Wednesday, March 24, 2010

Tell Me Why..?

Umi amat tetarik pertama kali mendengar lagu ini selepas subuh tadi membuka tv di channel kanak-kanak SANA TV sedang mengumandangkan lagu ini. Lagu yang punya makna di sudut hak asasi kemanusiaan dunia terutama buat kanak-kanak sedunia.. Umi tertarik pada liriknya. Dinyanyikan oleh seorang kanak-kanak Scottish, Declan Galbraith. Umi try cari yang ada lirik Arabnya seperti di dalam channel tersebut, tapi tak jumpa..



In my dream, children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green
And laughter is the language of the world
Then i wake and all i see
Is a world full of people in need

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Everyday i ask myself
What will i have to do to be a man?
Do i have to stand and fight
To prove to everybody who i am?
Is that what my life is for
To waste in a world full of war?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(children)tell me why?(declan)tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Chorus:
Tell me why(why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something i have missed?
Tell me why (why) cos i don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why?

Chorus:
Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why(why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?
(why,why do we say we care)
Tell me why(why,why do we stand and stare)
Tell me why(why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die?
(why,why if we're all the same)
Tell me why(why,why do we pass the blame)
Tell me why (why,why does it never end)
Can some one tell us why we cannot just be friends?
Why,why

Monday, March 22, 2010

HomeMade Sprout@Taugeh

Duduk di rumah tanpa ada apa-apa aktiviti sememangnya amatlah boring.. Try mencari sesuatu yg nak dibuat. Membaca ke, layar internet ke, update blog yg selalu bersawang ke, teman uwais bermain ke, bawa uwais keluar amik angin ke.. apa-apalah yang umi suka nak buat pada satu-satu ketika.. erm..! Kecualilah kalau tika itu diri teramat malas..hehe.. Hanya buat kerja rumah seperti biasa je. Tapi abi selalu pesan, jangan buat kerja berat2 dan berbahaya di rumah tika ketiadaannya sedang umi masih kurang sihat ni. Mana taknya abi kata berbahaya, kalu ada barang2 elektrik yang rosak, umi akan cuba baikinya sendiri menggunakan pengetahuan yg ada. Alhamdulillah takat ni ada beberapa barang elektrik rumah yg rosak umi dapat baikinya :D (rosak yg sikit2 jelah kan..bolehlah buat ;) ) Entahlah memang minat itu ada sejak kecil lagi. Umi agak suka juga bahagian mekanikal@teknikal ni.. hehe..

erm, semalam tetiba rasa teringin sangat nak kembali kepada hobi dulu-dulu.. melukis dan mewarna menggunakan water colour..!! Abi kata banyaknya hobi umi ni rupanya.. huhu.. abi dah tahukan... ;) tapi takpelah dulu, perkakas nak melukis mewarna pun belum dapat.. umi simpan dulu keinginan tu... hmmmm..

erm.. Minggu lepas umi ada tanam sesuatu di rumah.. Homemade sprout@taugeh yang seminggu lalu umi tanamnya sendiri di rumah.. Idea asal dari K.Ina tika umi dan abi mula-mula tiba di Bumi Anbiya' ini.. ;) Maka hasilnya dapatlah sebekas taugeh segar...! :D Alhamdulillah...


Dengan hanya menggunakan kaedah biasa (tradisional) umi tanamkan biji-biji kacang hijau yang telah dibeli abi di Balad tempoh hari. Mula-mula umi basuhkan dahulu kacang2 hijau tersebut, then rendamkannya bersama air semalaman. Paginya bila kacang dah kembang umi pun masukkan kacang-kacang tersebut dalam satu bekas yang berlubang ( tapis atau bekas pengukus tu). Bawahnya umi letakkan bekas yang tertutup seperti loyang. Umi curahkan sedikit air dalam bekas bawahnya tu then tutup atasnya dengan tisu dapur (tisu gulung). Kemudian umi curahkan sedikit air di atas tisu tersebut bagi lembab. Tiap-tiap hari pagi dan petang bila kering saja air di tisu tersebut, umi akan curahkannya lagi dengan air hinggalah ianya bercambah besar menjadi taugeh,.. :D Nak bagi tahan lama, umi akan rendamkannya di dalam air dan simpankannya di dalam peti sejuk sebagaimana yg dibagitahu oleh Mama Hanin dulu.

inilah hasilnya..!! lumayan kan.. haha.. easy, simple and good..

Umi memang suka makan taugeh lebih-lebih lagi dibuat ulam atau sebagai bahan tambahan masakan mee goreng atau basah atau sup! Selalu kalau teringin nak makan, umi minta abi cari di Miles (mecca Mall) ada yg dijual fresh di sana, tapi kali ni buat sendiri jelah.. lagi jimat dan banyak pula dapat hasilnya.. puas hati.. hihii..

Tapi cuma satu je.. walaupun umi suka makan taugeh, tapi satu yang umi paling malas..iaitu membuang akar2nya.. kan jenuh nak buang satu2 akarnya tu.. makanya umi ambil segenggam demi segenggam taugeh dari bekas tu, umi gunting je akar2nya secara rambang (ala kadarlah..) akarnya pun bukannya kotor..kita tanam guna air je kan.. ;) hihii.. teringat lak mama hanin yg dulu sgt rajin tolong cabutkan akar2 tu.. ;)

: : : :

: : : :

Moral untuk Umi.. Manfaatkanlah masamu yang Allah bagi ini dengan sebaik-baiknya.. "Demi masa, Sesungguhnya manusia dalam kerugian..." Ingat umi...

Sunday, March 21, 2010

Masa Di Rumah..

Semalam ummi tidak dapat mengikuti program yang julung kali diadakan oleh akhawat dari PPMAj yang di beri nama WIKIpEdia.. stands for "Wanita Ini Kita.. Pemangkin Ummah Sedunia". Program telah diadakan di kawasan bersejarah Jerash. Malam sebelumnya, ummi sudah pun dapat green light dari abi (lambat dapat izin sebab kesihatan umi pun tak berapa ok tika itu) tapi sebelum subuh semalam, umi lihat anak ummi batuk teruk dan ditambah pula badannya panas, ummi redha saja terpaksa membatalkan hasrat yang berkobar-kobar itu untuk pergi ke program tersebut. Tak sampai hati pula nak tinggalkannya. Selepas subuh, abi sapukan air asam jawa di kepalanya untuk surutkan panasnya serta sapukan minyak baby di dadanya untuk batuknya. Ummi message pada k.Ina dan mama Hanin beritahu tak dapat join program tu. Mereka mengerti dan sempat ummi berpesan pada K.Ina agar updatekan program tersebut di dalam blognya.. ;)

Erm, Banyak hari ni ummi cuma menghabiskan waktu di rumah.. tak keluar amik angin seperti selalu ,membawa uwais berjalan-jalan sekitar kawasan berdekatan. Sejuk masih bertamu.. buat ummi makin malas nak keluar berjalan. Tambah pula ummi dan uwais masing2 ada batuk yang masih belum hilang-hilang. Kami cuma minum madu bersama sedikit perahan lemon sebagai usaha hilangkan batuk ini. Alhamdulillah beransur kurang. Tinggal Uwais yang masih selsema dan batuk. Syafahullah fauran!


Petang semalam juga ajak abi pergi ke Hayat Mall (Food City) untuk cari madu dan beberapa keperluan dapur. Seminngu selepas kepulangan kami dari Malaysia tempoh hari, Supermarket baru ini telah pun menjalankan operasi perniagaannya. Ianya terletak hanya beberapa meter saja dari rumah sewa kami. Berada di seberang jalan di duwar sweileh memudahkan kami hanya berjalan kaki ke sana. Alhamdulillah dengan adanya supermarket ini tak perlulah kami ke Carrefour lagi selain jika ada keperluan yang betul-betul perlu ke sana :) Keperluan seperti santan, ikan kering, kicap, sos cili, bihun, sohun etc (barang2 asia) sudah ada di sini walaupun kebanyakannya datang dari negara Thai dan Filipina. Cuma kami perlu pilih yang ada tanda cop halal dari majlis islam mereka saja.. :) Terdapat juga beberapa rangkaian kedai jam dan souvenier, buku (markas al-Fursan), dry clean dan tak lama lagi ada kedai optical (cermin mata) :D

Oklah, umi nak solat dan memasak pula.. kejap lagi pasti anak umi ni nak nasi.... huhu. :)



Friday, March 19, 2010

Tahniah Adik-Adikku!


Saya berkesempatan mengikuti satu rancangan TV Realiti Adik-Adikku di RTM 1 ketika saya dan keluarga pulang bercuti ke Tanah Air tempoh hari. Alhamdulillah akhirnya ada juga rancangan bermanfaat ini dalam membentuk sahsiah peribadi bagi bakal pemimpin kita masa hadapan. Rancangan ini yang berkonsep hiburan dan pendidikan adalah di bawah tajaan JAKIM dan RTM sendiri yang akhirnya telah mencari satu alternatif yang saya kira sangat bagus dan berkualiti dibanding dengan rancangan-rancangan hiburan lain yang terlalu gah diperkatakan. Sekurang-kurangnya rancangan seperti ini setanding rancangan popular seperti Idola Kecil, akademi fantasia dan seumpamanya.



Final Adik-Adikku.. Penyampaian mantap dari adik Wajih...

Rancangan ini telah bermula penyiarannya pada 15 februari lepas dan telah pun berakhir pada 18 mac (semalam) . Ianya mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor. Boleh baca di Jakim.gov...

Syabas Jakim atas alternatif ini! semoga adanya lagi rancangan seumpama ini selepas ini.. Tahniah buat para peserta Adik-Adikku atas kejayaan kalian..


Thursday, March 18, 2010

WIKIPEDIA - WOMEN

WIKIPEDIA, The latest event, yang dianjurkan buat akhawat di Amman, oleh PPMA.. :)


The latest program that will be held at Jarash. Planned specially for akhawat. :)
Mengimbas kembali kecemerlangan muslimah zaman silam. MasyaAllah. We certainly have to learn from the best!

NOTES : PESERTA DARI IRBID DIALU-ALUKAN, PENYERTAAN TERHAD KEPADA 15 ORG SAHAJA. JANGAN KETINGGALAN! DAFTAR SEGERA KEPADA AZIMAH NORDIN.


credit link to:

http://qurratuain-allen.blogspot.com/
http://ppmaj.blogspot.com/

Saturday, March 13, 2010

Nu'aym yg Cute..

Semalam Uwais bersama abi dan umi pergi ke rumah 'ammu mus'ab dan Ude Ain.. Uwais sejak pulang dari Malaysia aritu belum ziarah lagi adik Nu'aym.. Cuma kami mengenalinya dari laman facebook mamanya.. :) Sekarang Nu'aym pun dah masuk 2 bulan dan sudah memiliki berat sebanyak 6.6kg.. Sihat dan semangat! geram tengok muka Nu'aym yg sangat comel! masyaAllah.. Subhanallah.. :) Ok, adik Nu'aym.. ada masa lagi kita jumpa lagi ye.. moga membesar dengan sihat! Jadi anak yg soleh, cemerlang dunia akhirat..insyaAllah.. :)



comel sangat bila adik Nu'aym tido.. hihii..


Mabruk 'ammu dan Ude.. Moga kehadiran cahaya mata pertama ini menambahkan lagi kebahagiaan hidup kalian.. Allahu Yubarik 'alaikuma..



best,
uwais amzar

Thursday, March 11, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Maeys...

Tahniah buat k.Yus dan Abg Zul sekeluarga atas kelahiran puteri (anak ketiga) pada 3.3.10 yang lepas di Hospital Esraa', Amman, Jordan. Dengan kelahiran ini bertambah lagi warga Melayu di bumi Sweileh ini.. Nama Maeys telah diberikan secantik wajah yang dikurniakan.. moga menjadi anak yang solehah, berjasa buat agama, bangsa dan negara, insyaAllah..



Maeys masih lena tika abu uwais mendukungnya.. ;) so cute!! tengok gambar ni, mukanya mirip abgnya yg kedua, Aiesh pula..

Dan sebentar tadi saya dapat berita gembira juga dari bumi Malaysia.. Adik Arfah baru sahaja melahirkan anak kedua mereka.. Kali ini dikurniakan pula seorang putera.. nama belum ditetapkan.. Moga2 menjadi hamba Allah yang terbaik, cemerlang dunia akhirat, insyaAllah.. :) Tahniah buat adik Arfah dan Ust Ridha sekeluarga!!

Monday, March 8, 2010

bersua kembali..

Alhamdulillah.. baru hari ini umi sempat membuka semula halaman blog yang dah bersawang selama 2 bulan.. tapi semangat tu pun masih biasa.. rasa ada je sikap 'M' tu dalam diri.. sebab mungkin banyak komitmen lain yang lebih aula didahulukan.. ;)

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat tiba semula ke bumi urdun ni hari sabtu 27 feb, lebih kurang pukul 5.30pm (jordan).. dah hampir masuk isyak masa tu.. dengan keadaan cuaca yang amat sejuk ditambah hujan renyai2 (diberitahu 1 minggu hujan turun di sini), memang menggigil satu badan.. lama rasanya tak rasa sejuk camni.. maklum kat Malaysia sangatlah panas.. huhu..

Alhamdulillah juga imtihan Tajwid, Hafazan dan Tilawah dah pun selesai sabtu lepas.. :) didoakan semua najah..amiin..

Selesai semua imtihan, kami bergambar kenangan bersana ustazah yang mengajar kami di Markaz Al-Khansaa', Sweileh.. Jazakillah khairan kathira ya Sayyidah 'Abir.. :)


Bawah ni pulak, gambar uwais terkini.. depan kamera, dah tak susah suruh bergaya.. dah boleh buat sendiri.. kini umurnya 2 tahun 2 bulan 8 hari... Alhamdulillah.. moga membesar menjadi anak yang soleh..!!! amiin

eksyen je tu.. ;)

macam2 gaya..

Dan Uwais sangat gembira apabila dapat berjumpa kakak susuannya, Hanin pada malam selepas kami tiba di sini.. MasyaAllah.. teruja tengok kegembiraan mereka! berpeluk, bermain, ketawa, lari sana-sini.. lepas rindu barangkali.. :D


ok, akhir kalam, buat hubby tersayang.. selamat meneruskan perjuanganmu.. yang pasti ianya tidakkan pernah terhenti.. hidup ini satu perjuangan.. Usaha, Doa dan Tawakkal!
apa-apa pun sandarkan ianya pada yang SATU.. Allah Rabbul 'Izzati.. InsyaAllah khairan. :)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”