Sunday, May 30, 2010

Tentangnya...

Anakanda, Uwais pada hari Jumaat lepas (28Mei) demam panas (hampir cecah 40'c suhu badannya!) Umi mula rasa panasnya pada sebelah petang sehari sebelumnya ketika umi dan sahabat2 umi yg lain sedang sibuk masak-memasak untuk jamuan program AGM PPMAj.. Ketika tu belum panas sangat, abi cuma sapukan air asam jawa pada kepala dan badannya sebagai langkah awal bagi surutkan panasnya. Dan pada tengah malamnya, baru umi masukkan ubat Tahmil pada uwais. Walaupun demam agak panas, Uwais tidak pula merengek-rengek..cuma terbaring lesu.. dan kata pada umi.. nak tido..

Malam tu umi tak dapat tidur dengan lena. Begitu juga Uwais. Kejap2 dia terjaga mahu umi peluknya.. Hati seorang ibu yg telah melahirkannya, memang sayu hati tengok anakanda berkeadaan begitu.. Umi terus-terusan berdoa agar panasnya surut sok pagi.. namun, keesokannya panasnya masih tak surut, umi dan abi ambil keputusan untuk membawanya berjumpa doktor di Klinik 24 jam berdekatan rumah. Ketika tu pukul 7am lebih iaitu sebelum kami mahu hadiri majlis AGM PPMAj. Namun, doktor tidak buka2 pintu setelah abi tekan loceng banyak kali. Klinik lain x buka lagi. Kami tawakal dulu, terus ke majlis tersebut yg diadakan di rumah bayt Ma'arij. Ketika program berjalan, uwais terbaring saja, tak merengek dan kata nak tido.. Mama bawakan ubat tahmil dan temperature test. Masa tu suhunya dah 38 lebih!

Program habis sebelum solat jumaat. Seusai solat, umi dan abi bawanya terus berjumpa doktor di klinik tersebut. Alhamdulillah doktor ada. selepas buat pemeriksaan, suhunya meningkat lagi 39.8'c! Doktor bagi 2 suntikan di punggungnya. Oleh sebab uwais ada sedikit batuk, dan nafasnya berbunyi, doktor bagi ubat sedut (umi xtau namanya..huhu). Terakhir, Doktor masukkan air di dalam badannya agar suhunya turun. Syukur Alhamdulillah suhunya terus turun ke 37.5'c. Tapi Uwais tetap nampak lesu dan agak penat.. yang jadi umi berair mata tetiba apabila doktor cucuk 2x kali di tangannya sebelum dapat cari urat untuk masukkan air tersebut..huhu.. saat tu, umi terasa sangat pilu.. dengar uwais ngadu sakit... tapi umi dan abi tenangkannya.. Alhamdulillah tak nangis.. anta batol, doktor kata.. Masa tu umi terkenangkan ada ibu bapa yg mempunyai anak yang terlantar di hospital, sakit... oh, umi dapat rasa sebaknya hati mereka..malah lagi sebak dari apa yg umi rasa waktu ni.. Hati seorang ibu... hanya yg pernah laluinya benar2 rasakannya...



Alhamdulillah Hari ni Uwais sudah makin ceria dan sihat! dah mahu makan dan cakap banyak! :) Thanks Allah.. dariMu datangnya sakit dan dariMu jua segala penawar..

**************************************************

Sedikit Gambar ketika AGM bagi sesi lantikan 2010/2011..

Calon-Calon yg dipertandingkan .. ;)

Mantan Presiden, ust Asyraf sedang memberikan ucapan dasar sebelum mesyuarat bermula

Selesai sudah majlis AGM PPMAj.. Barisan Kepimpinan baru sudah pun dilantik. Bagi keputusan penuh perlantikan tersebut, bolehlah rujuk pada blog rasmi PPMAj.. :)

Amanah baru.. Tanggungjawab baru.. Ust Muhammad B. Sidek menerima lantikan baru bagi jawatan Presiden sesi 2010/2011 daripada Pengarah MSD, Hj Ust Sulaiman


Dan pada pukul 2pm hari ini (30Mei) telah diadakan Majlis ringkas bagi meraikan Ust asyraf yang sudah pun tamat pengajiannya dan akan pulang ke Tanah Air.

Gambar Kenangan... Ust Asyraf juga bakal melangsungkan perkahwinannya bulan Julai nanti insyaAllah.. moga Allah mudahkan urusannya.. :) Selamat Teruskan Perjuangan..


Sekian... ^-^


Opps..!! sebelum tu, nak promosikan juga jualan pihak PPMAj terkini.. Sila layari MySweilehTrading... :) Beli..Beli.. Jangan X Beli... ;)

Thursday, May 20, 2010

AhLaN Ya WiDaD AdLiNa MohD ErHaM


Alhamdulillah... Call Malaysia, dpt perkhabaran gembira. Baru dapat anak buah sorang lagi kelmarin, anak kepada abg umi yg sorang tu. ;)


Nama baby: Widad Adlina Bte Mohd Erham :) bayi perempuan yg comel ini dilahirkan di Hospital Pekan, pahang, seberat 3.6kg.. Syabas dan tahniah buat K.Ita & Abg Am. Mabruk 'alaikuma..


Moga dengan Kelahiran mutiara hati ini menambahkan lagi ceria dan bahagia buat kalian... moga membesar dengan sihat dan menjadi mujahidah islam pembela agama Allah tercinta..! amiin.. :)




* Thanks to my twin, forwardkan gambar si comel ni.. :)
** selepas ni kami menunggu perkhabaran gembira lagi 3 adik beradik sebelah abg yg jg akan mendapat baby masing2 masa terdekat ni.. :) Alhamdulillah.. sungguh anak itu Anugerah dan Rezki Allah!
*** Pastu insyaAllah giliran umi dan kakak kembar umi pula ujung thn ni.. ;) moga selamat dimudahkan dan selamat semuanya..amiin..

Monday, May 17, 2010

Pesanan Imam Al-Ghazali


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "
masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "
memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan solat". Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "
lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Sumber: http://tazkirah.yolasite.com



Thursday, May 13, 2010

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyuman nya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.


Tuesday, May 11, 2010

Contest Tidur Paling Comel

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wrt...

Buat pertama kalinya umi luangkan masa untuk mencuba menyertai contest yang disediakan oleh kalangan kawan2 umi sendiri... contest tidur paling comel ni umi dpt dr blog kawan umi... hanna... :) saja je nak try.. cuba nasib..hehe...

Syarat-Syarat contest: Klik di sini... sapa-sapa yg berminat, bolehlah join sekarang :) due date dilanjutkan hingga 31 Mei ni..


************************************************************

...Tidur Anakku Sayang...

gambar yg umi pilih.. tidur bersama anak kucing kesayangannya yg juga merangkap sebagai bantal peluknya.. ;) banyak gambar tidurnya tp umi pilih yg ni lah... ;)

Nama : Uwais Amzar Bin Mohammad Najib

Umur: 2 Tahun 4 Bulan

Tarikh Lahir : 27-12-2007

Warna Kesukaan : Biru


Saturday, May 8, 2010

Allah Akan Membuktikan Isi Hatimu


“Bumi Jordan ini adalah sebahagian daripada apa yang disebut Allah alladzee baaraknaa haulahu!”.

“Dan mungkin salah satu daripada keberkatan itu, adalah pada keupayaan Jordan menyerlahkan isi hati kita di sini, dan sekembalinya ke Malaysia nanti.

ISI HATI

Sahabat…
Selama bermastautin di bumi Anbiya’ ini, tanyalah hatimu dari satu hari ke satu hari, apakah yang engkau dambakan daripada keberadaanmu di bumi ini.
Jika di celah doamu di bawah awan bumi Syam ini ada sekelumit calar terhadap keikhlasan berjuang dan menjadi pewaris Anbiya’, calar itu nanti akan menjadikan engkau pencalar umat sekembalinya kalian ke pangkuan masyarakat.
Justeru ikhlaskanlah hati pada meninggikan cita-citamu dan Allah akan membuktikan keikhlasan hatimu.
Bumi Isra’ ini penuh barakah.
Setiap perlakuanmu di bumi Jordan adalah permintaan tentang siapa dirimu, suatu hari nanti…


Friday, May 7, 2010

untuk jadi bidadarimu...

Lagu: Bidadari
By: munif ahmad




Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku


Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku


Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia


Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga


Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula


Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga
Ku ingin bercinta hingga ke syurga...

ais krim!


musim panas dah tiba... anak-anak sukalah nak makan ais krim..!! :)

Monday, May 3, 2010

MAAFKAN…

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan orang yang menyakitimu. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu!

Wahai diri, ingatlah, segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang “menghadiahkan” air mata… Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi “sebab”, lihat dengan mata hati yang Allah jua yang menjadi “musabbabil asbab”.

Jika kau di sakiti, DIA sedang mengajarmu erti reda. Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan… tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.

Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba-hamba-Nya.

Di sini tidak lama. Di SANA jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat, akan menyebabkan kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada Tuhan akan menimbulkan rasa sabar menghadapi karenah insan. Belajarlah daripada Nabi Yahya AS dan Zakaria AS yang digergaji mati tanpa dapat melihat bunga-bunga kemenangan. Belajarlah dari Sumaiyah dan Yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah Islamiah dan empayar Islam berkembang.

Mereka tidak dapat kemenangan… tetapi mereka tidak hilang ketenangan!

Wahai diriku, mereka (salafussoleh itu) menjadi “besar” kerana menghadapi ujian yang besar. Mereka “mempertaruhkan” nyawa. Pada hal aku, kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma “harga diri”. Terasa diri ditipu, dipersenda dan diperkotak-katikan serta tidak dihargai. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain.

Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika benar-benar kita tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri sendiri. Namun ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan. Hati yang ego bertuhankan “maddiah” (material dan fizikal). Bila syaitan berbicara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan ukurtara kemuliaan… dia memberontak. Merasa Adam dilebihkan.

Syaitan tidak bahagia dengan “kebahagiaan” Adam.

Akibat marah, cemburu, derita, kecewa lalu dibujuknya datuk dan nenek kita (Nabi Adam dan Siti Hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu: BIAR HILANG KEBAHAGIAAN MANUSIA. Agar bertempat bersamanya di neraka – derita selama-lamanya. Wahai diri, beringat-ingatlah akan tipuan syaitan bila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. Itulah rasa yang sangat merbahaya. Itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

Wahai diriku, Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah MEMBERI MAAF.

Ah, terlalu sukar memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terngiang-iang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Memberi maaf seolah-olah menggadaikan harga diri.

Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong-tarik dengan harga yang rendah? Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ku. Yang melantunkan suara ego dan marah. Tetapi jauh dari dalam diri… ada suara lain yang bergetar. ‘Hati kecil’ yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.

Maafkan… lupakan, cintakan, sayangkan. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman yang bermaksud, tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri.

Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya.

Apakah akan kuterjah perangkap itu berkali-kali? Oh, tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali! Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu.

Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai - what you give, you get back – apa yang kita berikan akan kita terima kembali.” Ah, betapa leganya sekarang… Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.

Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah – yang punya tabsyir dan inzar – bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang baqa. Kini hatiku tertanya-tanya lagi… siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan?

Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil itu untuk terus tidak memaafkan? Ya, Allah, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang… aku ‘terlanjur’ menumpang hak-MU. Aku tidak sekali-kali disakiti oleh-MU wahai Allah, begitu juga oleh hamba-hamba-MU… tetapi aku disakiti oleh ego ku sendiri!

Sumber: Ust Pahrol Mohd Juoi (http://genta-rasa.com)


:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”