Wednesday, November 3, 2010

ِِAhlan Wa Sahlan Munzir Zayyan


Munzir Zayyan: Munzir=yg memberi peringatan, Zayyan= Jamil Jiddan (^-^)

Alhamdullilah saya telah selamat melahirkan anak ke-2 (putera) saya pada 01.11.10, pada pukul 10.30 pagi (waktu Jordan) bersamaan 4.30 petang (waktu Malaysia) seberat 3.25kg. Semoga anak yang dilahirkan menjadi hambaNya yg taat, yg memberi peringatan ke arah kebaikan dan kesabaran, anak yang soleh, yang berbakti kepada ibubapa, agama & negara. AMIN.


my heroes in my wonderful life... ^-^

Alhamdulillah.. abang uwais dh dikurniakan seorang adik.. buat peneman dan kawan sepermainannya nanti .. abg uwais setakat ni,umi tengok dia dapat terima kehadiran orang baru dalam keluarganya.. syukur.. banyak bantu umi.. excited dia dapat adik ni.. moga kalian membesar bersama dalam lindungan dan rahmat Allah selalu.. jadi anak2 yg soleh, taat pada Allah, Rasulullah, umi abi, agama.. berkasih sayanglah kalian dalam membentuk satu keluarga yang bahagia, aman dan mawaddah! amiin... :-)

8 comments:

Ckin Kembaq said...

Alhamdulilah dan Tahniah akak...tercapai gak hajat nak tengok baby tu.. n_n

p/s : jangan lupa upload lagi naa.. nak smpan..suka tengok baby.. v^_^

Ummi AmnaAmzar said...

salam...TAHNIAH ye..alhamdulillah.. Munzir Zayyan, selamat datang ke dunia...smg jd anak yg soleh..

Musafir ILmu (qud) said...

Diucapkan tahniah, dan didoakan agar bertambah seri dan bahagia keluarga Ustaz Najib dan kak Ayu a.k.a Byat Amzar...
:-)

Unknown said...

jazakumullah semua yg mendoakan.. insyaAllah amiin... :-)

mamawana said...

Alhamdulillah...Tahniah Tahiah...
Olloh...olloh..tomeinyer baby.....

beenazirah said...

salam kak..tahniah n mabruk la...moge jd ank yg taat n soleh..moge akk pn shat sntese n dpt didik dgn berjayenya...hehehe...=D

aisyah irbid said...

salam, kak ayu.. alhamdulillah, tahniah kak.. semoga uwais & munzir trgolong sbg anak2 yg solihin..
p/s: lame xjmp akk2 kt amman. haritu nk p tak berkesampaian..T__T

Unknown said...

salam..
mamawana, nazirah, aisyah.. jazakumullah...alhamdulillah 'alakullihal..

aisyah..dtglah cni bila2..ada 2 org baby baru dah amman..;)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”