Saturday, November 20, 2010

Welcome Home, Abi..

Alhamdulillah... hari ini lebih kurang pukul 10.30am, Abi dan para jemaah haji sweileh yang lain selamat pulang ke rumah... perjalanan dari Kota suci Mekah ke bumi Amman melalui pengangkutan bas yang memakan masa hampir 32 jam. Sungguh ianya satu perjalanan yang sangat panjang. Perjalanan yang biasa ditempuh oleh para jemaah haji yang datangnya dari tanah arab sendiri. Kerana itu lebih manis dan lebih merasai suasana dan susah payah orang-orang terdahulu dalam mengharungi perjalanan menuju haji di Baitullah haram.

Abi dan sahabat2 yang lain bertolak ke tanah suci pada 7hb November lepas selepas asar melalui pakej haji yang diuruskan oleh pihak majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ).

Abg Uwaislah orang yang paling gembira dan excited bila tahu abinya dah pulang.. apatah lagi dapat pula buah tangan dari abinya; Stunt Car Control & Kerusi Angin ,")

abg uwais dan 'Stunt Car Control'nya..

dengan kerusi anginnya...

Baby Munzir dan umi pun dapat juga buah tangan istimewa dari abi.. alhamdulillah.. syukran jazilan abi.. hehe.. apapun yang lebih penting abi dah selamat tiba di rumah.. hilang sudah rindu selama lebih kurang 2 minggu ni..hiii...

Buat abi, moga cepat sembuh dari selsema dan sakit tekaknya... dan semoga segala amalmu di sana diterima Allah dan memperoleh haji yang mabrur.. tak lupa juga buat sahabat2 yang lain yang sama tunaikan haji tahun ni.. doakan pula ummi dapat ke sana... walaupun sayu dan sedih juga tak dapat tunaikan haji bersama abi tahun ni.. ... ... umi berharap dapat tunaikannya dalam tahun-tahun yang terdekat ni..insyaAllah..amiin.



No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”