Monday, March 30, 2009

Mereka Ber'spec' pula..

Assalamu'alaikum wrt...
Entry saja-saja... entry bergambar jer...

"apakah persamaan pada gambar di atas?"
Kalau betul, anda memang bijak!! hehe


gambar: abi dan uwais..


Gambar: Uwais dan Ummi

"agak2nya..siapa lagi banyak mirip muka uwais ikut?" ;)

Saturday, March 28, 2009

BETAPA PENTINGNYA SOLAT ISTIKHARAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN KITA

Sumber: Email dari seorang teman

April 27, 2007, 10:17 am
Filed under: Ibadah & Koleksi Doa

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran.
Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud..


Kisah-2


Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.


Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan

Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah,

Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.


Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

• Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.

• Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”

• Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

• Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

• Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Friday, March 27, 2009

~Kempen Selawat Nabi SAW~Ziarah Mahabbah~

Salam 'alaik abadan abada...

Alhamdulillah...

CERITA PPMAj
Lebih kurang Pada pukul 2.30pm tadi hingga 4.15pm berlangsungnya satu Kempen Selawat ke atas nabi Muhammad SAW yang dianjurkan oleh barisan AJK PPMAj... sederhana tapi cukup bermakna!insyaAllah

Sesi Acara bermula dengan ucapan alualuan tuan pengerusi majlis dan ucapan pengarah program, Ustaz Nuh dan di teruskan dengan satu pengisian tazkirah oleh Ustaz Muhyeddin.

Agenda terakhir Pelancaran kempen tersebut dan perasmian Blog PPMAj terkini oleh Mr President Ustaz Khairi... seterusnya sebelum jamuan ringan kami semua berdiri dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW... Alhamdulillah moga-moga kita semua praktiskan bersama sentiasa berselawat ini dan menjadikan salah satu rutin harian kita..insyaAllah!

Gambar: Ustaz Nuh sedang berucap

Gambar: Ustaz Muhyeddin sedang memberi Tazkirah

Gambar: Ustaz Khairi melancarkan kempen dan perasmian blog PPMAj


Gambar: Muslimin yang hadir bangun berselawat ke atas Nabi SAW


Gambar: Akhawat berselawat bersama

Gambar: berselawat bersama

Si Kecil Hanin tetiba buat kejutan..nape hanin..?

*****************************************
CERITA UMMI
agenda yang tidak dirancang~
Kemudian pada petang selepas solat asar, saya bersama Ain, Ara dan K.Pah berpakat untuk ke rumah K.Ina untuk menziarah beliau dan anaknya Munsief yang diberitahu masih belum pulih sepenuhnya dari virus batuk dan selsema...(memang musim sekarang ni)kerana memandangkan tiada waktu sebelum ini...

Setibanya kami di rumahnya, kelihatan si kecil Munsief sedang merengek.. Kak Ina pula kelihatan kurang sehat juga. Moga kalian cepat sehat! syafakumullah syifaan 'ajilan.

gambar: Munsief yang masih selsema

Gambar: K.Pah memujuk Munsief, akhirnya terukir senyuman manisnya..Sehhah2x!


Gambar: sesekali berjumpa, gembira mereka!


gambar:pulang dari rumah k.ina


gambar: sempat bergambar sebelum ke rumah K.Ina :)

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

sumber: email yahoogroups

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.



Tuesday, March 24, 2009

Ratu Balqis tunduk kepada Nabi Sulaiman


SELESAI membangunkan Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tidak ada ketika dipanggil.

Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: “Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan...”

Firman Allah, bermaksud: “Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.

“Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah...”

Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis.

Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: “Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?

“Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.

“Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga.”

Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman.

Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis.

Nabi Sulaiman juga memerintahkan Ifrit supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: “Seperti inikah singgahsanamu? Dijawab Ratu Balqis: “Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku?

Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu,
dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.

“Berkatalah Sulaiman; sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca. Berkatalah Balqis; Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam.”

Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.

Demikian kisah Sulaiman dengan tenteranya terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa.

Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.

Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai
yang memakan tongkatnya.

“Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.”

(sumber dari:Dakwah2u.blogspot)

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi

(sumber dari salah satu email yang saya terima hari ini)

Disampaikan oleh seorang sahabat.....
Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dia nak carik jalan untuk serang cara lain. tapi. .. Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!

kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ?

Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies, pls stop drinking & buying coke & pepsi.
Allahuakbar!

SOKONG PRODUK TEMPATAN, DIJAMIN HALAL, TOYYIB DAN BERKUALITI !!!!




*(saya adalah ahli berdaftar produk HPA :))sebelum kembali semula ke bumi urdun ni thn lepas, sempatlah saya rasa air cola sarsi HPA ni..memang Best!!!malah ada herba untuk kesihatan lagi!*

~Minggu ini~

Salam 'alayk abadan...

Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah...:)

Minggu ni minggu yang sangat full saya rasa... banyak aktiviti yang saya sertai bersama sahabat2 dan adik2 di bumi Sweileh ini... Aktiviti keluarga dan jugak aktiviti2 Persatuan Pelajar di sini...
saya kata pada seorang sahabat saya, huh minggu ni busy betul kita kan? banyak aktiviti! terasa masa zaman2 belajar di uia dulu... kadang2 tak lekat di bilik, ada saja aktiviti persatuan yg disertai..heh.. (tp taklah busy sgt2..:p)


Cerita Ummi
Bermula hari khamis lepas, saya dan keluarga berjalan2 sekitar Sweileh ni, amik angin sambil bawa uwais jalan2 bersama abinya..(sebelum ni sgt busy untuk imtihannya),

gambar:uwais dan abinya

Hari berikutnya hari Sabtu, ada 2 aktiviti saya ikuti.. pada pagi pukul 10 hingga 12pm, ke kelas Liqa' Tafaqquh.. then balik umah jap, pergi ke Kelas Erobik lak yg dikendalikan kedua-duanya oleh persatuan. Marwah pengajar kami..heh. Kelas Erobik ni khas untuk para wanita @ ibu2 saja ye.. hiiii.. badan pun mahu rasa cergas dan sehat kan.. baru ada tenaga dan daya nak buat keje2 di rumah..jaga anak2..heheh..
gambar:kelas liqa' tafaqquh-bahagian sirah

Dan pada hari ahad lepas kami sekeluarga ke rumah Ustaz Syed Hilmi dan K.pah. ziarah mahabbah kiranya... mereka baru 2 bulan rasanya sampai di sini.. hari ini baru saya berkesempatan menziarah ke rumah mereka..sebelum ini jumpa di program2 je. Kak Pah sekeluarga menjamu kami mee@bihun sup.lazizah... (mmg peminat sup!) datang bersama ziarah Ara dan Suami, Marwah sekeluarga dan juga Ain dan suami.. seronok sesekala bersua muka..banyak cerita dikongsi bersama.. :)

gambar: kunjungan bersama ke rumah K.Pah(kanan sekali)

Malam tadi PPMAj sekali lagi membuat satu aktiviti luar bersama.. main Bowling!! huh..minat betul saya..(walaupun tak reti sangat main..:p) Kami bermain di Muhtar Mall pada kul 7pm hingga selesai set pusingan. saja release2 tension @ rehat2 minda kata Mr Presidennya.. biar sume orang gembira..!

gambar: uwais, hanin dan nisrin

gambar: suka betul dia dengan abg khairi..


gambar: uwais dan abi before bowling start

gambar: trio nasyid wanita sweileh..opps..before berentap..heh


Cerita Uwais
Nak citenya hal uwais ni.. masa awal sampai di Muhtar mall, riang je dia..tetiba game baru bermula..dia dah rasa rimas dan tak selesa..panas..tuan punya bowling pasang heater rasanya..kami pun yang dewasa rasa tak selesa, bahang tetiba manakan si kecil ni..saya buka sume bajunya tinggal sehelai... duduk kat bahagian bola bowling tu yang ada sedikit angin kuar darinya..rasa comfort sikit uwais..(uwais ni masih tak sihat betul2 lagi..virus 'flu and caugh' nya masih bermaharajalela..si ubat klavar dan air Chemomile (babunaj) lum berjaya melawan 2 virus tu! Tapi Allah jua yang kuasa penyembuh kan..:) sebelum pergi tu, saya sapukan vicks di dada dan belakangnya agar dia rasa selesa dari batuknya.. buatlah apa yang termampu untuk dia sembuh kan..

bila uwais dah meragam macam tu, umminya dah hilang fokus nak main bowling ..main-main juga.. bila time nak baling bola tu, diorang tolong dukung uwais, nangis2lah..cepat2 saya baling..akhirnya ke longkang yang banyak..cume 2 kali je spare! huhu.. (nk coverlah ni..padahal memang tak teror pun main..keh3x)

gambar: bowling court, muhtar mall

Last bila abinya dah selesai 2 set permainan, abinya bawa uwais main dekat luar court bowling.. main mainan musical bergerak(ye ker namanya saya pun tak sure..hehe) alhamdulillah terus moodnya baik..gembira sangat sampai tak nak turun darinya..

gambar: uwais seronok bermain

gambar: khusyuknya dia..baru baik mood!

gambar: bersama abg Khairi yg rajin melayannya..teringat kat abg faheem..

Dan bila tamat bowling ( lama menunggu para wanita habiskan set) kami semua pulang..

gambar: pasukan wanita

gambar: pasukan muslimin

sebelum keluar dari mall tu, saya dan hubby singgah ke Maktabah Muhtar mall di level bawah untuk mencari sesuatu buat si kecil kami.. memang dah lama saya nak carikannya mainan ni...survey di sweileh gharbi semuanya besar2 belaka, tak berapa sesuai dengan umurnya... so, dah alang2 ke Muhtar mall ni, kami carilah di sini.. dan kebetulan semalam 23 mac genap umurnya setahun 3 bulan (sbb kebetulan saja-takkan nak bg present tiap2 bulan..huhu) kira presentnya lah tu.. lagipun saya fikir sesuailah bagi dia main benda tu sebabnya dia kalau di rumah takde mainan sangat, habis semua barang rumah dipunggahnya... Uwais pun happy sampai bangun je tidur tadi terus ke kete mainannya..padahal masih mengantuk..

Gambar: kete Bomba Uwais

Gambar: menguap..masih mengantuk..tapi nak main..huhu

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

* Hanin, ummi dah balas tag kamu! ;) *

Sunday, March 22, 2009

Sabar


hari-harii
sering terpapar dalam berita
peristiwa ngeri
menyayat hati
apa yang berlaku kini
tak dpt ku mengerti
kita sering sakit menyakiti
ego bertembung
masing2 sombong
amaran kian memuncak
meracun durjana
meresap ke jiwa
kabur mata dan minda
tertutup pintu hati mu budi bicara
hati ke hati

dalam perjalanan
hidup ini penuh pancaroba
kita diuji dan di duga tak mengira masa
hidup perlu kesabaran
menempuhi berbagai dugaan
salah dan silap
harus kita maaf memaafkan

mengapa harus terjadi
manusia membawa sengsara
apa sudah kah terlupa
kita dijadikan khalifa dunia
mengapa harus begini
kita semua hamba ilahi
kasih antara kita
amanah dari yang maha esa

sampai bila kah harus kita semua terima
kian ramai menjadi mangsa keganasan manusia
sampai bilakah bila
ketakutan melanda
kita terkurung dalam penjara larangan
mereka bina sekeliling kita
tiada lagi hari kita di muka bumi
tanpa waspada
ku berlindung pada Allah maha esa
selamatkan la hamba ini

yang sering terjadi
perasaan menjadi pedoman
kemana pergi keimanan damai kepadamu
kita tak punya kuasa menentukan siapa yang benar
kan tiba masanya pengadilan seluruh insan

By: Kumpulan nasyid Saujana

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati (link)


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan kesalahan yang dilakukan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara- perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat."

Wassalam

Saturday, March 21, 2009

Kelas Liqa' Tafaqquh-PPMAj

assalamu'alaikum wrt...

alhamdulillah selesai sudah 2 sesi kelas Liqa' tafaqquh anjuran PPMAj 2 minggu ni.. tapi ini baru muqaddimah atau pengenalan kelas je...

Terima kasih kepada pihak PPMAj kerana sedia anjurkan majlis ilmiah seperti ini buat kami khususnya para ibu dan isteri di bumi Amman ini.. dan amnya seluruh warga Melayu Amman.. :)
sekurang2nya dapat juga pengisian ilmu islami dan pemantapan jiwa rohani kami melalui sesi2 kelas ilmu ini...

kelas liqa' Tafaqquh ini bersesikan 4 madah : Tafsir-Hadith-Sirah-Fiqh.


Penyampai2nya daripada:
Ustaz Muhaimin - Tafsir
Ustaz Yusrizal - Hadith
Ustaz Mus'ab - Sirah
Ustaz Mujahid - Fiqh

Moga saya dan sahabat2 terus istiqamah dalam memenuhi kelas ilmu ini... :)

Syabas PPMAj!

Friday, March 20, 2009

Fadhilat surah Al Mulk

Mukaddimah Surah al-Mulk

1. Dinamakan sebagai surah al-Mulk berdasarkan lafaz ayat yang pertama di dalam surah ini الْمُلْكُ yang bermaksud Kerajaan . Telah disebutkan di dalam hadis yang bersanad hasan bahawa Nabi saw juga telah menamai surah ini sebagai surah al-Mulk. Ia juga dinamai sebagai surah الْمُلْكُ تَبَارَكَ yang bermaksud Keagungan Kerajaan Allah swt .

2. Dinamakan juga sebagai al-Waqiyah (yang mempertahankan) dan al-Munjiyah (yang menolong dan menyelamat) kerana surah ini akan mempertahankan, membela dan menolong bagi orang yang membacanya daripada terkena azab kubur.

3. Juga dinamai sebagai surah al-Mana`ah ( yang menegah ) daripada terkena azab kubur.

4. Jumlah ayat surah ini sebanyak tiga puluh ayat mengikut kebanyakkan ulama dan tiga puluh satu ayat mengikut ulama Hijjaz. Akan tetapi kata Imam al-Jasos daripada mazhab Hanafi, telah sepakat dikalangan ulama-ulama al-Quran bahawasanya surah ini mempunyai tiga puluh ayat sahaja. Katanya lagi sekiranya ada pendapat mengatakan ayatnya berjumlah tiga puluh satu ayat maka pendapat ini telah bersalahan dengan hadis Nabi saw. Wa Allahu `Alam.

5. Kata Ibnu Abbas r.huma, “Surah al-Mulk telah diturunkan di Mekah”, maka oleh itu surah ini termasuk surah Makkiyah, yakni surah yang diturunkan di Mekah sebelum hijrah. Katanya lagi, “Telah diturunkan surah Tabarokal Mulk kepada penduduk Mekah kecuali pada tiga ayat”. Pendapat ini adalah yang telah disepati oleh semua ulama. Tiga ayat yang dimaksudkan masih dalam khilaf (perselisihan) pendapat di kalangan ulama dan ia diturunkan di Madinah.

6. Surah ini adalah surah yang ke tujuh puluh enam mengikut tertib penurunkan surah-surah al-Quran dan dikatakan surah ini turun setelah turunkan surah al-Mukminun dan sebelum diturunkan surah al-Haqqah. Ada juga pendapat mengatakan surah ini diturunkan selepas surah at-Thur sebelum surah al-Haqqah.

7. Diriwayatkan surah ini diturunkan sekalugus kepada Nabi saw. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Marduwiyah daripada Abu Hurairah r.hu, bahawasanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda,

أنزلت عليّ سورة تبارك وهي ثلاثون آية جملة واحدة « وقال : » هي المانعة في القبور
Maksudnya : “Telah diturunkan kepadaku surah Tabarok dan ia terdiri daripada tiga puluh ayat dan diturunkan secara sekaligus. Sabda baginda lagi, Surah ini merupakan menegah dan menyelamatkan (siksa)di dalam kubur”.

Kelebihan / Fadhilat Surah al-Mulk

1. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu majah, Ibnu Durais, al-Hakim dan ia mengatakan sahih, Ibnu Marduwiyah dan al-Baihaqi, daripada Abi Hurairah r.hu, dia berkata, telah bersabda Rasulullah saw,

إِنَّ سُورَةً مِنْ الْقُرْآنِ ثَلَاثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ وَهِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Maksudnya : Sesungguhnya di dalam al-Quran terdapat satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, yang mana ia akan dapat memberi syafaat bagi seseorang (yang rajin membacanya), sehingga ia mendapat keampunan, dan ia adalah surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ .
Lafaz hadis ini daripada at-Tirmizi dengan sanad hasan. Telah berkata al-Hakim, “hadis ini sahih”.

2. Dalam hadis lain disebutkan, daripada Anas b. Malik, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud,“Ada satu surah di dalam al-Quran yang akan membela pembacanya sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga, iaitu surah تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ . Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani dan Ibnu Marduwiyah.

3. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa telah terdapat daripada kalangan sahabat Nabi saw yang membuat khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan tidaklah ia mengatahui bahawa tempat itu merupakan tanah perkuburan. Kemudian ia menyedari bahawa tempat itu adalah sebuah tanah perkuburan lalu ia telah mendengar seseorang membaca surah al-Mulk sehingga habis, Kemudia ia datang berjumpa Nabi saw dan bertanya, wahai Rasulullah, aku telah memasang khemah di sebuah tempat di tanah perkuburan dan sedangkan aku tidak mengetahui bahawa disitu adalah sebuah tanah perkuburan, tiba-tiba aku terdengar di didalam tanah kubur itu seseorang yang membaca surah al-Mulk sehingga habis. Maka jawap Rasulullah saw dengan sabdanya,

هِيَ الْمَانِعَةُ هِيَ الْمُنْجِيَةُ تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِMaksudnya : “Itulah ia surah yang menegah dan yang menyelamat, yang menelamatkan pembacanya daripada siksa kubur”.
Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Abdur Razzaq, at-Thorani dan al-Baihaqi. Kata at-Tirmizi, “hadis ini bersanad hasan ghorib”.

4. Daripada Ibnu Abbas r.huma, dia mengatakan bahawa Rasulullah saw telah bersabda,
لَوَدِدْتُ أَنَّهَا فِي قَلْبِ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْ أُمَّتِي يَعْنِي: "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ"Maksudnya : “Sesungguhnya aku menginginkan agar surah ini berada di dalam hati (dihafal) setiap manusia daripada kalangan umatku”. Hadis yang diriwayatkan oleh at-Thobrani, al-Baihaqi, Abdu bin Hamid dengan sanad dhoif (lemah).

5. Disebutkan hadis riwayatkan at-Thobrani, Ibnu Marduwiyah dengan sanad yang baik daripada Ibnu Mas`ud r.ha, katanya : “Barangsiapa yang membaca surah ini pada waktu malam, maka sesungguhnya ia telah melakukan dan mendapat kebaikan yang banyak”.

6. Disebutkan oleh hadis riwayat `Abdur Razzaq daripada Ibnu Mas`ud r.hu, dia berkata : “Adapun Nabi saw membaca dalam solat jumaat dengan surah al-Jumu`ah dan al-`Ala dan di dalam solat subuh pada hari jumaat dengan surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

7. Sabda Nabi saw,

إني لأجد في كتاب الله سورة هي ثلاثون آية من قرأها عند نومه كتب له منها ثلاثون حسنة ، ومحي عنه ثلاثون سيئة ، ورفع له ثلاثون درجة ، وبعث الله إليه ملكاً من الملائكة ليبسط عليه جناحه ويحفظه من كل شيء حتى يستيقظ ، وهي المجادلة تجادل عن صاحبها في القبر ، وهي"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ"

Maksudnya : “Sesungguhnya aku telah mendapati di dalam Kitabullah ada satu surah yang mempunyai tiga puluh ayat, barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, akan dituliskan baginya tiga puluh ganjaran kebaikan, dan akan menghapuskan tiga puluh kejahatan, dan mengangkat tiga puluh darjat, dan akan diutuskan oleh Allah swt kepadanya seorang Malaikat yang akan menghamparkan sayap-sayapnya dan menjaga orang yang membacanya tadi sampai ia bangun, dan surah ini akan melindungi dan menjaga orang yang membacanya daripada terkena siksa di dalam kubur, dan itulah ia surah "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" . Hadis riwayat ad-Dailami daripada Ibnu Abbas r.huma.

8. Sabda Nabi saw lagi,

دخل رجل الجنة بشفاعة سورة من القرآن ، وما هي إلا ثلاثون آية تنجيه من عذاب القبر"تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ".

Maksudnya : “Seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga disebabkan syafaat daripada sesuatu surah al-Quran, dan tidaklah yang dapat memberi syafaat itu melainkan tiga puluh ayat yang telah melindungi daripada azab kubur. Hadis riwayat Ibnu Marduwiyah.

9. Sabdanya lagi,

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقرأ { ألم تنزيل } السجدة و "تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ" كل ليلة لا يدعها في سفر ولا حضر .Maksudnya : “Bahawasanya Nabi saw lazimnya membaca surah as-Sajdah dan Tabarokal..( al-Mulk) pada setiap malam, dan tidaklah ia meninggalkan membacanya sama ada sedang bermusafir atau tidak”. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Mardawiyah daripada `Aisyah r.ha. Hadis ini juga oleh Abi Na`im daripada Jabir r.hu, katanya : “Adalah baginda Nabi saw tidak akan tidur sehinggalah baginda membaca surah as-Sajdah dan al-Mulk”.

10. Disebutkan di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq, hadith daripada sanad ahli bait (keturunan Nabi saw), daripada Ali r.hu, telah bersabda Nabi saw :

من قالهن عند وفاته دخل الجنة: لا إله إلا الله الحكيم الكريم ثلاث مرات, الحمد لله رب العالمين ثلاث مرات ,تبارك الذي بيده الملك يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير.

Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca ayat (lafaz-lafaz) ini sewaktu hendak wafat, (maka) ia akan dimasukkan ke dalam syurga, Tiada Tuhan Melainkan Allah, Yang Maha Lembut lagi Maha Mulia sebanyak tiga kali, Segala Pujian hanya bagi Allah Tuhan sekalian alam sebanyak tiga kali, Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala Kerajaan, Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

11. Disebutkan juga di dalam kitab Mukhtasor tarikh Damsyiq :

كان عيسى بن مريم إذا أراد أن يحيي الموتى صلى ركعتن يقرأ في الأولى " تبارك الذي بيده الملك " وفق الثانية " تنزيل " السجدة، فإذا فرغ مدح الله وأثنى عليه ثم دعا بسبعة أسماء: يا قديم! يا حي! يا دائم! يا فرد! يا وتر! يا أحد! يا صمد! قال البيهقي: ليس هذا بالقوي.

Maksudnya : Adapun Nabi `Isa bin Maryam, apabila ia menghendaki untuk menghidupkan seseorang yang telah mati, (maka) baginda solat dua rakaat, pada rakaat pertama baginda membaca surah al-Mulk dan pada rakaat kedua baginda membaca surah as-Sajdah. Setelah selesai, baginda memuji dan menyanjung Allah swt dengan tujuh nama : Wahai Yang Maha Dahulu Wujud, Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Berterusan dengan Sifat-SifatNya, Wahai Yang Maha Tunggal, Wahai Yang Maha Ganjil, Wahai Yang Maha Esa, Wahai Yang Maha Kekal Abadi. Kata Imam al-Baihaqi, sanad hadis ini tidak kuat. Wa Allahu `Alam.

12. Daripada dalil-dalil hadist di atas menunjukkan bahawa, seseorang yang sentiasa membaca surah ini akan dilindungi daripada azab kubur disebabkan berkah dan syafaat yang telah ditentukan Allah swt akan keistimewaan surah ini. Dengan berkah membaca surah ini juga dosa-dosa akan diampunkan Allah swt. Wa Allhu `Alam.

13. Disebutkan dalam kitab Fiqh mazhab as-Syafie (I`anatul Tholibin, Syarah al-Manhaj, al-Mughni), disunatkan untuk membaca surah al-Mulk setelah selesai membaca doa hilal setelah melihat hilal (bulan), doanya berbunyi begini :

الله أكبر، اللهم أهله علينا بالامن والايمان، والسلام والاسلام، والتوفيق لما تحبه وترضاه. ربنا وربك الله. هلال خير ورشد - مرتين - آمنت بمن خلقك - ثلاث مرات - ويسن أن يقرأ بعد ذلك سورة تبارك.

Maksudnya : Allah Maha Besar, Ya Allah selesaikan (urusan-urusan) kepada kami dengan kurniaan keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam, dan petunjuk kepada Engkau cintai dan Engkau redhai. Wahai Tuhan kami, dan Tuhan Kamu adalah Allah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad, ad-Darimi, at-Thorani, Ibnu Abi Syaibah, `Abdur Razzaq, Abu Ya`li dan Ibnu Hibban dengan sanad sahih. Kemudian membaca doa ini dua kali, “Hilal adalah sesuatu yang baik dan memberi petunjuk”, kemudian membaca doa ini sebanyak tiga kali, “aku beriman dengan Dia (Allah) yang telah menciptakan engkau. Kemudian membaca surah al-Mulk. Kata as-Subki (ulama mazhab as-Syafie), dibaca surah a-Mulk kerana surah ini mengandungi tiga puluh ayat dan dikaitkan dengan jumlah hari di dalam satu bulan. Dan dikatakan juga bahawa sakinah (ketenangan) turun sewaktu membacanya.

Wa Allahu `Alam.

Thursday, March 19, 2009

Definisi Sahabat Rasulullah SAW

Assalamu'alaikum wrt...

saya masukkan entri ini sebagai mencari jawapan kepada persoalan Ustaz Yusrizal yang mana pada sesi Liqa' Tafaqquh yg dikendalikan oleh pihak PPMAJ sabtu minggu lalu mengenai siapa yang dikatakan sebagai Sahabat Nabi Muhammad SAW..

lalu saya membuat sedikit assignment dan mencari jawapannya.. search di Internet dan terjumpa satu artikel ini... Jom kita baca! :) wallahua'lam!

***************************************************

~Definisi Sahabat~


Sahaabah adalah bentuk jama' (mejemuk) dari shahib atau shahabi. Dan definisi shahabi adalah orang yang berjumpa dengan Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam dalam keadaan beriman kepadanya, dan mati atas (keyakinan) itu. Imam Bukhari Rahimahullah berkata, “Barangsiapa yang mendampingi Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam, atau melihatnya dari kalangan kaum muslimin, maka dia dikategorikan Sahabatnya.“

Maksudnya, bahwa kata shahbah (persahabat-an) mengandung makna yang khusus dan makna umum. Dipandang dari makna umum, maka mencakup setiap orang yang melihat Nabi Alaihi Sholatu Wassalam dalam keadaan beriman kepadanya dikatakan Sahabat. Oleh karena itu dikatakan Shuhbah atau persahabatan (selama) satu tahun, satu bulan, sejam dan lainnya. Sahabat yang mendapat keistimewaan dengan jenis persahabatan tertentu maka dia disifati dengan jenis persahabatan tersebut, dan tidak disifatkan kepada orang yang tidak memiliki keistimewaan tersebut.

Sebagian ulama mengatakan : “Setiap orang yang pernah mendampingi Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam, maka dia lebih mulia dari orang yang sama sekali belum pernah mendampingi beliau. Karena dengan persahabatan itu dia telah mendapatkan kedudukan, yang tidak dicapai oleh selain mereka dengan ilmu dan amalnya. Tidak ada seorangpun yang bisa mencapai kedudukan yang mereka capai dengan mendampingi (dekat) Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam.

Jumlah Sahabat

Disebutkan bahwa para Sahabat berjumlah 124 ribu orang. Dan Sahabat yang paling terakhir meninggal dunia adalah Abu at-Thufail Amir bin Waatsilah al-Laitsi. Sebagaimana yang ditegaskan oleh imam Muslim, beliau meninggal pada tahun 100H, dan ada yang mengatakan pada tahun 110 H.

(dikutip dari Keutamaan dan Hak-Hak Para Sahabat, Abdullah bin Sholeh Al-Qushair, Cetakan Islamic Da'wah, hal 8-9)

Kedudukan Sahabat di Umat ini

Setelah kedudukan sebagai nabi, tidak ada lagi kedudukan yang lebih tinggi dan lebih mulia dibanding kedudukan suatu kaum yang telah diridhoi Allah Subhanahu Wata'ala untuk mendampingi Nabi Muhamad Alaihi Sholatu Wassalam rasul-Nya yang termulia lagi penutup para nabi, dan untuk menjadi pembela agama-Nya.

Mereka itu adalah sebaik-baik pendamping para nabi dan rasul. Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda:

خير الناس قرني

” Sebaik-baik manusia adalah generasiku”

Oleh karena itu umat ini telah sepakat bahwasanya para Sahabat Rodhiallohu 'Anhu lebih mulia daripada orang-setelah mereka dari umat ini, dalam segi ilmu, amal perbuatan, pembenaran, dan persahabatan dengan Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam. Mereka lebih cepat meraih setiap sifat terpuji. Maka tidak diragukan lagi, bahwa mereka telah mendapatkan tongkat estafet sampai ke tujuan. Mereka telah sampai pada tingkat kemuliaan, kebaikan, ilmu dan seluruh karakter baik, yang tidak pernah dicapai oleh seseorangpun selain mereka.

Karena sesungguhnya bersegeranya mereka dalam beriman kepada Allah, dan Rasul-Nya, berhijrah, membela, berdakwah kepada Allah, berjihad di jalan-Nya, melawan penduduk bumi, dan setia kepada Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam, membenarkan, dan mentaati beliau sebelum tersebar tanda-tanda kenabiannya, dan belum tampak kemajuan dakwahnya, dan sebelum pengikut dan pembela beliau menjadi kuat, disaat jumlah kaum mukmin sedikit, sedang pembohong dan pendusta dari ahli kitab dan Musyrikin banyak jumlahnya. Harta yang mereka nafkahkan, dan jiwa raga yang mereka sumbangkan, demi mencari keridhoan Allah dalam situasi dan kondisi seperti itu, merupakan suatu perkara yang tidak mungkin terjadi pada seorangpun dari umat ini, dan tidak pula semisal ukuran pahalanya. Dalam Kitab Shahiih Bukhari, Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam bersabda :

لا تسبوا أصحابي , فوالذي نفسي بيده لوانفق أحدكم مثل أحد ذهبا مابلغ مد أحدهم وﻻنصيفه

” Janganlah kalian mencela Sahabatku, karena demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalau seseorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, maka nilainya tidak akan mencapai satu mud (segenggam) tangan salah seorang mereka dan tidak juga setengahnya”

Keutamaan dan Keistimewaan Sahabat

Para Sahabat memiliki kelebihan diatas seluruh generasi umat ini dengan terlebih dahulunya mereka masuk Islam, yaitu pada awal munculnya agama ini, berjihad untuk memenangkannya dan menyampaikan kepada umat. Oleh karena itu merekalah orang yang pertama kali beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, sehingga mereka telah beriman disaat Islam dalam kondisi asing, dan berjihad diwaktu susah, berdakwah kepada Allah dengan penuh hikmah, mengorbankan jiwa raga, harta benda, dan bersabar dalam menghadapi permusuhan karib kerabat dan lainnya. Maka berkumpullah pada diri mereka kelebihan dan keutamaan yang banyak serta keistimewaan yang besar, yaitu :

  • Lebih dahulu masuk Islam.
  • Sabar diwaktu susah.
  • Mendampingi Rasulullah Alaihi Sholatu Wassalam.
  • Hijrah dan memberikan perlindungan.
  • Pembelaan dan jihad.
  • Pemimpin dalam Ilmu dan Amal
  • Menyampaikan atau menyebarkan agama Sabar diwaktu susah.

Bukti-bukti keutamaan para Sahabat, dan kelebihan mereka yang besar sangat banyak, diantaranya:

A. Dalil yang tercantum dalam Al-Quran yang mengandung pujian dan sanjungan kepada mereka dengan amal perbuatan yang mulia dan pergaulan yang baik, dan janji kemenangan besar dan kerihoan Rabb yang maha mulia untuk mereka, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

مُحَمَّدٌ رسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدّآءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَآءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِى وُجُوهِهِمْ مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِى الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْئَهُ فَئَازَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزَّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَاللهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ الصَّ'لِحَ'تِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمَا

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang besama diaadalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhoan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam injil, yaitu seperti tanaman mengeluarkan tunasnya, maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya. Tanaman itu menyenagkan hati penanam-penanamnya karena allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang shaleh diantara mereka ampunan dan pahala yang besar.'”(. Al-Fath:29)

“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Anshar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin), dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekali pun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Al-Hasyr:9)

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) diantara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dan Allah menyediakan bagi mereka Surga-surga yang mengalir sungai-sungai didalamnya, mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Itulah kemenengan yang besar.” (At-Taubah:100)

Maka orang-orang yang mendapatkan janji mulia ini, Allah sungguh telah mengetahui bahwa mereka ini tidak akan mungkin keluar dari agama, akan tetapi mereka akan mati diatasnya. Adapun dosa yang mungkin mereka lakukan, sesungguhnya mereka tidak akan terus-menerus melakukannya, akan tetapi mereka diberi taufiq untuk bertaubat darinya. Lalu Allah pun menerima taubat mereka, dikarenakan kejujuran taubat mereka, dan karena mereka mempunyai banyak kebaikan yang bisa menghapus dosa dan kedudukan yang tinggi.

B. Penjelasan tentang kelebihan dan keutamaan mereka yang terdapat dalam Sunnah, seperti sabda Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam:

لا تسبوا أصحابي , فوالذي نفسي بيده لوانفق أحدكم مثل أحد ذهبا مابلغ مد أحدهم وﻻنصيفه لا

“Janganlah kalian mencela Sahabatku, karena demi Dzat yang jiwaku berada ditangan-Nya, kalau seseorang dari kalian menafkahkan emas seperti gunung Uhud, maka nilainya tidak akan mencapai satu mud (segenggam) tangan salah seorang mereka dan tidak juga setengahnya”

Dan sabda beliau Alaihi Sholatu Wassalam:

خير القرون خير القرون قرني الذين بعثت فيهم

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku yang aku diutus ditengah-tengah mereka …” dan seterusnya.

C. Secara umum, setiap sifat-sifat orang takwa, mukmin dan muhsin, yang disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam Al-Quran, dan juga pujian, sanjungan dan janji untuk mendapatkan sanjungan di dunia dan akhirat terhadap mereka, maka Sahabat Rosulullah Alaihi Sholatu Wassalam adalah orang yang pertama, dan paling layak untuk menyandang sifat dan kriteria itu, dan orang yang paling banyak dan paling sempurna untuk memilikinya.

D. Keterangan yang telah mutawatir (riwayat banyak sekali) dalam Kitab dan Sunnah tentang keutamaan, kelebihan, dan keistimewaan mereka, kesaksian bahwa kedudukan mereka yang tinggi, dan sifat yang sempurna. Kesemua itu merupakan perkara yang telah diketahui oleh setia orang dalam perkara agama. Maka tidaklah layak untuk dipertentangkan dengan apa yang dikatakan oleh mereka yang sesat, lagi pembohong dari kalangan Rafidhah, Khawariz, Mu'tazilah serta sebangsanya dan pewaris mereka dalam kesesatan atau kedustaan.


Boleh baca selanjutnya di:

http://www.sohabat.org/

Jadinya, saya membuat kesimpulan bahawa yg dikatakan sahabat Nabi SAW itu mereka yang ada ketika zaman nabi SAW, yg beriman padanya dan mati juga dalam iman kepadanya..walaupun berjumpa sesaat cuma.. erm, kalu kurang tepat jawapan saya, Minta Ustaz Yusrizal jelaskan nnti ye.. :) wallahua'lam!

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”