Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu
Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desa nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu
Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi
Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang
Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah
*Kuncinya Redha dan Ikhlas benar2 kerana Lillahi Ta'ala... InsyaAllah tulusnya ikhlas itu keranaNya, hati-hati tidak akan kecewa... Malah lebih Tenang dan Gembira... :-) Diriku belajar untuk lebih menerima, kerana ku rasakan lebih bahagia... pengorbanan ini merantau di negara orang, menemani sang suami yang ingin mencapai cita-citanya, moga ianya dalam berkat dan rahmatMu ya Allah... Kerana Kejayaan buatnya jua kejayaan buatku dan kebahagiaanku... *
2 comments:
salam kak ayu, Taqabbalallahu minna waminkum. Mohon maaf segala salah silap kita sepanjang perkenalan. Selamat Hari raya, salam kemenangan..
http://www.zaharuddin.net/content/view/612/72/
take care kak ! sayang selalu !
wslm farah...
samalah akk juga begitu, mohon maaf jika ada salah silap mana2 ye..
syukran atas sharing link :)
take care dik! sayang sokmo... :-)
Post a Comment