Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba semula ke bumi urdun ni hari sabtu 27 feb, lebih kurang pukul 5.30pm (jordan).. dah hampir masuk isyak masa tu.. dengan keadaan cuaca yang amat sejuk ditambah hujan renyai2 (diberitahu 1 minggu hujan turun di sini), memang menggigil satu badan.. lama rasanya tak rasa sejuk camni.. maklum kat Malaysia sangatlah panas.. huhu..
Alhamdulillah juga imtihan Tajwid, Hafazan dan Tilawah dah pun selesai sabtu lepas.. :) didoakan semua najah..amiin..
Selesai semua imtihan, kami bergambar kenangan bersana ustazah yang mengajar kami di Markaz Al-Khansaa', Sweileh.. Jazakillah khairan kathira ya Sayyidah 'Abir.. :)
Bawah ni pulak, gambar uwais terkini.. depan kamera, dah tak susah suruh bergaya.. dah boleh buat sendiri.. kini umurnya 2 tahun 2 bulan 8 hari... Alhamdulillah.. moga membesar menjadi anak yang soleh..!!! amiin
macam2 gaya..
Dan Uwais sangat gembira apabila dapat berjumpa kakak susuannya, Hanin pada malam selepas kami tiba di sini.. MasyaAllah.. teruja tengok kegembiraan mereka! berpeluk, bermain, ketawa, lari sana-sini.. lepas rindu barangkali.. :D
ok, akhir kalam, buat hubby tersayang.. selamat meneruskan perjuanganmu.. yang pasti ianya tidakkan pernah terhenti.. hidup ini satu perjuangan.. Usaha, Doa dan Tawakkal!
apa-apa pun sandarkan ianya pada yang SATU.. Allah Rabbul 'Izzati.. InsyaAllah khairan. :)
ok, akhir kalam, buat hubby tersayang.. selamat meneruskan perjuanganmu.. yang pasti ianya tidakkan pernah terhenti.. hidup ini satu perjuangan.. Usaha, Doa dan Tawakkal!
apa-apa pun sandarkan ianya pada yang SATU.. Allah Rabbul 'Izzati.. InsyaAllah khairan. :)
1 comment:
uwais pandai bergaya depan kamera :)
mesti dia akan tersenyum sendiri melihat gelagatnya di blog ini bila besar nanti!
Post a Comment