Thursday, December 30, 2010

Wada'an ya Shaqiqoti..

Tengahari tadi kami sekeluarga pergi menghantar adik ummi, Fiszah @ mak lang ke Mator@Airport Queen Alia untuk pulang ke Malaysia setelah berada di sini selama 3 bulan membantu dan menjaga ummi dalam pantang serta jadi babysitter buat Uwais dan Munzir.. huhu... sayu juga di hati ummi... dan juga perasaan risau turut terbit di hati ummi.. yelah... first time mak lang bermusafir sebegini jauh sendirian.. tika datang sini dulu, berteman dengan family Ust Redzuan dan kak Aizah, Irbid. Pulang ni, bersendirian dia. Tapi ummi dan abi serta kawan2 di sini memberi keyakinan padanya dan jangan risau sangat. Cuma yang paling penting pass boarding dan passport yang kena jaga dan sentiasa kena ada ditangan. Alhamdulillah akhirnya Mak Lang rasa yakin walau sedikit gementar..

bergambar kenangan sebelum check in


Alhamdulillah, mak lang menghantar message memberitahu yang sudah tiba di kuwait airport.. Transit di sana dan menunggu lebih kurang 6 jam pula untuk perjalanan terus ke KL.. moga selamat semuanya...amiin :)

Buat Mak Lang, jazakillah khairan kathira atas segala2nya... hanya allah yang dapat membalasnya... moga Allah mudahkan pula urusanmu dunia akhirat...amiin (^-^)

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”