Tuesday, April 20, 2010

Jalan2 Baqa'ah

Semalam pagi, Kami para ibu Ummi's Sweileh (Bonda Yana, Umi Ina, Umi Pah, Umi Liza) serta adik Nazirah keluar bersama-sama ke Baqa'ah. Di Baqa'ah terkenal dengan Pusat pasar Basah di Amman ni.. Agak besar dan luas jugalah dan ianya kebanyakannya didiami oleh palestinian yang datang berhijrah ke sini. Barang-barang yang dijualnya kebanyakannya amat murah berbanding jika yang dijual di tempat lain. Selain barang2 pasar, terdapat juga makanan kering, buah-buahan, pakaian serta hardware dan sebagainya. Banyak pilihanlah juga di sini.. :)

Kami beramai-ramai semalam saja mahu meluangkan masa bersama sebelum K.Ina berangkat pulang ke malaysia nanti sambil survey abaya dan jubah2 yang berkenan. Tapi Umi cuci mata je, asal nak cari abaya satu tapi hingga akhirnya tak jumpa-jumpa juga kedai yang nak di cari..huhu. Mungkin tuan kedai tersebut sudah beralih lokasi jualannya. Takpelah, nak ajak abi lak pergi bersama nanti sebab dah ada satu kedai jubah yang umi berkenan..hihii.. ;)

satu wajbah yg umi makan dengan uwais.. satu wajbah lagi tinggal makan dengan abi lak.. ;)

Apa yang umi beli cume Kebab Best! yang sememangnya akan dibeli jika ke Baqa'ah.. kawan-kawan yang lain juga tak ketinggalan membungkusnya untuk di bawa pulang ke rumah! Selalu umi beli 1JOD je tapi kali ni umi beli 2JOD lak. banyak sikit. Tapi dek kesedapannya dimakan bersama sos cili, habis licin semua. Uwais pun suka makan! Bestttt katanya... ;) Alhamdulillah..

Bawah ni saja nak letakkan gambar Uwais dan sahabatnya, Irfan setelah lama tak berjumpa ^-^


2 comments:

Anonymous said...

Salam Cik Ayu, rasanya kebab yg kedai berasap lagi best. Semalam agak masin. Just to let u know.

Unknown said...

wslm Cik Na..

yeker..? yg dekat nak masuk pasar tu ke..? dulu ayu pernah bli situ jg, x brp sedap, masin.hihii.. yg smlm tu rs best je lak mkn..haha.. terbalik lak kita ye.. takpelah, lain2 mulut, lain lak rasanya ye.. kih2x.. ;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”