Friday, March 19, 2010

Tahniah Adik-Adikku!


Saya berkesempatan mengikuti satu rancangan TV Realiti Adik-Adikku di RTM 1 ketika saya dan keluarga pulang bercuti ke Tanah Air tempoh hari. Alhamdulillah akhirnya ada juga rancangan bermanfaat ini dalam membentuk sahsiah peribadi bagi bakal pemimpin kita masa hadapan. Rancangan ini yang berkonsep hiburan dan pendidikan adalah di bawah tajaan JAKIM dan RTM sendiri yang akhirnya telah mencari satu alternatif yang saya kira sangat bagus dan berkualiti dibanding dengan rancangan-rancangan hiburan lain yang terlalu gah diperkatakan. Sekurang-kurangnya rancangan seperti ini setanding rancangan popular seperti Idola Kecil, akademi fantasia dan seumpamanya.



Final Adik-Adikku.. Penyampaian mantap dari adik Wajih...

Rancangan ini telah bermula penyiarannya pada 15 februari lepas dan telah pun berakhir pada 18 mac (semalam) . Ianya mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Boleh baca di Jakim.gov...

Syabas Jakim atas alternatif ini! semoga adanya lagi rancangan seumpama ini selepas ini.. Tahniah buat para peserta Adik-Adikku atas kejayaan kalian..


No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”