Sunday, March 15, 2009

Selamat Pengantin Baru

Tahniah...!!! Mabruk...!! buat Abang Am (Mohd Erham bin Ehwan) dan Kak Ita yang sedang melangsungkan majlis perkahwinan pada hari ini di sebelah Pengantin Perempuan. Majlis pernikahan telah dijalankan terlebih awal pada 7 Mac lalu..

Semalam saya call ke Malaysia mengucapkan pengantin baru dan meminta maaf kerana tidak dapat memeriahkan sekali bersama ahli keluarga lain... kata Kak Long mereka akan bertolak ke rumah pengantin perempuan pada pukul 9am pagi tadi... Manakala majlis di sebelah keluarga saya pula akan menyusul pada 21 Mac ni.. Sedih juga kerana tidak dapat pulang melihat hari bahagia sorang2nya abg kandung saya.. :(

Doa dan ucapan dari kami di sini agar perjalanan majlis berlangsung dengan baik dan lancar.. Moga kalian berdua hidup bahagia hingga ke akhirnya dalam lembayung Kasih dan RahmatNya selalu..


Allahu Yubarik 'alaikuma... Selamat Pengantin Baru!!

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”