antara kenangan terindah.. :D

Destinasi terakhir kami adalah ke rumah Adik farah najihah.. Sebelum datang, saya meminta izinnya dahulu untuk membawa Keluarga Izma dan Najihah bersama untuk berkenal-kenalan. (makin ramai pulak rombongan cik ayu ni ye farah.. ;) ) Di sana, kami juga dapat berjumpa adik2 Irbid yang lain..antaranya Ainul, Nayla, Zimah, Fatin dan farahana.. Farah menjamu kami mee special yang diimport dari jawa.. hehe.. a.k.a mee jawa.. Memang sedapp Farah.. pandai dia masak..! :) boleh ajar akk pula lepas ni ye. ^-^


Destinasi terakhir: Rumah Farah Najihah dan adiknya.. Adik2 Irbid yg lain juga berkumpul di sini untuk berjumpa kami.. Salam Ukhuwwah Fillah! :)


Pose Istimewa dari Uwais.. haha..inilah antara hobinya suka tonton TV sambil duduk di dalam bakul.. esok 13 Dzulhijjah..maka genaplah usianya 2 tahun.. Sanah Helwah sayang umi abi.. moga jadi anak yg soleh, hambaNya yg taat! amiin..


Buat semua.. jazakumullah khairan kathira atas segalanya.. buat farah dan kawan-kawan, syukran atas keprihatinan kalian pada salah seorang 'anak buah rombongan' yg tak berapa sihat.. ;)

Jemput pula ke rumah kami di Amman.. Jumpa lagi InsyaAllah.. Kullu 'am wa antum Bikhair..


p/s: Doakan saya cepat sembuh.. selsema dan batuk agak teruk lepas pulang malam tadi..huhu..


Wassalam..
Ummu Uwais

Saturday, November 28, 2009

Raya Adha Hanin & Uwais

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Laa ilaahaillallah.. Allahuakbar.. Allahu Akbar.. Wa Lillahilhamd..

Seawal subuh lagi seusai solatnya subuh, takbir raya sudah pun bergema di setiap masjid di sekitar Sweileh.. Bersambung-sambung di antaranya.. kedengaran suara orang dewasa dan kanak-kanak bersama-sama mengalunkan takbir raya.. Alunan takbir mereka di sini tidaklah sama dengan di Malaysia yang lenggok alunannya lebih lembut dan berlagu-lagu..Di sini mereka tidak berlagu, bunyi rentak yang sama setiap takbirnya, lebih kuat dan semangat.. Tetapi pasti Justify Fullkedua-duanya tetap meruntun jiwa dan kalbu dalam membesarkan dan memuji yang Maha Agung, Allah Pencipta sekalian Alam.. Solat Raya juga sangat awal.. Pukul 6.45am bermula solatnya, manakala subuhnya pula tadi pukul 4.45am. Abi awal-awal lagi dah bersiap untuk ke masjid.

Bagi hanin dan uwais pula, mereka bangun seawal 6.30am selepas terdengar Umi bercakap di telefon bersama Umi Pah. Kakak hanin yang terjaga dulu, kemudian Uwais bila tengok semua orang tiada di sebelahnya.. :)

"Dah baca doa bangun tidur..?" umi tanyakan pada hanin. Umi pun tadahkan tangannya, dan bacakan doa bangun tidur.. "Selamat hari raya, hanin.. "

Buat pertama kali dalam hidup hanin beraya tanpa mama dan abinya di sisi.. ;) Hanin akan beraya bersama umi, abi dan uwais serta warga Melayu Amman yang lain.. Lebih kurang 7 pagi lebih, umi mula siapkan pakaian dan sarapan buat mereka. Sukanya depa ni lepas pakai baju raya.. Hanin siap nyanyi2 lagi.. "la..lala..lalalalalaaa.." hehe.. tanda orang gembiralah tu pakai baju raya baru..! ;)

Pagi raya ni kami semua akan beraya di rumah Ust Sulaiman, pengarah MSD Jordan. So, semua perlu berkumpul dalam pukul 8.30am sebelum menaiki bus sekolah yang disewa menuju ke rumah pengarah. Seterusnya masing-masing ikut plan sendiri mahu raya ke mana.. ;) kami bertandang ke rumah K.Pah dan Ust Syed.. Then petang lepas asar kami ke rumah Yana dan Ust nasir, makan 'nasi minyak hujan sejuk' kata ust nasir.. hehe.. menarik2.. ^-^

Selepas tu, umi, abi dan uwais menghantar Hanin semula kepada pengasuhnya kerana pengasuhnya pula mahu membawanya jalan-jalan raya pada malamnya.. Hanin seperti biasa nangis, x mahu.. huhu.. sabar ye hanin..mama dan abi lagi 2 hari balik dr haji, insyaAllah..

sedikit gambar raya kami semua..:







Riang Ria Raya Uwais.. q^-^p

SELAMAT HARI RAYA SEMUA..!!

Thursday, November 26, 2009

Kisah Hanin & Uwais Malam Eid Adha

Petang tadi sebelum asar, umi dan abi bersama Uwais pergi mengambil Hanin di rumah pengasuhnya untuk bersama-sama warga Melayu Amman lainnya dalam program Takbir Raya dan Tazkirah sempena raikan malam raya Eid Adha 1430..

Terpancar wajah ceria dan gembira di wajahnya saat kami muncul di rumah tetahnya.. terus jerit uwais..uwais.. Hinggakan tak mahu dah salam dengan tetahnya, x sabar-sabar nak balik rumah agaknya.. bila tengok umi salam dengan tetah sebelum pulang, barulah Hanin hulurkan tangannya.. ;) Kata tetahnya, hanin sangat baik.. MasyaAllah.. Hia Ahsan! Dia sangat baik! :D Alhamdulillah..

Hanin dan Uwais kami letakkan bersama dalam stroller uwais yang banyak jasanya tu..hehe.. (bukan saja barang tunggangan uwais, malah 'kenderaan' umi bila membeli sayur-sayuran syakbi..heh). ada faedahnya juga stroller besar ni..haha :D

Sampai rumah mereka gembira main bersama hinggalah saat program takbir raya tu.. Memang gembira sangatlah dapat jumpa kakak2, abang2, rakan sebaya mereka..! :D hanin pun happy sangat masa tu..

Dan bila tiba baliknya tu.. tetiba wajah Hanin berubah.. sedih.. senyap..je. agaknya dah mula teringatkan mama abinya lah tu.. huhu.. sampai rumah, saya salinkan nappynya.. ceria sikit.. main kereta dengan uwais, boleh dah gelak2 bersama.. tetiba Hanin sedih lagi..nangis.. umi pujuk, senyap jap.. pastu sedih balik.. huhu..yang si Uwais lak, jerit2 je nama hanin ajak main kereta lagi.. aii uwais ni.. x faham2 lagi kakaknya tengah beremosi ni.. haha

umi pikir2 nak wat camne ni..? ha! umi ada idea... Umi buka komputer..ada gambar mama abinya.. umi mula tunjukkan satu-satu.. dia senyap dan matanya tertumpu khusyuk pada gambar2 tersebut..

umi tanya Hanin, "nak buzz mama..?nak cium mama? " Hanin pun cium.. huhu.. hibanya tika itu.. naluri ibu ini mudah benar tersentuh.. banyak juga gambar yang umi bagi cium.. sementara ditangannya umi pasangkan music dari hp umi... sedar2.. Hanin dah terlelap.. ohh..anakku.. Rindu sangat rupanya dia.. :'( umi ceritakan semula pada abi pasal hanin ni.. masa tu pun umi sendiri nak nangis lak.. adeh..


Sekarang dua-dua pun dah tidur.. uwais tidur selepas dah boring tengok kakaknya dah tidur..xde kawan dah nak main.. hehe.. so, umi pn sibuk nak ceritakan kisah ni..haha..

erm, nak siapkan kerja rumah sikit sebelum masuk tidur.. sok pagi kang, xsempat lak nak siapkan.. sebab ada jemputan pagi sok, budak2 berdua ni nak kna siapkan juga nanti.. hehe.. :)

(terasa umi sedang menjaga anak kembar.. tetiba terkenang masa mak umi jaga umi dan kakak kembar umi masa kecik2..) ;)


ok, SELAMAT HARI RAYA EID ADHA.. MAAF ZAHIR DAN BATIN. KULLU 'AM WA ANTUM BIKHAIR.. :)

Hari 'Arafah - 9 Zulhijjah


-Hari ‘Arafah ialah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda:

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim)

- Digalakan berpuasa pada yang tidak menunaikan fardu haji.
Disebut oleh imam Sayuti - Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka jawab Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. (Sahih Muslim)

- Nabi tidak berpuasa semasa wukuf di Arafah.
Ummu Fadhl binti Al-Harits r.a. berkata: Ada beberapa orang ingin tahu samada Nabi saw. berpuasa semasa beliau wukuf di Arafah. Lalu Ummu Fadhl mengirim kepada Nabi saw. segelas susu di waktu Nabi saw. wukuf di atas untanya di Arafah, lalu diminum oleh Nabi saw. (Bukhari, Muslim).

-Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.:

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). - Hari Arafah hari istimewa. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku.“.(Riwayat Ahmad)
Allahu Akbar.

(http://tazkirahs.blogspot.com/)
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

Tuesday, November 24, 2009

Ke Festival Nasyid - RaBBaNi & Al-BaYan

Assalamu'alaikum wrt..

24 November 2009
Kami sekeluarga bersama ibu-ibu Sweileh, Yana dan K.Pah serta 'bakal ibu-ibu'..opps.. adik2 Irbid.. Farah, Faezah dan Katty membawa anak2 pergi ke Jami'ah Urduniyyah untuk menonton persembahan Nasyid dari Kumpulan Rabbani Malaysia serta Al-Bayan (Arab) dalam Festival Nasyid semalam. Festival tersebut diadakan pada pukul 12pm-2pm di Activities Complex, Dewan Al-Syu'un Tolabah. Yang seronoknya bila tengok adik2 Irbid ni semangat nak pergi membawa bersama anak-anak K.Ina, Munsief dan Yaya yang dalam jagaan mereka waktu itu.. hehe.. Bagus mereka ni.. take an experiences ye.. :D ada bakat dah seorang ibu.. hehe..

Irfan, Yana, Katty, yaya, Farah, Faezah dan bubu..

Ibu-ibu Sweileh yang semangat juga untuk bersama dalam festival ni..hehe.. Tudung merah tu, Ain baru sampai dengan abenya.. ;)

Bakal ibu Mithali nih.. Pandai sungguh mereka melayan anak-anak.. suka tengok.. :D

Dalam persembahannya, Rabbani sempat mendendangkan lebih kurang 6-7 buah lagu versi arab dan melayu serta diserikan persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. Terasa juga kehilangan ketua kumpulannya, Ust Asri.. kerana suara 'emas' Allahyarham yang susah dicari ganti..

Persembahan dari Kumpulan Rabbani..tanpa Allahyarham Ust Asri di sisi lagi..:'( Al-Fatihah..

ini pula persembahan dari Kumpulan Al-Bayan.. tarian arab saja.. ;)

apalah yang dijelirnya tu.. heh

Bergambar kenangan dengan adik2 Irbid sebelum pulang..:) shift mereka dah abis ptg tu.. ;)

Seusainya persembahan, tetiba datang sekumpulan akhawat arab kepada kami.. Datang menerpa dan meminta izin mahu bergambar bersama anak-anak kami..huhu.. bubu dan yaya seperti biasa sporting je.. uwais cam takut2..tp cover nangis.. manakala irfan, nangis panggil bondanya..barangkali belum biasa keaadan begitu..baru kat sini lg.. kat sini memang camtulah.. orang2 arab ni memang suka kanak2 kecil.. selalunya nak snap gambar dgn anak2 ni.. ;)

eh..eh.. tak nangislah dia.. ish2x.. kecik2 je blh tau.. heh

K.Yaya biasalah.. mesti ada yag tertawan..hehe

bubu Munsief yg cool memanjang.. heh

eh, sapa lak ni tetiba angkat2 kami nih.. kami bukannya artis.. artis kat dpn tu..hehe

Irfan..relaxlah..minah2 arab ni nak amik gambar je.. -uwais

sempat bergambar dengan Rabbani.. (x sume....) yg duduk berbaju jaket hitam tu adalah anak sulung Allahyarham Ust Asri Ibrahim..baru habis PMR..

sampai kat luar sempat bergambar lagi..huhu..umi terpaksa temankan ayman dan nazirah je..hehe

adeh.. umi juga kena temankan uwais..minah2 arab ni suka sgt kt anak2 kecik.. layann jelah.. (amboi..ngalah artis lak uwais ye..) ish2x..


oklah.. nak buat kerja rumah pulak.. hehe..
wassalam..

p/s: Selamat Menyambut hari Raya Eid Adha buat semua yang mengenali kami.. :) Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Maaf Zahir dan Batin :)

- Farah, ayuni and the gang, datanglah lg sini.. Ahleen2x.. :D

Sunday, November 22, 2009

Semalam... :D

Hari Jumaat pagi dalam pukul 10am, saya dan uwais ditemani Yana dan Syahirah pergi mengambil anakanda Hanin di rumah pengasuhnya, Ummu Haitham. Sampai je sana, Hanin sudah pn siap pakai baju cantik dan rambutnya diikat tocang 2.. comel.. mula-mula nampak mukanya seakan terkejut melihat saya tetiba datang. Kemudian tersenyum lebar..tahulah tu saya datang nak ambilnya.. ;) Sebelum pulang ke rumah, kami singgah sebentar ke rumah K.Ina sambil tengok2 anak2nya, nak jumpa juga dengan Ayuni, Nabila dan Rubiah yang sedang dalam shift jagakan mereka.. Saya kenal Ayuni dan Nabila masa ke Turkey dahulu.. :)

Sampai je rumah, uwais dan Hanin main bersama.. seronok depa ni.. lagi2lah uwais dah ada kawan nak bermain.. hihii.. lepas tu biasalah.. jap2 suara hanin nangis..jap2 suara uwais pula.. gaduh adik-beradik.. pastu senyaplah.. main sama2 semula.. Banyak Haninlah yang mengalah.. haha.. Pagi tu saya sediakan nugget ayam tempura dr Malaysia yg dibeli di Tol Kareem.. sedappp.. ;)

Petang pula lepas solat jumaat, hubby ajak jalan2 ke City Mall..nak raikan Hanin sebenarnya.. moga2 kuranglah rasa rindunya pada mama dan abinya sementara.. Nak bagi dia seronok! kebetulan pula ex-student hubby, Ehsan masa di KUIS dulu mahu berjumpanya.. Ehsan kini belajar di Mu'tah datang bersama zaujahnya serta beberapa orang adik2 student Mu'tah.. Jalan-jalan di Bandar Amman sambil shopping barang keperluan yang katanya banyak pilihan di sini.. :)

Hanin, Uwais suka sangatlah.. lebih-lebih lagi adanya kawan sebaya, Irfan juga ikut bersama bonda dan ayahnya.. comel mereka bertiga lengkap dengan baju sejuk serta topi masing2..hehe.. Sesekala jalan bersama seronok juga mereka.. Snap sikit gambar2 comel mereka.. hihii..

"uwais..meh duduk sebelah kakak.."

" Uwais, ok tak topi kakak..? "

hai irfan.. sejuknya hari ni kan..?

Bersama Ehsan dan zaujahnya.. Irfan dan hanin masih lena dalam Trolley..hehe

Hanin sedang nyenyak tido lagi..huhu..

Malam tu, K.Pah daang bersama anak2nya dan anak K.Ina.. dengan rumah bersepahnya..malu jugaklah..hihii..tapi sebab dengan K.Pah, so taklah malu sangat..kih2x.. kalu dia bawa Ayuni dan Rubiah malulah.. haha. Lepas mereka semua balik, saya salinkan pampers dan bersihkan diri anak2.. Time to bed! :D.. dua-dua saya buatkan susu botol. Uwais mmg takde masalahlah minum..Hanin yang nak kna tengok sebab dia memang tak minum susu botol. Tapi gembira saya bila tengok Hanin dapat hampir habiskan air susunya.. Alhamdulillah.. berjaya juga training dia.agaknya dah terpaksalah, tak dapat susu badan mamanya kan.. Mula-mula memang susah juga dia nak lelap matanya.. saya teruskan juga tepuk2 sambil dodoikan alunan zikir.. nampaklah mukanya yang seakan rindu pada mamanya..huhu.. sedih saya tengok..nampak dh berair matanya..tapi ditahan2.. hanin2..tabah betul kamu, walaupun kamu masih sangat kecil! masyaAllah.. Alhamdulillah akhirnya tidur nyenyak juga dia hingga pagi dengan wajah senyum.. :) Uwais lak minta saya tidurkan..jeles lah tu nampak umi peluk dengan Hanin je.. ;)

Esok paginya (sabtu) saya bersama hubby dan uwais pergi pula menghantar Hanin ke rumah tetahnya seperti mana saya janji nak hantarnya pada pagi sabtu.. huhu..sampai je rumah tetah tu, Hanin dah beratkan kaki utk melangkah..dia tahu kot kami nak tinggalkannya situ.. Masa anak tetahnya ambilnya dari dukungan saya, Hanin nangis2 tak mahu masuk.. huhu..siannya.. saya dan hubby cepat2lah balik..dah tengok dia nangis camtu.. nanti kalu tgu lama takut lama lak nangisnya..sampai saya tak sempat jumpa tetahnya dulu.. Uwais lak dengan muka yang jebik je sepanjang pulang ke rumah..dan masuk rumah, muka blur2.. seakan kehilangan sesuatu.. sedih lak tengok.. xpe, insyaAllah nanti ada masa umi amik kakak Hanin lagi k..

Selesai masak.. saya bersiap2 pula untuk ke rumah K.Ina.. menghantar sedikit juadah buat mereka. Saya datang bersama Yana yang tinggal berjiran dengan K.Ina. Rumahnya di atas rumah k.ina saja.. Lepas asar, K.Pah bersama anak2nya pula sampai. Hari hampir masuk maghrib.. Ayuni kata pada kami yang mereka terpaksa pulang ke Irbid dahulu sebab kalau dah malam, kemungkinan susah untuk dapatkan pengangkutan tambahan pula tentang keselamatan mereka juga.. Dah malam2 ni.. kami pun risau..

"Takpelah..biar akak je tengokkan mereka sementara tunggu Farah dan Faezah sampai.. " Farah call saya yang mereka masih berada di Irbid kerana 'service' yang nak bawa tu nak tunggu penuh keretanya baru bertolak. Waktu tu dah hampir pukul 7am. Masa tu K.Pah baru sampai dari Muhtar Mall bersama Ust Syed.. Legalah sikit..hihii.. sebelum tu, anak2nya pun saya kata tinggalkan je main dengan anak2 K.Ina.. senang juga mereka berdua nak berjalan.. (hehe..bagi chance depa dating..kih2x..)

K.Pah minta izin pulang dahulu sebab anak sulungnya exam esok dan yang lain2 sekolah. Saya pun panggil Yana di atas, minta tengokkan bersama saya.. (saya tetiba rasa lapar sebab baru teringat yang saya tak makan lagi sebelum keluar rumah td..huhu) Nasib hubby baik hati datang bawakan bekalan mee goreng untuk saya..hehe..

Alhamdulillah tak lama kemudian dalam pukul 8.30pm, Farah dan Faezah pun sampai.. Barulah boleh saya dan K.Pah pulang.. Yana pula tidurkan Bubu dulu, baru nak balik.. Erm, seronok juga dapat jumpa adik2 dari Irbid ni.. dah lama tak jumpa.. mg ukhuwwah terus terjalin, insyaAllah.. :D

Moral yang saya dapat belajar hari ni.. ukhuwwah.. dengannya dapat berganding bahu bersama, saling bantu-membantu.. saling memudahkan urusan masing-masing.. :) tu pentingnya bertolak-ansur, kasihnya hidup berjiran.. InsyaAllah Allah mudahkan semuanya..amiin..

ok, nak siapkan kerja rumah lak.. haha..

Thursday, November 19, 2009

Kulla Syaai' Hilu.. :)

Santai.. Listening to new song from toyor al -Jannah, performed by Muhammad Basyar and Dimah Basyar.. :) Kulla Syaai' Hilu.. Semuanya Manis-manis belaka..(children of Toyor-al-Jannah... Their Stories.. ;)

Wednesday, November 18, 2009

Moga Selamat Semuanya...

Assalamu'alaikum wrt..

Tika sedang menyediakan sarapan pagi tadi, tetiba bunyi deringan dari hp saya.. tercatit nama shahrul.. erm, mama hanin barangkali.. Mama Hanin khabarkan yang mereka dah sampai di border Saudi.. Sampainya malam tadi lagi.. lamalah juga mereka berhenti di border tersebut.. urusan pasport dan visa barangkali..

Semalam tengahari kami dan beberapa sahabat mengiringi sahabat2 yang akan bertolak ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji 1430.. Bas sudah pun meJustify Fullnunggu di seberang jalan berdekatan Sweileh Gharbi.. Hati sayu tetiba ketika bersalam-salaman dengan mereka.. Berderai juga air mata akhirnya.. Lebih-lebih lagi melihat anak-anak yang ditinggalkan sementara demi menunaikan ibadah wajib yang menjadi salah satu rukun Islam itu.. InsyaAllah sepeninggalan kalian, kami yang masih di sini akan tengok-tengokkan anak-anak kalian. InsyaAllah khairan..

Dan sebelum itu lebih kurang pukul 10am lebih, saya dan uwais menemani Mama hanin dan abinya ketika mahu meninggalkan Hanin di rumah tetahnya, pengasuhnya kini.. Masa di sini pun, hati ni tetiba rasa sebak mengenangkan Hanin akan ditinggalkan lama bersama tetahnya.. Maklum hati ibu barangkali.. lebih-lebih lagi saya adalah ibu susunya selama beberapa bulan dahulu.. sedihlah juga dan akhirnya tika bersama mamanya, air mata berjujuran juga.. Allah... Hanin nangis ketika kami keluar tinggalkannya.. huhu... Sabar ye hanin.. 2 minggu je mama abi pergi.. InsyaAllah hari cuti atau bila-bila umi dan adik uwais datang ambil Hanin.. kita spent time bersama k..

mama Hanin dah bagitahu pada tetahnya (ummu Haitham), ada masa nanti saya (umminya) akan datang ambilnya unuk buat ubat rindu pada mama abinya..

Manakala anak-anak K.ina dan Ust Mujahid pula diamanahkan kepada adik2 di Amman dan juga Irbid.. Sekarang ini dijaga dulu oleh Ayman, Nazirah dan Siti Hasliza serta bonda Irfan (yana) secara bergilir-gilir di rumah k.ina sendiri.. Jika emergency, mereka pergi ke kuliah, Yana pula akan take turn hinggalah mereka pulang.. Tadi pun saya dan bondanya Irfan sempat pergi menjenguk keadaan mereka.. Tunggu sehingga mereka pulang. Alhamdulillah bubu nampaknya mudah dijaga.. suka sangat dia nampak saya dan uwais datang tadi.. :D.. Yaya pun baik saja.. Alhamdulillah.. mg dipermudahkan segalanya..

Uwais tengah main bersama Aeish, anak K.Yus.. saya diminta tolong jagakannya sebentar oleh Shila sementara beliau mahu ke MSD ada urusan sedikit.. (dalam masa mami dan papanya ke Mekah, Shila diamanahkan untuk menjaga anak-anaknya..abgnya Laith ke sekolah..Hubby pula diamanahkan menghantar dan mengambil Laith di sekolah)

ok, nak pergi sediakan makanan tengah hari dulu.. :D

Moga Selamat Semuanya... amiin.

Saturday, November 14, 2009

Banyaklah Pulak...

Assalamu'alaikum wrt...

Erm, rasanya lama sangat tak update cerita-cerita di Sweileh tercinta (^-^) sepanjang minggu lepas.. Malas tu memang adalah.. selain sedikit busy dengan aktiviti mingguan serta kelas tajwid yang sekarang sudah memerlukan saya untuk mula menghafal surah2 di juzu' 30.. Di tambah pula cuaca yang sudah semakin sejuk.. bertambah2 lah kemalasannya.. huhu.. xpelah saya tulislah juga untuk tatapan khusus family di Malaysia.. apa-apapun.. ingat trade mark uwais.. Best!! haha


----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada 2 minggu lepas pada hari sabtu, kami warga Melayu Amman telah menghadiri kelas mingguan liqa' tafaqquh yang disampaikan oleh Ust Mujahid Abu Bakar. Kalau dulu beliau bincangkan tentang hal-hal Fiqh islam, tapi pada kali ini beliau amat berminat untuk bincangkan tentang faraidh dalam Islam. Saya sememangnya sudah lama tinggalkan subjek ni semenjak tamat di Uia dulu.. cuba recall semula apa yang disampaikan.. ;)

Teringat masa belajar subjek ni di uia.. huhu..agak susah jugalah nak fahamnya lebih-lebih lagi tika persoalan tolak- kira- tambah pada setiap pembahagian kepada waris.. masa tu pada semester pertama belajar khusus utk non-muslim dan semester selepasnya ambil pula untuk Muslim punya.. subjek probate I dan II..

Harapnya ada sambungan lagi siri-siri dalam faraidh sebelum Ust Mujahid pulang ke Tanah Air nanti.. Ni pun dah 2 minggu xde liqa' atas sebab-sebab tak dapat dielakkan..huhu

--------------------------------------------------------------------------------------------

Pada Jumaat lepas pula kami hadiri majlis solat Hajat dan Tazkirah anjuran PPMAj juga.. Solat Hajat ini antara matlamat utamanya untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli di dalam PPMAj sendiri yang mana mereka ini terdiri daripada pelajar2 degree (Bakalareus), master (Majester) dan PhD (Dukturah).. Mungkin disebabkan masa dan kerja masing2 yang berbeza, nampak seakan mereka sedikit 'jauh' antaranya.. waima ukhuwwah itu sebenarnya sentiasa ada dan program seperti ini sangat baik demi satu peringatan dan muhasabah dalam memantapkan ukhuwwah antara mereka.. dan satu slot Tazkirah telah diadakan bersama di dalam majlis tersebut yang disampaikan oleh ust Yusrizal. Tazkirah ini bertajuk "Konsep Bagai Aur Dengan Tebing:Dalam Mencari Kecemerlangan Dunia Akhirat"


Beliau menerangkan terdapat banyak Ayat-Ayat Al-Qur'an dan Hadith2 Rasulullah yang menceritakan tentang ukhuwwah dan silaturrahim, bagaimana dikatakan jalinan ikatan itu, cara-caranya dan juga kepentingan kepada perlunya umat Islam bersatu dalam memartabatkan serta mensyiarkan Islam kepada seluruh alam. Titik permulaannya adalah Bersatu Hati.. Beliau juga menceritakan juga tentang cara-cara persahabatan oleh para sahabat di zaman rasulullah dahulu yang sepatutnya menjadi contoh kepada kita umat islam sekarang.. seandainya sudah baik terjalin, maka mesra-mesrakanlah selalu.. seandainya masih ada yang perlu diperbaiki, maka sama-samalah berusaha merapat-rapatkannya.. Sesungguhnya indahnya dalam bersahabat itu dipasakkan hanya keranaNya yg Maha Agung.. :)

Antara lain objektif solat hajat itu juga adalah untuk memohon kesejahteraan buat semua terutama yang mendapat ujian sakit apabila masuknya musim sejuk ni.. Ramai jugalah demam teruk, selsema, sakit kepala sebagainya.. sementelah yang baru tiba di sini, masing-masing baru nak menyesuaikan diri dengan cuaca dan persekitaran. Kami yang sudah lama di sini pun, sebenarnya ada juga dapat penangan sakitnya.. hehe.. Cuaca sejuk camni..mana nak sama sejuknya di Malaysia, kan.. ;) yang penting kena buat precaution dalam hadapi musim sejuk ni.. pakai baju tebal, berstokin, pasang sobah (pemanas rumah), pasang sakhonah (pemanas air) sebagainya. Makan dan minum pun perlu jagalah.. janganlah minum air sejuk. adeh.. alamatnya seluruh badanlah sejuknya..huhu..

Dan solat hajat juga buat mereka yang sedang hadapi minggu peperiksaan.. Memohon agar semuanya dipermudahkan dan menjawabnya dengan tenang.. ma'annajah Bittaufiq.. :)

Di akhir majlis, kami semua bermaaf-maafan sesama kami tanda sucinya ukhuwwah yang terjalin dan perlunya berbaik-baik sesamanya tambahan pula hidup di rantau orang ni banyak cabaran dan dugaan.. baiknya ukhuwwah itu, mampu membibitkan rasa hormat-menghormati , saling bantu-membantu semacam satu keluarga besar di sini. Mungkin tanpa sedar atau tidak, adanya tersalah kata, terlebih perbuatan yang mungkin memberi kesan di hati saudara kita. Sememangnya manusia tidak lepas dari membuat kesilapan, jangan pula bersikap sombong , rasa diri sempurna, malah berlembut hatilah dalam erti kata berlapang dada demi kemaslahatan Islam bersama.. :)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada Isnin lepas, saya dan 3 lagi sahabat saya , Yana, Marwah, Ain ke kelas Tajwid kami seperti biasa. (Actually seorang lagi sahabat K.Pah tidak dapat hadir pada hari itu kerana masih demam.) Kali ini jadual kelasnya berubah.. menjadikan satu hari saja kelas tajwid kami pada setiap minggu.. maka waktunya jadi terlalu panjang dari pukul 8.30am hinggalah 12pm. Ada break sekejap selama setengah jam bagi renggangan otot2 dan saraf2 dek ketekunan memahami tajwid yang disampaikan ditambah sejuk yang menggamit ke seluruh badan.. hehe.. Guru yang mengajar juga sudah ditukar kepada ustazah 'Abir (ummu Ya'akob) yang amat konsisten dan berpengalaman. Sebelum dapat cikgu baru ni, kami diajar oleh Ustazah Amani yang mana beliau juga adalah Mudir di Markaz Khansa' ini. Seronok juga belajar dengan beliau cuma kadang-kala masa belajar kami sedikit terganggu apabila ada tamu yang datang dan adanya panggilan telefon. Memang busy sikitlah jadi Mudir ni.. sentiasa dicari untuk rujukan atas satu2 perkara.. ;)

Pada kelas kali ini kami belajar tentang Hukum Nun Sakinah dan Tanwin. Pengertiannya dari segi lughah dan istilah, contoh2 dan sedikit latihan 'on the spot' bagi kami mudah faham. Setakat ini baru masuk hukum Izhar dan Idgham. Ke kelas khusus sebegini barulah nampak sejelasnya tentang rangkaian-rangkaian setiap hukum yang mana ianya lebih detail dan clear nak bandingkan masa saya belajar di sekolah2 dahulu.. Best sangat sebab kelasnya 'hidup' dan adanya interaksi antara kami dan cikgu.. :) saya pula memintanya mengajar dalam bahasa arab fushah sebab saya tak faham sangat bahasa 'ammi (pasar) yang dia ajarkan. Alhamdulillah beliau pun bertukar ke Fushah dan baru saya dapat catch up apa yang dituturkan.. :)

Untuk kelas ini, saya meminta abi uwais jagakan uwais sementara saya ke kelas.. Tapi bila tengok ada tempat bermain di Markaz tersebut, saya rasa boleh untuk bawa saja uwais bersama, manakala abi bolehlah ke library atau berjumpa musyrifnya bagi rujukan-rujukan untuk tesisnya nanti.. Markaz ni ada untuk khidmat jagaan anak-anak kecil dan tadika.. so, ramai jugalah kanak-kanak di sini..riuh-rendah jugalah dengan suara-suara mereka. Meriah..!! :D

Moga saya dan sahabat2 terus istiqamah sehingga habisnya muhadarah ini..amiin.. :) Dan yang paling penting istiqamah dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dan apa yang telah dihafazkan..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dan pada Selasa malamnya pula, para akhawat ada usrah under ppmaj yang diadakan dirumah bonda Irfan (Puan Yana). Bagi permulaan usrah pertama ini, kami meminta Yana sendiri yang menyampaikan pengisian untuk kami. Sebelum itu Marwah membacakan surah Al-mukminun satu muka dan diterjemahkan pula oleh saya sendiri.

Kami meminta yana menguraikan tentang hal-hal psykologi yang mana itu adalah bidang khusus beliau tika mengajar di KDH sebelum mengikut suaminya sambung belajar di sini. Banyak perkara yang kami dapat timba dan kongsikan bersama.. Rasa lapang hati dan minda.. :) alhamdulillah... Untuk program usrah ni, kami hanya akan jalankannya cuma 2 minggu sekali agar masing-masing relax dan tidak rushing ditambah dengan kerja-kerja harian sebagai suri rumah dan kerja-kerja kuliah sebagainya.. Biar relaxxxx je rasa pergi ke usrah.. :) Dapat sikit2 takpe, asal konsisten..insyaAllah banyak manfaatnya bersama..

--------------------------------------------------------------------------------------------

Hari rabu pula akhawat ada kelas erobik. Actually erobik buat hari ahad dan rabu tiap minggu.. selepas solat asar dan habis sebelum maghrib.. Dikendalikan oleh Marwah (mama Hanin).. Kalau yang lanang-lanang (lelaki) ada sport mereka sendiri setiap minggu seperti futsal dan bola sepak serta badminton, kami setakat ini kami mampu untuk erobik jelah bagi ada sikit stretching2 dan nak rasa sehat juga kan.. ;) asyik duduk rumah je.. kadang2 stress juga.. bagi rehat2kan sikit minda.. dalam erti kata lain boleh jugalah nak usaha turunkan berat badan ni.. hehe..
--------------------------------------------------------------------------------------------

Dan pada malam semalam, telah diadakan juga Kursus Haji khususnya kepada bakal2 haji pada tahun ini. Bertempat di rumah Ust Mujahid dan penceramahnya adalah Ust Mujahid sendiri. Saya serta beberapa sahabat yang tidak dapat pergi pada tahun ini juga dapat menimba ilmu tentang fardhu haji ini. Sementelahan Ust Mujahid tahun ini adalah tahun terakhir beliau di bumi Jordan, jadi saya dan family mengambil kesempatan ini juga untuk bersama dengan ilmu-ilmu beliau. Boleh juga dijadikan sebagai preparation awal bagi hadapi musim haji tahun hadapan, insyaAllah..


Sememangnya kami telah berusaha untuk tunaikan haji juga pada tahun ini, tapi disebabkan masalah mendapatkan muwafaqah iqamah yang selalu ditunda, sehingga masuk sebulan baru siap muwafaqah. Hari ini hubby baru ke Mahfar untuk renew iqamah kami. Memang pelik sikit sistem di sini , benda yang remeh boleh jadi susah.. Takpelah, pengalaman lah tu hidup di negara orang.. Kalau dah itu gaya sistemnya, kita pun terpaksalah ikut kan.. huhu.. Tapi kami anggap semua itu sebagai ujian dan peringatan kami supaya lebih cepat perbaiki iqamah untuk tahun hadapan.. selebihnya hanya Allah lebih tahu HikmahNya.. Kami berharap agar di tahun hadapan kami diizinkan olehNya untuk menjadi tetamu bertemu di Kota Suci Mekah..amiin.

Sebelum pulang, kami bersalam-salaman dan ambil kesempatan ucapkan selamat jalan kepada semua yang akan berangkat ke Mekah.. Seronok bercampur hiba melihat wajah2 sahabat2 yang akan bertolak ke sana pada Isnin ini..

Buat Ust Mujahid, K.Ina, Shahrul, Marwah, Khairi, K.yuslina dan Abg Zul, moga perjalanan kalian semua dimudahkanNya serta mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.. Doakan juga kami semua di sini agar selamat dan sejahtera semuanya..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum tu, hubby ajak ziarah mama dan abi hanin sekeluarga sebelum mereka bertolak tunaikan haji lebih-lebih lagi katanya dah lama tak datang rumah mereka.. Sekarang jarak rumah sedikit jauh, menjadikan jarang untuk kaki ini menapak ke sana..hihii.. Tapi ingatan tetap ada tau.. Bak orang kata, Jauh Di Mata, tapi Dekat Di Hati.. :D

Lagi-lagi hanin dah jadi anak kami pun.. (anak susuan..) ;) memang kena sentiasa ditemujanjikanlah uwais dan hanin ni.. kalau jarang jumpa, dah besar nanti tak kenal pulak kakak susuan sendiri.. aish.. parah nanti kalau terjatuh hati pula.. na'uzubillah.. heh


Uwais memang suka sangat kalau sebut nak pergi rumah kakaknya.. asyik nama Hanin jelah sebutnya.. sampaikan laluan ke rumah Hanin pun dia dah ingat.. Ada satu hari tu saya kata nak jumpa Hanin, bila tengah jalan saya belok ikut jalan lain, dia tunjuk jalan yang biasa saya ikut..huhu.. pastu saya singgah sebentar rumah Yana lama, dia siap tak mau jalan.. nak kata 'umi ni salah jalan ni' agaknya.. haha.. uwais..uwais..


Buat kakak Hanin, nanti sepanjang peninggalan mama dan abi, duduk baik2 ye dengan tetah (nenek).. Hanin anak solehah.. Kalau ada apa-apa, minta tetah paggil umi ye.. insyaAllah umi datang tengok2 hanin juga.. :)

lumba minum air dalam botol.. sapa habiskan dulu.. yeayy!! pemenangnya adalah uwais..!! hehe

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Akhir kalam, Buat K.Pah dan Ust Syed sefamily, kami doakan agar cepat sehat sepenuhnya.. boleh pergi kelas sama-sama, jalan sama-sama ye.. :) الله يحفظكم



Sekian dulu cerita dari sweileh, Amman..


Ilalliqa' & Wassalam.


Friday, November 13, 2009

Mati, peringatan penting dipinggirkan Muslim

Dalam satu wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Ibnu Umar (Abdullah) r.a. berbunyi: "Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara."

Huraiannya

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata: Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit.

Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah SWT pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?

Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah sekali-kali tidak demikian.

Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah. ..

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma�thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD. Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Hati menjadi keras

Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil menantu merangkap sepupu baginda iaitu Sayidina Ali bin Abi Talib. Baginda mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu (fardu �Ain), maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk llah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.

Insan bernama Muslim hari ini tidak berapa mempedulikan persoalan agama mereka sendiri. Sudahlah tidak mahu jadi orang yang faham agama, melakukan dosa-dosa pula. Si suami membiarkan isteri keluar rumah tanpa berhijab (tudung kepala). Si ayah pula membiarkan anak gadis tidak berhijab dan menampakkan pusat-pusat mereka. Anak lelaki tidak mengnal huruf-huruf al-Quran dan ada yang tidak tahu mandi junub (hadas besar atau mandi wajib).

Kesemua itu adalah implikasi daripada tidak hadir dan duduk dalam majlis-majlis ilmu.

Ada antara para ibu bapa Muslim seronok melihat anak-anak mereka berjaya dalam bidang hiburan, daripada menyertai bidang nyanyian peringkat dewasa hinggalah ke peringkat bakat bintang kecil. Apa yang pasti penampilan anak-anak ini dengan pakaian yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak, tetapi semua itu tidak dipedulikan oleh mereka yang bernama Islam.

Seolah-olah Islam tidak boleh dicakap-cakap jika hendak maju dalam pelbagai bidang dalam kehidupan dunia. Tetapi mereka lupa, bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda maksudnya, �Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu (agama), jika dia mahu kejayaan di akhirat juga mestilah dengan ilmu, dan jika mahu kedua-duanya sekali mestilah dengan ilmu.�

Apabila ilmu agama tidak menjadi teras dan sandaran dalam kehidupan orang Islam pada zaman ini. Maka mereka sebenarnya telah mengundang pelbagai masalah seperti terlibat dengan rasuah, keruntuhan moral serta harga diri, tidak berakhlak, meninggalkan solat, penagihan dadah, mentadbir negara bukan dengan hukum Allah, dan semua masalah itu tidak akan dapat diselesaikan kecuali menerima penyelesaiannya daripada Allah juga, iaitu pelaksanaan hukum-hukum Islam dan Sunnah (hadis) Nabi Muhammad s.a.w.

Tanpa pelaksanaan hukum-hukum Islam itu menandakan bahawa manusia menolak Allah yang telah menawarkan yang terbaik buat diri, keluarga, masyarakat dan negara mereka.

Mereka tidak akan bercakap mengenai mati, bekalan untuk hari akhirat, persoalan alam kubur apatah lagi mengenai nasib di penghujung hayat, sama ada boleh mengucap dua kalimat syahadah atau pun tidak, semua ini tidak ada dalam kamus kehidupan manusia hari ini, kerana mereka sudah semakin jauh daripada Allah walaupun mereka dilahirkan sebagai seorang muslim.

Penyelesaian masalah

Justeru bagi menyelamatkan diri selagi terdaya untuk dilakukan, maka renungilah empat perkara di bawah ini seperti yang pernah diperingatkan oleh Imam Al-Ghazali:

Pertama: Berurusanlah dengan Allah sepertimana kamu suka orang bawahanmu berurusan denganmu dengan cara yang terbaik.

Kedua: Setiap kali kamu bekerja dengan orang lain, perbuatlah sepertimana kamu mahu diperbuat ke atas diri kamu. Kerana tidak sempurna iman seseorang selagi mana dia tidak suka orang lain memperolehi sesuatu yang dia sendiri menyukainya.

Ketiga: Jika kamu mahu mempelajari sesuatu, pilihlah untuk mempeljari ilmu yang dapat memperbaiki hati dan memperbaiki jiwa dan sanubarimu.

Sekiranya kalau kamu tahu umurmu hanya tinggal seminggu sahaja lagi, sudah pasti kamu tidak akan memilih untuk mempelajari ilmu fiqh, tahudid, sirah, akidah dan sebagainya.

Dan mungkin juga kamu akan mengawasi hatimu dan berusaha melepaskannya dari belenggu dunia.

Kamu akan memperbaiki akhlakmu dan sibuk untuk beribadat kepada Allah SWT (selaku Penciptanmu) setiap saat.

Justeru, kamu mestilah sentiasa berakhlak mulia, kerana sesungguhnya kematian itu akan datang pada bila-bila masa sahaja.

Begitulah cuba kamu bayangkan, jika seorang pemimpin negara akan datang menziarahimu, sudah tentu kamu akan lakukan persiapan yang mantap, menghias rumah, memperbaiki mana-mana yang tidak betul dan bermacam-macam lagi.

Keempat: Janganlah mengumpul harta dunia lebih daripada keperluanmu untuk satu tahun.

Rasulullah s.a.w. sendiri menyediakan bekalan yang sebanyak itu sahaja untuk isteri-isteri baginda yang lebih kukuh imannya hanya dengan disediakan bekalan untuk sehari setengah sahaja. Bagi orang yang suka mengumpul harta hingga tidak sempat untuk menjenguk rumah Allah tujuan untuk beribadat kepada-Nya, maka orang itu akan disibukkan Allah SWT.

Wallahua'lam.. Moga menjadi renungan bersama...

(via fwd email qyc-net yahoogroups)

Thursday, November 12, 2009

Kalau malas ketawa...senyum pun jadi lah...

Entry santai dan rehat minda seketika... :D

Cerita 1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

Cerita 2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu .
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. Adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : Nanti jap. Saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 4
Seorang posmen yang datang menghantar surat ..
' Assalamualaikum '
' Walaikumsalam '
' Ni rumah encik Sameon ye?
' Ya saya'
' Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni '
' Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?'

Cerita 5
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........

Cerita 6
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 7
Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan!
polis : fasal apa tu?
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 8
Seorang lelaki pergi ke klinik mata
Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ' Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang l ain ?' 'Dah tentu, ' jawab doktor. 'Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,' kata lelaki itu dengan riang.

Cerita 9
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 10
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat ..
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
'Atok buat apa tu?'.
'Atok bagi surat kat kawan atok,cu!' jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, 'Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu ?'

Cerita 11
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya
...

Monday, November 9, 2009

Seketul Keju & Sehelai Tuala Kecil

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun.

INSYAALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Sedikit tambahan:
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang membantu menanamkan semangat ini diantara sesama manusia dan mendorong mereka untuk menafkahkan hartanya pada orang miskin. Bersedekah dengan ikhlas dan memberikan yang terbaik: sini..

antaranya..

"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian."
(Adz Dzariyaat: 19).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya Karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (Tidak bertanah). mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir." (Al Baqarah: 264)

semoga hidup kita sentiasa dalam berkat dan petunjukNya selalu.. amiin..

Friday, November 6, 2009

BEST..!! Uwais

uwais:"Bes..Bes.. Ummi..Ummi.. Bes..Bes.." (sambil halakan tanda Best pada umminya..)

Ayat yang biasa keluar dari mulut petah uwais.. sejak dia sudah pandai buat tanda Best pada ibu jari tangannya, apa-apa pun yang dia suka mesti cakap pada saya sambil tunjuk 'best' tu.. ;)


Bila makan je apa-apa yang saya bagi, cakap bes...

Bila buka tv tengok ada cerita kartun kegemarannya, berlari pada saya nak cakap juga bes...

Bila saya bawa jalan keluar amik angin atau ke kedai.. senyum2 cakap bes...

Bila salin baju bersih, Bes.. lah juga..

Bila pakai cermin mata hitamnya.. besss... sampai waktu malam pun nak pakai juga..adeh..



Bila dapat mainan baru.. lagilah cakap bes..!!

Pendek kata apa-apa yang dia suka dan feel happy.. sumenya Bestttttt.....!! :D


salam ukhuwwah fillah..!! :D peace.. ^-^


* uwais kini sudah setahun 10 bulan.. 2 months to go to 2 years.. alhamdulillah.. moga terus membesar dengan sihat dalam rahmat dan RedhaNya selalu.. jadi anak yg soleh, hamba yang taat dunia akhirat!! amiin..

9 Bentuk Pembaziran

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:


  1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
  3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
  9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua. Wallahua'lam

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”