Thursday, April 8, 2010

2 years 3 months

Assalamu'alaikumu wrt wbt..

Dah lama umi tak update perkembangan anak umi.. alhamdulillah kini uwais sudah pun memasuki usia 2 tahun 3 bulan.. Syukur ke hadrat Ilahi anak umi membesar dengan sihat dan baik..

Uwais kini semakin nampak sifat berdikarinya.. rajin, cepat belajar akan sesuatu dan menunjukkan minatnya dengan bersungguh..

Uwais sudah mula untuk mengingati kira-kira one, two, three... eight, nine , ten.. Sedang bermain-main dengan mainan bowlingnya, dia akan mengira satu2 pin bola tersebut.. Umi yang mendengar dia mengira, umi akan turut bersamanya mengira dan bantu sebutannya jika dia lupa. 1,2,3......8,9,10.. yang ditengah2nya dia masih lupa.. ;) slow2 lah..

Uwais juga sudah start belajar membaca iqra'.. Umi cuba ajaknya solat maghrib bersama, then akan katakan padanya lepas ni kita mengaji, lepas tu baru Uwais boleh buka TV semula ye.. Alhamdulillah Uwais memperlihatkan minatnya juga untuk membaca. Takpelah walaupun mungkin dia belum boleh ingat dan kenal akan huruf2 serta sebutan iqra' tersebut, tapi biarlah setakat ini dia dapat sebut akan sebutan huruf2 itu. Satu hari umi akan ajar satu muka surat. Tapi jika umi lihat dia kurang nak baca, umi tak memaksa sangat buat masa sekarang. Kanak-kanak sememangnya cepat bosan. Tapi kalu dah 2 hari tak ngaji umi cuba pujuknya dan katakan " sayang dah banyak hari tak ngaji..jom kita ngaji hari ni, nak..? " ok, dia ikut.. alhamdulillah..

ABC's..Animals, colours.. cerita Itik yg Hodoh.. Buku-buku kecil warna-warni yang dibelikan juga menjadi minatnya. Ada masa uwais meminta umi untuk bacakan padanya. Tanya umi .."ni..?" Kadang-kadang minatnya datang secara tiba-tiba.. sedang kita menonton tv, buat kerja rumah.. erm.. umi cubalah juga melayaninya sementara hingga dia puas.. :) Kang tak layan, hilanglah seronoknya maka, bantutlah minatnya pula.. anak-anak ini sentiasa minta perhatian dari ibu bapanya dan mahukan sokongan dari kita.. Bila kita layan, pasti hati mereka berbunga2.. riang tak terkata.. melihat wajah yang tersenyum buat kita pun sejuk hati.. :) aduhaiii anak..

sedih je muka... ;)

Dan uwais juga tak terlepas dari kena amarah uminya.. hehe.. semalam uwais sudah membuang coco bitesnya ke atas tikar. Habis sepah semuanya.. Aduh.. umi baru je kemas sayang.. Dah lah umi tengah pening kepala..huhu.. sabar jelah.. erm, sebagai dendanya, umi minta uwais kutip semua coco bitesnya letak dalam bekas semula. Uwais pun dengan muka yang bersalah mula sapu coco bitesnya sikit2.. huhu.. comel lak umi tengok dia macam tu..haha.. :D Takpe, mungkin dia kan belajar sesuatu..

aksinya..

Kelmarin umi bawa uwais ke stadium Jami'ah Urduniyyah untuk bermain bola, sukan favouritenya. Kami pergi ke sana bersama para ibu Sweileh yang lain di mana ada antara mereka yang akan bermain untuk Karisma 2010 nanti. Umi tengok saja.. Uwais pun dah lama x jalan keluar, kali ni nak bagi dia puas dapat main bola di kawasan yang luas.. :) Sementara abi setia di maktabah.. ;)

Ditemani kakak Adibah kesayangannya.. ;)

sebelum habiskan coretan.. Uwais nyanyi bersama umi...

"Sayang Sayang Allah..
Sayang Rasulullah...
Sayang Sayang Ummi..
Sayang Sayang Abi..
Uwais..? (tanya uwais..)
Sayang Uwais juga.. (sambung umi..)"


Hasil kreatifnya.. dikatanya Hello Kitty itu kakak Haninnya, Spongebob pula dirinya.. huhu


Sekian untuk buah hati umi.. moga istiqomah, membesar dengan sihat, cemerlang Dunia dan akhirat, insyaAllah...


sedikit iklan:
- sudah ada jualan air tebu segar di kedai minuman dekat bawah rumah sewa kami.. bukan kordial ye.. pemprosesan di situ juga.. ;) Alhamdulillah.. x payah dah nak ke Balad kalau terasa nak minum.. :) opps.. kalau ada yang pregnant tu kena sabar dulu ye... heheh.. ;)

3 comments:

musafir ilmu said...

salam... oit.. kak yu..
dah ade minuman tebu??? import dari mane??? ke jordan yg buat???
huhuuhu

Unknown said...

wslm..

en quds ni kurg fhm kot.. adeh..

ada dah jual kat kedai bawah umah kami depan jalan besar yang juga berhadapan dgn hayat mall tu.. ;)Jordanlah off course..

macam yg ada jual kat balad tu..

tebu betullah.. hehe

Ilyana Ar Razi said...

alhamdulillah, uwais dah besar dan amat baik perkembangannya.

terus curahkan ilmu dan kasih sayang padanya.

salam sayang buat uwais dan uminyer :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”