Sunday, March 8, 2009

Salam Maulud Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum wrt...

صلى الله على محمد صلى الله عليه وسلم


Esok Persatuan Pelajar Malaysia Amman (PPMA) Jordan akan mengadakan satu program bersempena Maulud Nabi SAW dengan pengisian forum bertajuk "Masihkah Aku Umatmu?" oleh ahli panel Ust Syed Hilmi dan Ust Mus'ab Omar Tabi'e bertempat di rumah Ustaz Shahrul. Mari semua Warga Malaysia Sweileh kita mengambil kesempatan sebagai pengisian manfaat untuk diri kita disamping mengeratkan silaturrahim antara kita..insyaAllah...

Saya ada terbaca satu artikel tentang "Penilaian Semula Tarikh Kelahiran Dan Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W." dari web darulkautsar yang menerangkan tentang khilaf tarikh sebenar maulud dan wafatnya Nabi kita Muhammad SAW.. sila baca di sini... moga ada manfaatnya...



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRAASUL 1430 H
Mari CONTOHI BAGINDA DAN IKUTI SUNNAHNYA..

Marilah kita bersama-sama berselawat kpd junjungn Nabi kita Muhammad S.A.W tanda kita menyayangi baginda selaku umatnya dan mudah2an kita mendapat syafaat daripadanya di Akhirat kelak, amin Ya rabbalalamin.. =)


Hijjaz - Selawat Nabi - Allahummasolli.mp3 - Hijjaz

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”