Petang semalam abi membawa umi dan abg uwais ke Pameran Buku Antarabangsa yang diadakan di berhampiran pejabat Kementerian Luar Jordan. Kami hanya mengambil bas (coaster) dari Sweileh dan terus ke sana. Jalannya menuju ke arah lapangan terbang jordan (Queen Alia International Airport).
Banyak jugalah kitab2 @ buku2 yang dijual di pelbagai booth dari negara-negara yang mengambil bahagian antaranya Arab Saudi, Mesir, Syria dan Jordan sendiri. Buku2 dan Kitab2 termasuk untuk untuk dewasa dan juga kanak-kanak. Ma'rad ni dibuka pada 22 September hingga 1 Oktober ni.
Abi mencari buku-bukunya dan Uwais juga dapat set kayu ABC nye dan sehelai poster untuknya belajar huruf-huruf Hija-iyyah ;) umi ingatkan nak carilah juga buku masakan tapi tiada yang ditranslate ke bahasa inggeris. Kebanyakannya dalam Bahasa Arab. Cume ada satu umi jumpa, tapi buku tu umi dah ada dalam koleksi umi..huhu.. Akhirnya umi cuma dapat cari buku pilihan nama-nama anak arab. :D Ketika tiba di Booth Arab Saudi, kami diberikan Terjemahan Al-Qur'an ke dalam Bahasa Melayu (indonesia). :-) Yang pengunjung Arab sendiri mereka berikan Al-Qur'an yang size besar.
Umi x boleh nak pusing semua booth, tengah sarat2 ni, x larat pula nak jalan banyak tempat. Itu pun umi dah rasa cam nak patah pinggang..huhu.. Kandungan umi pun dah masuk 33 minggu.. menghitung hari jelah.. ;) Pulang dari ma'rad tu, kami menaiki coaster percuma yang disediakan khusus untuk pengunjung pergi dan pulang dari Jami'ah Urduniyyah. Then ambil coaster biasa terus ke Sweileh.
hehe..ni gambar abg uwais petang tadi di Hayat Mall (Farah park) dengan baju melayunya naik kuda ;) dia pun boring tiada kawan duduk kat rumah..umi bawanya jalan jap..
Note: Dikesempatan ini, umi mohon doa sahabat2 semua agar kelahiran anakanda ke-2 ni nanti dipermudahkan dan selamat sihat semuanya..amiin..
No comments:
Post a Comment