Monday, March 22, 2010

HomeMade Sprout@Taugeh

Duduk di rumah tanpa ada apa-apa aktiviti sememangnya amatlah boring.. Try mencari sesuatu yg nak dibuat. Membaca ke, layar internet ke, update blog yg selalu bersawang ke, teman uwais bermain ke, bawa uwais keluar amik angin ke.. apa-apalah yang umi suka nak buat pada satu-satu ketika.. erm..! Kecualilah kalau tika itu diri teramat malas..hehe.. Hanya buat kerja rumah seperti biasa je. Tapi abi selalu pesan, jangan buat kerja berat2 dan berbahaya di rumah tika ketiadaannya sedang umi masih kurang sihat ni. Mana taknya abi kata berbahaya, kalu ada barang2 elektrik yang rosak, umi akan cuba baikinya sendiri menggunakan pengetahuan yg ada. Alhamdulillah takat ni ada beberapa barang elektrik rumah yg rosak umi dapat baikinya :D (rosak yg sikit2 jelah kan..bolehlah buat ;) ) Entahlah memang minat itu ada sejak kecil lagi. Umi agak suka juga bahagian mekanikal@teknikal ni.. hehe..

erm, semalam tetiba rasa teringin sangat nak kembali kepada hobi dulu-dulu.. melukis dan mewarna menggunakan water colour..!! Abi kata banyaknya hobi umi ni rupanya.. huhu.. abi dah tahukan... ;) tapi takpelah dulu, perkakas nak melukis mewarna pun belum dapat.. umi simpan dulu keinginan tu... hmmmm..

erm.. Minggu lepas umi ada tanam sesuatu di rumah.. Homemade sprout@taugeh yang seminggu lalu umi tanamnya sendiri di rumah.. Idea asal dari K.Ina tika umi dan abi mula-mula tiba di Bumi Anbiya' ini.. ;) Maka hasilnya dapatlah sebekas taugeh segar...! :D Alhamdulillah...


Dengan hanya menggunakan kaedah biasa (tradisional) umi tanamkan biji-biji kacang hijau yang telah dibeli abi di Balad tempoh hari. Mula-mula umi basuhkan dahulu kacang2 hijau tersebut, then rendamkannya bersama air semalaman. Paginya bila kacang dah kembang umi pun masukkan kacang-kacang tersebut dalam satu bekas yang berlubang ( tapis atau bekas pengukus tu). Bawahnya umi letakkan bekas yang tertutup seperti loyang. Umi curahkan sedikit air dalam bekas bawahnya tu then tutup atasnya dengan tisu dapur (tisu gulung). Kemudian umi curahkan sedikit air di atas tisu tersebut bagi lembab. Tiap-tiap hari pagi dan petang bila kering saja air di tisu tersebut, umi akan curahkannya lagi dengan air hinggalah ianya bercambah besar menjadi taugeh,.. :D Nak bagi tahan lama, umi akan rendamkannya di dalam air dan simpankannya di dalam peti sejuk sebagaimana yg dibagitahu oleh Mama Hanin dulu.

inilah hasilnya..!! lumayan kan.. haha.. easy, simple and good..

Umi memang suka makan taugeh lebih-lebih lagi dibuat ulam atau sebagai bahan tambahan masakan mee goreng atau basah atau sup! Selalu kalau teringin nak makan, umi minta abi cari di Miles (mecca Mall) ada yg dijual fresh di sana, tapi kali ni buat sendiri jelah.. lagi jimat dan banyak pula dapat hasilnya.. puas hati.. hihii..

Tapi cuma satu je.. walaupun umi suka makan taugeh, tapi satu yang umi paling malas..iaitu membuang akar2nya.. kan jenuh nak buang satu2 akarnya tu.. makanya umi ambil segenggam demi segenggam taugeh dari bekas tu, umi gunting je akar2nya secara rambang (ala kadarlah..) akarnya pun bukannya kotor..kita tanam guna air je kan.. ;) hihii.. teringat lak mama hanin yg dulu sgt rajin tolong cabutkan akar2 tu.. ;)

: : : :

: : : :

Moral untuk Umi.. Manfaatkanlah masamu yang Allah bagi ini dengan sebaik-baiknya.. "Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian..." Ingat umi...

6 comments:

MaUt said...

kagumnya tengok akak power tanam taugeh sendiri di perantauan..

lama dah tak bertandang ke umah akak..saya exam final tak lama lagi..doakan kami..mungkin lepas final saya nak ke amman ziarah akak..take care kak

nima said...

salam, kak ayu.
waa... lama x mkn taugeh oohh..!!

Unknown said...

MaUt@Farah ker..? huhu.. insyaAllah akak doakan yg terbaik buat awak ye. Do the Best! Ahlan Wasahlan ila Amman.. :) blh g food city baru ..hehe..

nima@izzah ker..? heheh.. meh dtg sini mkn taugeh... ;)

Anonymous said...

Huhu, bijak2...guna gunting untuk potong akar2nya.

K ina rajin juga buat taugeh ni, tapi bab makan2 taugeh ni takde peminat kat rumah.

Syabas2X...teruskan usaha.

Unknown said...

Alhamdulillah...

huhu... K.ina, teringat dulu ust bgtahu sbb x mkn taugeh.. katanya rs cam mkn akar2... hehehe.. :D kegemaran msg2.. :)

MaUt said...

ha'ah kak ayu..ni kita farah irbid.hehe lamanya tak jumpa kak ayu..rindu rasa nak borak2..tq for the wih..doakan kami dipermudah..tata kak..take care..kem salam kat uwais..hehe wssalam

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”