Batuk oh Batuk..
Assalamu'alaikum wrt..
Hari ini ummi nk berkongsi tentang kaedah untuk meredakan batuk terutama bagi bayi kecil. Baby Munzir dapat selsema sedikit musim2 sejuk ni... jadi dia pun tak berapa selesa kerana sukarnya untuk bernafas dek hidungnya tersumbat. Ummi dah cuba kaedah ni, alhamdulillah ada lega sikit buatnya. Abi pun ada juga belikan nasal aspirator silicon di farmasi untuk sedut hingusnya. ^-^ Dengarnya untuk yang alami asthma pun boleh gunakan kaedah ini.
Jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
“Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
credit to: http://adinsa.wordpress.com/2009/10/24/meredakan-batuk-cara-fisioterapi/
Dan abi pula sedang alami batuk2 dan selsema yang belum hilang sejak pulang dari mengerjakan haji 3 minggu lepas. Untuk redakan batuk2 tu, ummi gunakan petua lemon+madu, termasuk juga petua air asam jawa serta sapukan air kapur makan dileher abi agar batuk2nya berkurangan.. Abi tengah risau tu memandangkan hari munaqashah@viva PhD nya rabu depan ni dah makin dekat. Sakit tekaknya belum pulih2. xpe abi, maybe makan masa sikit nak baik..sabar ye.. insyaAllah moga sihat cepat!! :-)
:: Mutiara Kata ::
“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”
No comments:
Post a Comment