Sunday, November 7, 2010

Abg uwais jaga Adik Munzir tau..!

Alhamdulillah... hari ni dah genap seminggu Munzir Zayyan ke dunia...

Gelihati tengok gelagat abg uwais nya menjaga adik kesayangannya ni...

Baby Munzir menangis je, cepat2 bagitahu ummi.. baby nak susu umi..baby nak susu umi..!! huhu..

Umi lambat sikit, abg uwais cuba pujuknya dari menangis.. abgnya letakkan mainan toy nya (qittoh & arnab) atas adiknya... (aksi spontan agaknya yg dia pikirkan boleh pujuk adiknya senyap).. Umi tengok2 adiknya senyap lak.. rupa-rupanya dia letak sume mainan toy nya atas adiknya dan letak tutup telinganya pada telinga adiknya... adiknya terus terlelap lak tuh.. hehe.. umi pun pujilah abg uwais.. wah... pandainya abg uwais pujuk adik... alhamdulillah.... :)



muka bangga abg uwais dapat pujuk adiknya dari tangisnya... hehe..

Mak Lang Fiszah bersama Munzir Zayyan... jazakillah kathiran jazaa' buat Mak Lang banyak ringankan kami sekeluarga dan sanggup datang sini membantu kami.. semoga sebaik-baik ganjaran Allah kurniakan buatmu.. :)

1 comment:

ummisofea... said...

gud lah abg uwais..dh pandai jaga adik...

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”