Friday, April 16, 2010

ViVa PhD Ust Mujahid

Alhamdulillah...

Semalam petang sebahagian warga Melayu Sweileh ke Jami'ah urduniyyah untuk mendengar Munaqasyah (Viva) Ust Mujahid yang telah pun tamat pengajian Dukturah (PhD) nya dalam bidang syari'ah.

Bayt Amzar bersama family ust mujahid, K.Pah, K.Liza dan K.siti bersama-sama ke jami'ah. majlis bermula lebih kurang pukul 3pm di tingkat 3 dewan meeting Kuliah Syariah.

Alhamdulillah, Kuliah syariah membenarkan kami serta ahli keluarga untuk bersama-sama dalam majlis tersebut. :) Tapi selepas sejam kemudian, umi terpaksa membawa uwais bermain di luar dewan sebab dia dah nampak boring. Tambahan dah berjumpa kawan2nya. huhu, cepat2lah umi bawa dia keluar. Ini pertama kali umi dapat melihat bagaimana suasana munaqasyah berlangsung.. =) Tapi dapat tangkap sikit2 je... bahasa arab umi masih lemah..huhu..

Buat ust Mujahid, tahniah dan syabas dari kami sekeluarga... Moga ilmu yang digenggam terus tersebar untuk anak bangsa yang sentiasa dahagakannya. Moga terus cemerlang dunia dan akhirat..!! amiin.

Dengan berakhirnya munaqasyah tersebut, maka akan berangkat pulanglah tidak lama lagi K.Ina seleluarga ke tanah air tercinta.. huhu.. Kuranglah satu lagi ahli kami di sini... Buat K.Ina, pasti akan bersedia untuk meneruskan kembali karier beliau sebagai seorang guru bahasa Inggeris di Malaysia. Selamat maju jaya semua.. Segala kenangan dan pengalaman bersama sentiasa tersemat di ingatan... pengalaman yang mengajar untuk setia, sabar, tabah, kesefahaman dan tolak ansur.. =)


tunggu K.Ina update terkini di blog beliau..... kot boleh kongsi sikit apa yang dibincangkan di majlis tersebut.. ;) ting tong..!!



Note: Ust Syed, K.Ina, video ada dengan kami, boleh dapatkan kemudian, nanti kami bagi :)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”