Thursday, November 25, 2010

~ KeIKHLASan ~

Keikhlasan nan tercalar
Pabila kesabaran mula menghindar
Lemah dan tunduk tanpa sedar
Bisikan syaitan nan tak pernah pudar
Menawan kalbu hamba nan ingkar.

Keikhlasan nan terhakis
Kerana hati tak bisa menangis
Pujukan dan rayumu wahai sang iblis
Ketipisan iman tak bisa menepis.

Lalu...
Lerailah budi,lenyaplah jasa
Segunung budi selaut jasa
Ganjaran dinanti tak kunjung tiba
Ganjaran melayang di tingkap terbuka
Dosa menerpa di hati bertakhta
Budi dan jasa sia-sia semata
Ibadat dilaksana jerih segala.

Aduhai...
Sukarnya mencari keikhlasan
Perit dan getirnya menebal keimanan
Lalu aku kembali kepada pokok pangkal dan dasarnya
Di sinilah...

Kupohon pada-Mu walau dalam susah
Kupohon pada-Mu walau dalam payah
Ikhlas itu rahsia Allah
Mudah-mudahan padaku
Rahmat-Mu tercurah.

- Artikel iluvislam.com


Ikhlas... jangan pernah rasa kecewa dihatimu tatkala apa yang kau impikan atau inginkan tidak memenuhi apa yang kau hajatkan... Belajar untuk benar2 ikhlas hanya kerana Allah... Kerana janji Allah, pastinya benar, takkan tertindas bagi mereka yang benar2 ikhlas..insyaAllah... (^-^)


:Hadith 13 (Riadhus Solihin):

: Abdullah bin Umar r.a. berkata, "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Terjadi pada masa dahulu sebelum kamu, tiga orang berjalan-jalan hingga terpaksa bermalam dalam gua. Tiba-tiba ketika mereka sedang berada di dalam gua itu, jatuh sebuah batu besar dari atas bukit dan menutupi pintu gua itu, hingga mereka tidak dapat keluar.

Maka berkatalah mereka, " Sungguh tiada suatu yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini, kecuali jika tawasul kepada Allah dengan amal-amal salih yang pernah kita lakukan dahulu kala."

Maka berkata seorang dari mereka, "Ya Allah dahulu saya mempunyai ayah dan ibu, dan saya tidak memberi minuman susu pada seorangpun sebelum keduanya (ayah ibu), samada kepada keluarga atau hamba sahaya. Maka pada suatu hari aku menggembala ternak pada suatu tempat yang agak jauh, hingga kembali kepada kedua ibu bapaku sesudah malam dan ayah bundaku telah tidur.
Maka saya terus memerah susu untuk keduanya, dan saya pun segan untuk membangunkan keduanya dan tidak memberikan minuman itu kepada sesiapapun sebelum ayah bundaku itu.
Maka saya tunggu keduanya hingga terbit fajar, maka bangunlah keduanya dan minum dari susu yang saya perahkan itu. Padahal semalaman itu juga anak-anakku menangis minta susu itu di dekat kakiku.

Ya Allah jika saya berbuat itu benar-benar karena mengharapkan keredaanMu, maka lapangkanlah keadaan kami ini."Maka menyisih sedikit batu itu, tetapi mereka belum dapat keluar daripadanya.

Berdoa pula orang yang kedua, "Ya Allah dahulu saya pernah jatuh cinta kepada anak gadis bapa saudaraku, maka kerana terlalu cintakannya, saya selalu merayu dan ingin berzina dengannya, tetapi dia selalu menolak hingga terjadi pada suatu ketika dia menderita kelaparan dan datang meminta bantuan kepadaku, maka saya berikan kepadanya wang seratus dua puluh dinar, tetapi dengan janji bahwa dia akan menyerahkan dirinya kepadaku pada malam harinya. Gadis itu melakukan suruhanku kemudian ketika saya telah 'berkuasa' ke atasnya -riwayat lain menyebut 'maka apabila aku telah berada /duduk di antara dua kakinya', tiba-tiba dia berkata: Takutlah kepada Allah dan jangan kau pecahkan tutup (dara) kecuali dengan cara yang hak (halal - nikah). Maka saya segera bangun daripadanya padahal saya masih tetap menginginkannya, dan saya tinggalkan dinar emas yang telah saya berikan kepadanya itu.""Ya Allah bila saya berbuat itu semata-mata karena mengharap keredaanMu, maka hindarkanlah kami dari kemalangan ini."Maka bergeraklah batu itu menyisih sedikit, tetapi mereka belum juga dapat keluar daripadanya.

Berdoa orang yang ketiga, "Ya Allah saya dahulu sebagai majikan, mempunyai pekerja, dan pada suatu hari ketika saya membayar upah mereka, tiba-tiba ada seorang daripada mereka yang pergi meninggalkan upahnya pulang ke rumahnya tidak kembali.Maka saya perniagakan upahnya itu hingga bertambah dan berbuah menjadi berganda-ganda banyaknya.Kemudian setelah lama datanglah buruh itu berkata, "Hai Abdullah berikan kepadaku upahku dahulu itu?"Jawabku, "Semua kekayaan yang didepanmu itu daripada upahmu yang berupa unta, lembu dan kambing serta budak penggembalanya itu."Berkata orang itu, "Hai Abdullah kau jangan mengejek kepadaku." Jawabku, "Aku tidak mengejekmu."Maka diambilnya semua yang saya sebut itu dan tidak meninggalkan satupun daripadanya."Ya Allah jika saya berbuat demikian karena mengharapkan keredaanMu, maka hindarkan kami dari kesempitan ini."Tiba-tiba menyisihlah batu itu hingga mereka dapat keluar mereka dengan selamat.
(Bukhari, Muslim).

Hadis ini menunjukkan:

i. betapa besarnya faedah amal perbuatan yang tulus ikhlas, hingga dapat dipergunakan untuk bertawasul kepada Allah dalam usaha menghindarkan bahaya yang sedang menimpa.
ii. seorang suami harus mengutamakan ibu bapanya daripada anak isteri.
iii. kebesaran nilai menahan hawa nafsu, dan tidak rakus terhadap harta upah pekerja.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”