Tuesday, March 24, 2009

~Minggu ini~

Salam 'alayk abadan...

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...:)

Minggu ni minggu yang sangat full saya rasa... banyak aktiviti yang saya sertai bersama sahabat2 dan adik2 di bumi Sweileh ini... Aktiviti keluarga dan jugak aktiviti2 Persatuan Pelajar di sini...
saya kata pada seorang sahabat saya, huh minggu ni busy betul kita kan? banyak aktiviti! terasa masa zaman2 belajar di uia dulu... kadang2 tak lekat di bilik, ada saja aktiviti persatuan yg disertai..heh.. (tp taklah busy sgt2..:p)


Cerita Ummi
Bermula hari khamis lepas, saya dan keluarga berjalan2 sekitar Sweileh ni, amik angin sambil bawa uwais jalan2 bersama abinya..(sebelum ni sgt busy untuk imtihannya),

gambar:uwais dan abinya

Hari berikutnya hari Sabtu, ada 2 aktiviti saya ikuti.. pada pagi pukul 10 hingga 12pm, ke kelas Liqa' Tafaqquh.. then balik umah jap, pergi ke Kelas Erobik lak yg dikendalikan kedua-duanya oleh persatuan. Marwah pengajar kami..heh. Kelas Erobik ni khas untuk para wanita @ ibu2 saja ye.. hiiii.. badan pun mahu rasa cergas dan sehat kan.. baru ada tenaga dan daya nak buat keje2 di rumah..jaga anak2..heheh..
gambar:kelas liqa' tafaqquh-bahagian sirah

Dan pada hari ahad lepas kami sekeluarga ke rumah Ustaz Syed Hilmi dan K.pah. ziarah mahabbah kiranya... mereka baru 2 bulan rasanya sampai di sini.. hari ini baru saya berkesempatan menziarah ke rumah mereka..sebelum ini jumpa di program2 je. Kak Pah sekeluarga menjamu kami mee@bihun sup.lazizah... (mmg peminat sup!) datang bersama ziarah Ara dan Suami, Marwah sekeluarga dan juga Ain dan suami.. seronok sesekala bersua muka..banyak cerita dikongsi bersama.. :)

gambar: kunjungan bersama ke rumah K.Pah(kanan sekali)

Malam tadi PPMAj sekali lagi membuat satu aktiviti luar bersama.. main Bowling!! huh..minat betul saya..(walaupun tak reti sangat main..:p) Kami bermain di Muhtar Mall pada kul 7pm hingga selesai set pusingan. saja release2 tension @ rehat2 minda kata Mr Presidennya.. biar sume orang gembira..!

gambar: uwais, hanin dan nisrin

gambar: suka betul dia dengan abg khairi..


gambar: uwais dan abi before bowling start

gambar: trio nasyid wanita sweileh..opps..before berentap..heh


Cerita Uwais
Nak citenya hal uwais ni.. masa awal sampai di Muhtar mall, riang je dia..tetiba game baru bermula..dia dah rasa rimas dan tak selesa..panas..tuan punya bowling pasang heater rasanya..kami pun yang dewasa rasa tak selesa, bahang tetiba manakan si kecil ni..saya buka sume bajunya tinggal sehelai... duduk kat bahagian bola bowling tu yang ada sedikit angin kuar darinya..rasa comfort sikit uwais..(uwais ni masih tak sihat betul2 lagi..virus 'flu and caugh' nya masih bermaharajalela..si ubat klavar dan air Chemomile (babunaj) lum berjaya melawan 2 virus tu! Tapi Allah jua yang kuasa penyembuh kan..:) sebelum pergi tu, saya sapukan vicks di dada dan belakangnya agar dia rasa selesa dari batuknya.. buatlah apa yang termampu untuk dia sembuh kan..

bila uwais dah meragam macam tu, umminya dah hilang fokus nak main bowling ..main-main juga.. bila time nak baling bola tu, diorang tolong dukung uwais, nangis2lah..cepat2 saya baling..akhirnya ke longkang yang banyak..cume 2 kali je spare! huhu.. (nk coverlah ni..padahal memang tak teror pun main..keh3x)

gambar: bowling court, muhtar mall

Last bila abinya dah selesai 2 set permainan, abinya bawa uwais main dekat luar court bowling.. main mainan musical bergerak(ye ker namanya saya pun tak sure..hehe) alhamdulillah terus moodnya baik..gembira sangat sampai tak nak turun darinya..

gambar: uwais seronok bermain

gambar: khusyuknya dia..baru baik mood!

gambar: bersama abg Khairi yg rajin melayannya..teringat kat abg faheem..

Dan bila tamat bowling ( lama menunggu para wanita habiskan set) kami semua pulang..

gambar: pasukan wanita

gambar: pasukan muslimin

sebelum keluar dari mall tu, saya dan hubby singgah ke Maktabah Muhtar mall di level bawah untuk mencari sesuatu buat si kecil kami.. memang dah lama saya nak carikannya mainan ni...survey di sweileh gharbi semuanya besar2 belaka, tak berapa sesuai dengan umurnya... so, dah alang2 ke Muhtar mall ni, kami carilah di sini.. dan kebetulan semalam 23 mac genap umurnya setahun 3 bulan (sbb kebetulan saja-takkan nak bg present tiap2 bulan..huhu) kira presentnya lah tu.. lagipun saya fikir sesuailah bagi dia main benda tu sebabnya dia kalau di rumah takde mainan sangat, habis semua barang rumah dipunggahnya... Uwais pun happy sampai bangun je tidur tadi terus ke kete mainannya..padahal masih mengantuk..

Gambar: kete Bomba Uwais

Gambar: menguap..masih mengantuk..tapi nak main..huhu

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

* Hanin, ummi dah balas tag kamu! ;) *

8 comments:

ahl mujahideen wa syuhadaa' said...

hahaha, gambar last tu paling best. sah pasni kemaruk main kete bomba tu! hehe

Unknown said...

sekejap je tu tadi.. tgh tak berapa sehat lg kan.. kita tengok jelah nanti..hehe

Ilyana Ar Razi said...

best best :)

nsmujahidahnmnor said...

wahh.smgt maennn

INSPIRASIHANA said...

Seronoknya aktiviti kat sana...penuh dengan pengisisan..betulkan..bila kita ade kat luar dari negara sendiri..lebih banyak aktiviti jamaah dapat disertai......seronok sangat...rasa macam nak berhijrah juga....hehe....ape pun...selamat meneruskan perjuangan...doakan hana terus jadi isteri yang solehah dan ibu yang mithali yer.....bila balik malaysia???(",)

Unknown said...

salam

Amzar to Kak Nik:
uwais memang sentiasa bersemangat!! hehe

Ummu uwais to Hana:
Alhamdulillah... memang ini yg kita nak cari pun..pengisian untuk jiwa.. :)
insyaAllah, sama2lah kita berdoa dan berusaha untuk ke arah mulia itu!
InsyaAllah thn depan kami balik Malaysia!!

Ain Allen said...

kete bomba mahal tu.. lalu hujan lagi.. amu bawak lagi ha.. hehe.. tp betul sungguh.. minggu tu kite sangat pack dgn aktiviti2..huhu~ minggu ni amacam?? :p

Unknown said...

Ude@Ain,
itulah..mahal sungguh tuh! redah hujan lg!

minggu ni?? huh macam biasalah.. still pack.. kelas liqa', erobik..klas masak???, program launch kempen selawat nabi lg..huhu..
best2x!!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”