Thursday, December 30, 2010
Wada'an ya Shaqiqoti..
Tuesday, December 28, 2010
♥ Happy BirthDay Abi..!! ♥
Thursday, December 23, 2010
~ Eid Mielad Sa'ied ~
Tuesday, December 21, 2010
Mode: Ana wa Lughotul 'Arobiyyah
MODE: Haflah Hayyabil 'Arobiyyah, PPMAj
JIKA MELIHAT SESEORANG YANG KURANG BERNASIB BAIK
Petikan 1:
Unzur Ya Ahmad! Hazar rojulu 3allal kursiyyin mutaharrik..
Lihat, Ahmad! Lelaki ini (duduk) di atas kursi roda…
Petikan 2:
La tukzihi binazorotika ya Abdullah wa qul :
Alhamdulillahillazi 3aafani mimma ibtalaahu bihi, wa faddolani 3ala kathirim mimman kholaqo tafdiila
الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا
Jangan kamu sakitinya dengan pandangan sedemikian rupa dan katakanlah :
الحمد لله الذي عافاني مما ابتلاه به، وفضلني على كثير ممن خلق تفضيلا
“Maha suci Allah yang memberi nikmat kesihatan kepadaku daripada ujian yang telah Engkau diberikan kepadanya, dan berikanlah kelebihan kepadaku sama seperti orang-orang yang diciptakan dengan pelbagai kelebihan”
Penterjemah/sumber : mesrarakyat
Monday, December 20, 2010
♥..Lihatlah Sayang Kita...♥
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah...
Hmm...kulitnya mulai kereput dan tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata-mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah?
Tak lain adalah utk KITA.....
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.
Thursday, December 16, 2010
Istidraj..
Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )
by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm
Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.
Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?
Maka saya hendak bertanya kepada anda.
Adakah anda tahu apa itu istidraj?
Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?
Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.
Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.
Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,
“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”
Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.
Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.
Nah… Apakah itu yang kita mahu?
Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?
Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”
Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.
Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.
Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.
Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.
Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.
“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,
“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”
Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,
“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?
Saya yakin tidak..
Anda tenang sekarang?
Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz i
itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.
Monday, December 13, 2010
~ Snow in Sweileh ~
Sunday, December 12, 2010
҉ Hidung Tersumbat: Punca & Rawatan ҉
http://www.sihatselalu.com.my
oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
Kesukaran bernafas akibat hidung tersumbat antara gangguan paling lazim pada kanak-kanak dan orang dewasa. Ia bukan saja menyebabkan ketidakselesaan, malah pernafasan menjadi lebih pendek kerana perlu bernafas melalui mulut.
Walaupun masalah hidung tersumbat adalah perkara biasa, ibu bapa perlu memberi lebih perhatian jika berlaku pada bayi yang boleh alami kesukaran untuk bernafas atau menyusu. Segera dapatkan nasihat doktor kerana bayi yang baru berusia beberapa bulan belum pandai bernafas melalui mulut.
Hidung tersumbat berlaku apabila tisu dan saluran darah dalam hidungmembengkak dan mengandungi banyak cecair atau jika membran hidung terlalu kecil.
Banyak faktor boleh menyebabkan hidung tersumbat iaitu jangkitan, struktur hidung atau saluran pernafasan yang tidak normal, alahan (termasuk alahan rinitis) atau tindak balas terhadap bahan yang membuatkan kerengsaan seperti asap rokok.
Jangkitan paling lazim menyebabkan hidung tersumbat adalah jangkitan virusselsema. Kajian menunjukkan gejala hidung tersumbat akibat selsema adalah masalah paling biasa pada kanak-kanak sekolah dan orang dewasa di seluruh dunia. Bagi orang dewasa, secara purata setiap individu mengalami antara 2 hingga 4 kali selsema dalam tempoh setahun yang memaksa mereka mengambil cuti sakit.
Malah, gejala hidung tersumbat akibat alahan rinitis dianggap biasa terhadap 6 daripada 10 kanak-kanak sekolah. Biasanya, masalah hidung tersumbat disebabkan jangkitan virus sama ada Rhinovirus, Coronavirus mahupun virus influenza mengambil masa kira-kira seminggu untuk sembuh dengan sendiri. Jangkitan bakteria seperti Streptokokus juga boleh menyebabkan hidung tersumbat. Jangkitan bakteria biasanya akan diikuti dengan gejala lain seperti sakit tekak yang teruk dan demam.
Masalah hidung tersumbat pada kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa. Jika bayi alami masalah hidung tersumbat, segera dapatkan nasihat doktor kerana bayi berumur beberapa bulan belum pandai bernafas melalui mulut.
Masalah hidung tersumbat pada bayi berumur beberapa bulan boleh menjejaskan proses penyusuan dan membawa maut. Pada kanak-kanak lebih besar, masalah hidung tersumbat biasanya hanya menyebabkan ketidakselesaan. Hidung tersumbat mengganggu pendengaran dan perkembangan pertuturan kanak-kanak.
Gejala hidung tersumbat yang diakibatkan pembengkakan adenoid (tisu pada belakang hidung) boleh mendatangkan masalah lain seperti apnea tidur iaitu gangguan pernafasan (pernafasan terhenti-henti) ketika tidur.
Lebih penting, masalah hidung tersumbat pada kanak-kanak jika tidak dirawat boleh menyebabkan perubahan bentuk muka dan membuat muka menjadi panjang.
Punca Hidung Tersumbat
* Jangkitan - Secara purata, setiap individu dewasa mendapat 2 hingga 4 kali selsema dalam setahun akibat jangkitan virus. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian biasanya lebih kerap mendapat selsema kerana daya ketahanan badan mereka masih lemah. Virus selsema biasanya menjangkiti melalui sentuhan tangan ke hidung.
Apabila virus masuk ke dalam hidung ia menyebabkan badan menghasilkan histamin iaitu bahan kimia yang meningkatkan aliran darah ke hidung dan mengakibatkan tisu di dalam hidung membengkak. Ia secara tidak langsung menyebabkan keradangan pada membran hidung dan merangsangnya menghasilkan lebih banyak mukus (cecair) yang menghalang laluan udara.
Ketika mengalami jangkitan virus (selsema), hidung mempunyai daya ketahanan lemah terhadap bakteria yang boleh memasuki hidung dan rongga sinus. Apabila cecair hidung berubah warna daripada jernih kepada kekuningan atau kehijauan, ia bermakna anda mengalami jangkitan bakteria.
* Struktur hidung atau saluran pernafasan tidak normal - Ia membabitkan septum (dinding pemisah dan tulang) di tengah-tengah hidung. Ketidaknormalan ini boleh disebabkan kecederaan. Dianggarkan 7% bayi baru lahir mengalami kecederaan hidung ketika dilahirkan. Kecederaan hidung adalah perkara biasa bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Biasanya jika ketidaknormalan ini menghalang pernafasan, pembedahan hidung dapat memperbaikinya. Pada kanak-kanak, punca hidung tersumbat paling biasa ialah pembesaran adenoid (tisu lembut di belakang hidung dan lelangit lembut). Perkara ini menyebabkan pernafasan kanak-kanak menjadi kasar dan berdengkur ketika tidur.
* Alahan - Biasanya ia merujuk kepada alahan rinitis. Perkataan 'rinitis' bermakna keradangan pada hidung dan membran hidung. Ada banyak alergen (agen yang menjadi perangsang alahan) seperti habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan atau sel kulit serangga yang mati. Justeru, setiap individu yang ada masalah alahan perlu tahu bahan mendatangkan masalah kepada mereka.
Bagaimanapun, kadangkala sukar menentukan sama ada masalah hidung tersumbat disebabkan alahan atau selsema kerana kedua-duanya berkongsi beberapa gejala sama. Gejala alahan biasanya lebih lama daripada selsema dan mungkin berlarutan melebihi satu atau 2 minggu. Gejalanya muncul sejurus selepas seseorang terdedah kepada alergen dan pesakit biasanya tidak demam. Anda kerap bersin dan hidung pula berair. Cecair hidung akibat alahan bersifat cair dan jernih.
Bagi selesema disebabkan virus, gejala biasanya muncul 2 atau 3 hari selepas jangkitan dan hilang atau sembuh sendiri dalam tempoh seminggu. Pesakit juga mengalami sakit tekak, batuk, hidung berair dan cecair hidung berwarna jernih. Namun kerap juga berlaku warna cecair ini bertukar kepada kekuningan atau kehijauan yang menandakan jangkitan bakteria berlaku.
Hidung Tersumbat Ketika Hamil
Masalah hidung tersumbat juga kerap berlaku pada wanita hamil berpunca peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron. Ini secara automatik merangsang pengaliran darah ke semua membran mukus di seluruh badan, termasuk di dalam hidung.
Keadaan ini menyebabkan tisu di dalam hidung menjadi lembut dan bengkak yang akhirnya menyempitkan laluan udara. Wanita yang ada alahan rinitis mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah hidung tersumbat apabila dia hamil. Masalah hidung tersumbat ini boleh berlarutan sepanjang kehamilan hingga selepas melahirkan anak.
Dianggarkan 20 hingga 30% wanita mengalami masalah ini ketika hamil. Secara semula jadi apabila hidung tersumbat, kita cuba menghembus nafas dengan lebih kuat. Kekerapan menghembuskan hidung dengan kuat kadangkala boleh menyebabkan hidung berdarah. Tanpa penjagaan rapi, masalah ini boleh berlarutan dan menjadi lebih teruk.
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Meskipun gejala hidung tersumbat bukan masalah serius ia tidak harus dibiarkan, terutama jika berlaku pada kanak-kanak.
* Apabila masalah hidung tersumbat disertai gejala bengkak pada dahi, mata, tepi hidung atau pipi
* Pandangan menjadi kabur
* Sakit tekak semakin teruk
* Ada tompok putih atau kekuningan pada tonsil atau bahagian dalam tekak
* Batuk melebihi 10 hari
* Batuk berkahak
* Masalah berlanjutan melebihi 2 minggu dan mengganggu kehidupan
Doktor mungkin tanya soalan seperti :
# Bila mula masalah? Adakah ia kerap berlaku?
# Apa yang anda lakukan untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat?
# Adakah cara anda berkesan?
# Apa gejala lain yang turut dialami?
Langkah untuk mengurangkan gejala hidung tersumbat :
* Tutup sebelah lubang hidung dengan menekannya menggunakan ibu jari. Hembus nafas perlahan-lahan. Ulang teknik ini untuk sebelah lagi sehingga anda boleh bernafas dengan lebih selesa.
* Semburan hidung secara umumnya selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Jika tidak pasti, rujuk doktor terlebih dulu sebelum menggunakan sebarang produk.
* Minum banyak air, terutama sepanjang siang
* Masalah hidung tersumbat biasanya lebih teruk apabila anda baring. Justeru, tinggikan sedikit kepala anda ketika tidur. Kaedah ini sangat berkesan pada kanak-kanak.
* Anda boleh menggunakan pelekat pada hidung yang dijual di farmasi. Walaupun pelekat hidung ini direka untuk mengatasi masalah berdengkur, ia juga boleh digunakan untuk masalah hidung tersumbat kerana membantu meluaskan rongga hidung yang membuatkan pernafasan lebih lancar.
Panduan Untuk Wanita Hamil
# Jangan guna semburan hidung antihistamin (bagi wanita hamil)
# Bagi wanita hamil, elak guna bahan dekongestan (agen pelega hidung tersumbat) kerana ia sepatutnya hanya digunakan sebagai pilihan terakhir kerana ia ada banyak kesan sampingan.
# Gunakan tuala lembap yang lembut untuk membersihkan rongga hidung.
# Untuk melembapkan rongga hidung, sapukan jeli petroleum. Atau letak segelas air di meja ketika bekerja di pejabat. Alat pendingin hawa menyebabkan kulit dan rongga hidung menjadi kering.
# Jika hidung berdarah, condongkan badan ke depan, picit kedua-dua belah hidung (di pertengahan hidung) selama 5 minit dan bernafas melalui mulut. Jika masih berdarah, ulang langkah ini hingga pendarahan berhenti.
♪♪ Twin Cousin ♫♪
Wednesday, December 8, 2010
Munaqoshah @ ViVa Abi...
Monday, December 6, 2010
♥ SalaM Ma'aL HiJRaH 1432H ♥
Saturday, December 4, 2010
Batuk oh Batuk..
Meredakan Batuk Cara Fisioterapi
Jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
credit to: http://adinsa.wordpress.com/2009/10/24/meredakan-batuk-cara-fisioterapi/
Wednesday, December 1, 2010
Saturday, November 27, 2010
~Di Sebalik Kesulitan Adanya Kesenangan~
Thursday, November 25, 2010
~ KeIKHLASan ~
Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar.
Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis.
Lalu...
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala.
Aduhai...
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah...
Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.
Ikhlas... jangan pernah rasa kecewa dihatimu tatkala apa yang kau impikan atau inginkan tidak memenuhi apa yang kau hajatkan... Belajar untuk benar2 ikhlas hanya kerana Allah... Kerana janji Allah, pastinya benar, takkan tertindas bagi mereka yang benar2 ikhlas..insyaAllah... (^-^)
Maka berkatalah mereka, " Sungguh tiada suatu yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini, kecuali jika tawasul kepada Allah dengan amal-amal salih yang pernah kita lakukan dahulu kala."
Maka saya terus memerah susu untuk keduanya, dan saya pun segan untuk membangunkan keduanya dan tidak memberikan minuman itu kepada sesiapapun sebelum ayah bundaku itu.
Maka saya tunggu keduanya hingga terbit fajar, maka bangunlah keduanya dan minum dari susu yang saya perahkan itu. Padahal semalaman itu juga anak-anakku menangis minta susu itu di dekat kakiku.
Hadis ini menunjukkan: