Sunday, September 5, 2010

Uwais..uwais... br tau seronok juga keluar berdua dengan Abi yer...

Cerita sikit pasal Uwais semalam..

uwais memang selalunya atau kebiasaanya tidak akan mahu mengikut pelawaan abinya untuk jalan bersama (berdua) ke kedai atau ke mana-mana tanpa umminya!

Mula-mula memang dia excited nak ikut, at last bila abi kata jom... dia pun cepat2 cari umi.. katanya..:" umi... jommm..cepattt... jom umiii.." huhu...

" la... umi ada kerja ni... uwais keluar jelah dengan abi.. bukan g mana pun.. pergi kedai bawah je... abi nak bawa uwais main wee..wee.. tu sekali.."

uwais x puas hati dan nangis... nak umi juga ikut sekali... adehlah uwais... camtulah ragam dia kalu abinya ajak dia kuar jap jalan sama... (hehe..sian abi... napa ye abi..? )

Umi pun dapat idea... kata kat abi pakaikan dia kasut spiderman baru dia yang baru kami belikan utk dipakai raya nanti... maybe dia nak..pastu cakap main wee..wee... (mainan di farah park kat hayat Mall seberang rumah). Bukan apa, umi nak dia biasakan diri dan banyakkan masanya bersama abinya juga... x lama lagi dah nak ada adik baru.. x lah asyik nak berkepit dengan umi je...

huh, Alhamdulillah.... teknik tu berjaya juga... dan akhirnya uwais dengan capnya dan kasut barunya, mengikut abi ke Hayat Mall membeli barang dapur yang umi perlukan... :D

yang kelakarnya.. sampai je di rumah semula, terus jumpa umi kat dapur... tunjuk tanda 'Best' dia sambil muka senyum gembira! haha..uwais2... suka umi tengok... ha, baru uwais tahu, seronok keluar dengan abi..?? hehe...

Sebenarnya yang pelik sikit, uwais kalau keluar berdua saja dengan umi, dia x kisah langsung kalau abinya tak ikut... siap salam dan lambai tangan lagi kat abi... tapi time abi je nak bw dia jalan tanpa uminya, memang susah dipujuk suh ikut... mesti ummi kena ikut sekali!! adehhh... aduhai anakku... gitulah ragamnya... ;) macam-macam uwais...

Tapi, yelah.. maybe sebab selama ni pun, memang uwais lah jadi peneman umi keluar ke kedai masa abi tengah busy dengan kuliahnya dan exam serta tesisnya... puasa ni abi banyak habiskan masa di rumah... uwais pun jadi agak manja dengan abinya... ;)

oklah, selamat meneruskan ibadah puasa semua!! :D

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”