Semalam ummi tidak dapat mengikuti program yang julung kali diadakan oleh akhawat dari PPMAj yang di beri nama WIKIpEdia.. stands for "Wanita Ini Kita.. Pemangkin Ummah Sedunia". Program telah diadakan di kawasan bersejarah Jerash. Malam sebelumnya, ummi sudah pun dapat green light dari abi (lambat dapat izin sebab kesihatan umi pun tak berapa ok tika itu) tapi sebelum subuh semalam, umi lihat anak ummi batuk teruk dan ditambah pula badannya panas, ummi redha saja terpaksa membatalkan hasrat yang berkobar-kobar itu untuk pergi ke program tersebut. Tak sampai hati pula nak tinggalkannya. Selepas subuh, abi sapukan air asam jawa di kepalanya untuk surutkan panasnya serta sapukan minyak baby di dadanya untuk batuknya. Ummi message pada k.Ina dan mama Hanin beritahu tak dapat join program tu. Mereka mengerti dan sempat ummi berpesan pada K.Ina agar updatekan program tersebut di dalam blognya.. ;)
Erm, Banyak hari ni ummi cuma menghabiskan waktu di rumah.. tak keluar amik angin seperti selalu ,membawa uwais berjalan-jalan sekitar kawasan berdekatan. Sejuk masih bertamu.. buat ummi makin malas nak keluar berjalan. Tambah pula ummi dan uwais masing2 ada batuk yang masih belum hilang-hilang. Kami cuma minum madu bersama sedikit perahan lemon sebagai usaha hilangkan batuk ini. Alhamdulillah beransur kurang. Tinggal Uwais yang masih selsema dan batuk. Syafahullah fauran!
Petang semalam juga ajak abi pergi ke Hayat Mall (Food City) untuk cari madu dan beberapa keperluan dapur. Seminngu selepas kepulangan kami dari Malaysia tempoh hari, Supermarket baru ini telah pun menjalankan operasi perniagaannya. Ianya terletak hanya beberapa meter saja dari rumah sewa kami. Berada di seberang jalan di duwar sweileh memudahkan kami hanya berjalan kaki ke sana. Alhamdulillah dengan adanya supermarket ini tak perlulah kami ke Carrefour lagi selain jika ada keperluan yang betul-betul perlu ke sana :) Keperluan seperti santan, ikan kering, kicap, sos cili, bihun, sohun etc (barang2 asia) sudah ada di sini walaupun kebanyakannya datang dari negara Thai dan Filipina. Cuma kami perlu pilih yang ada tanda cop halal dari majlis islam mereka saja.. :) Terdapat juga beberapa rangkaian kedai jam dan souvenier, buku (markas al-Fursan), dry clean dan tak lama lagi ada kedai optical (cermin mata) :D
Oklah, umi nak solat dan memasak pula.. kejap lagi pasti anak umi ni nak nasi.... huhu. :)
2 comments:
salam.. haa. tertarik dgn last part tu.. kedai optikal.. mudahlah ummu uwais nak ganti spect yg uwais patahkan hari tu ya...dah ganti ke belum...
huhu... pembetulan kak.. abinya yg terjatuhkan spek tu langsung patah.. huhu.. ;)
Post a Comment