Assalamu'alaikum wrt..
Salam Eid Mubarak, Kullu 'am wa antum bikhair..
Buat kedua kalinya kami sekeluarga menyambut kedatangan Syawal yg mulia diperantauan.. di bumi Urdun.. Alhamdulillah.. walaupun jauh dari keluarga tapi kami tetap bersyukur kerana diberi peluang merasa berpuasa dan beraya diperantauan.. merasai suasana raya di bumi orang.. seronok juga dapat beraya bersama sahabat2 dan rakyat Malaysia yg berada di sini.. terubat jugalah rasa rindu pada musim raya di Malaysia.. :)
Hujan yang telah lama tidak membasahi bumi Urdun, telah turun di pagi Syawal yg mulia.. Subhanallah..Maha Suci Allah.. Hujan rahmat di pagi itu.. alhamdulillah...
1 Syawal 1430, kami dan semua warga Sweileh menyambut raya di kedutaan Malaysia-Jordan, Amman. Seawal 7.30am kami semua bertolak ke sana dengan menaiki bas yang pihak PPMAj sewakan.
Kami menunaikan solat raya bersama pada pukul 8 am di bahagian bawah bangunan kedutaan. Selesainya, kami bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama kami.
Seusai solat, kami dijamu makanan raya.. nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, kuah lodeh, bihun goreng dan juga beberapa jenis kuih-muih tradisional serta buah-buahan pencuci mulut.
kanak-kanaklah yg paling gembira di hari raya ni.. Bertemu ramai kawan dan dapat makan sedap-sedap barangkali.. (bukan duit rayalah..sebab xde edisi duit raya di sini..hehe..)
ok, kami kongsikan sedikit gambar-gambar raya kami di sini..
Uwais dan hanin yg gembira sambut raya..
bergambar di hadapan bangunan kedutaan
warga berkeluarga Sweileh bergambar bersama Ust Sulaiman
Kenang-kenangan..
Bersama keluarga Ust nasir dan yana@abu & Ummu Irfan yg pertama kali raya di Jordan
Uwais Amzar
Muhammad Irfanulhakim @ irfan
Hanin
Syarifah Nisrin @ Nisrin
sempat posing raya mereka berempat ni..
abi dan uwais
ummi dan uwais
Slot Salam Raya dengan Datuk dan Datin kedutaan
eceh.ceh..ceh.. ;)
ceria sungguh si irfan nih..
merenung langit yg luas..!
bergambar bersama Datin dan Datuk Embassy
sebelum pulang ke Sweileh.. then ke rumah K.Ina dan Ust Mujahid yang tidak hadir sama di majlis raya ini.. ;)
Selamat Hari Raya Semua..!! Maaf Zahir dan Batin.. :)