Saturday, July 11, 2009

:: Cintai dia kerana Allah ::

oleh:
Maznah Daud

Allah menciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.”
(Ya Sin 36:36)

Manusia diciptakan terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan perkahwinan.

Perkahwinan merupakan satu ibadah. Ia mengandungi hikmah tertentu. Jika dihayati dengan sebenarnya pasti akan membuahkan natijah yang baik dan menguntungkan di dunia dan akhirat.

Antara hikmah perkahwinan menurut Islam adalah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
(Ar-Rum 30:21)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menerangkan bahawa Dialah yang mencetuskan rasa kasih, sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Dan kasih sayang itu adalah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Secara tidak langsung dapat difahami bahawa cinta yang terjalin antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri bukanlah sesuatu yang datang daripada Allah. Ia adalah hasutan syaitan dan kehendak nafsu semata-mata.

Justeru, suami isteri harus sedar bahawa cinta yang terjalin antara mereka bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan fitrah, malah ia satu anugerah, rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Esa.

Maka demi mengekalkan rahmat dan nikmat yang sangat berharga, suami isteri harus meningkatkan rasa cinta mereka ke tahap yang lebih tinggi, lebih murni dan abadi, daripada cinta kerana ikatan ijab dan qabul kepada cinta kerana Allah.

Cinta kerana Allah adalah ikatan cinta yang dijalin di atas asas iman dan akidah. Seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah akan meletakkan saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri. Menurut asy-Syahid Hasan al-Banna, kasih sayang yang paling rendah ialah bersikap terbuka dan berlapang dada, dan yang paling tinggi ialah mengutamakan saudara.

Sikap terbuka dan berlapang dada amat penting demi mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Jangan kamu putuskan hubungan dan tidak bertegur sapa, jangan benci-membenci dan dengki-mendengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah, sebagai saudara antara satu sama lain. Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan saudaranya (dalam keadaan bergaduh) lebih daripada tiga hari.”
Riwayat al-Bukhari

Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain.

Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat 49:12)

Orang yang berkasih sayang kerana Allah sentiasa mengamalkan sikap toleransi, saling bermaafan dan tidak membesar-besarkan kesalahan saudaranya. Contoh terbaik adalah sikap pemaaf Rasulullah s.a.w. ketika menerima kekalahan dalam peperangan Uhud yang berpunca daripada segolongan sahabat tidak mematuhi arahan baginda. Peristiwa ini dirakamkam oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
(Ali Imran 3:159)

Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya yang Muslim, tetapi dia tidak memaafkannya, maka dia (saudaranya itu) menanggung dosa seperti pemungut cukai (secara tidak sah).”
Riwayat Ibn Majah

Cinta kerana Allah mementingkan pelaksanaan tanggungjawab lebih daripada menuntut hak. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Kewajipan Muslim ke atas saudaranya yang Muslim enam perkara:

-Memberi salam ketika berjumpa
-Memenuhi jemputannya
-Memberi nasihat
-Memohon rahmat ketika dia bersin
-Menziarahinya ketika dia sakit
-Mengiringi jenazahnya apabila dia telah meninggal dunia.”
Riwayat Muslim

Cinta kerana Allah juga tidak mengharap balasan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan duniawi. Yang diharapkan hanyalah ganjaran daripada Allah serta keredhaan-Nya. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (maksudnya):

“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’”
Riwayat at-Tirmizi

Seandainya suami isteri dengan penuh sedar mencintai pasangannya kerana Allah dan menghayati segala tuntutannya, maka keindahan hidup ini bukan sahaja dapat dikecapi oleh mereka berdua, sebaliknya akan melimpah ruah ke dalam masyarakat, negara dan alam seluruhnya kerana rumahtangga adalah batu-bata yang membentuk masyarakat. Baik rumahtangga, sejahteralah masyarakat.
********************************************
Note: Saya mohon berbanyak kemaafan kepada ukhti Shila kerana tidak dapat memenuhi jemputan minum petang beliau petang tadi. Keadaan kesihatan diri amat tidak mengizinkan saya untuk hadirinya. Bagaimanapun, terima kasih atas jemputan. :)

Sunday, July 5, 2009

:: CUCUK ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini Along Uwais kena cucuk bagi umurnya yang sudah pun cecah setahun setengah. Ikutkan appointment datenya pada 26HB jun lepas, tapi disebabkan pada waktu itu, kami masih berada di Turkey, terpaksalah tundakan.. Kami tiba pula pada hari ahad pagi.. sedangkan untuk khidmat cucuk tu hanya ada pada hari ahad. Terpaksalah tundakan lagi. Kakaknya Hanin ketika itu sedang berada di klinik dan mungkin sudah dicucuk.. saya dapat message dari mamanya petang itu bagitahu yang Hanin dah kena cucuk, demam panas sikit dan tak boleh bergerak sangat. Katanya memang cucuk kali ini doktor kata agak kuat sikit penangannya!

Esoknya saya ziarah mereka (kebetulan mereka pun baru pulang dari mengerjakan Umrah). Saya tengok Hanin terketar-ketar nak jalan. Sian dia. Terus datang pada saya minta peluk. Mungkin nak ngadu yang dia tak sehat.. Lama juga tak jumpa anak susuan saya ni..Rindu sangat2.. masa Jaulah, hampir tiap hari saya cakap dengan Uwais, kakak Hanin buat apa tu ye..? :)

Ok, balik semula pada cucuk Uwais. Abinya seorang yang bawanya ke klinik sebab abi tak bagi saya ikut, katanya nanti jalan naik bukit, jauh lak tu. Minta saya tunggu rumah je. Saya baru sangat lagi dalam minggu mengandungkan anak kedua kami. Risau juga dia bila nampak saya buat keje banyak2.. huhu.

Sebelum pergi, saya berpesan ulang kali pada Along Uwais, "along jgn nangis tau!kena kuat!" Dia senyum saja.. Salam tangan saya dan cium..

Pulangnya, Uwais terus datang cari saya di dalam bilik. Mungkin nak ngadulah tu yg dia kena cucuk ;) memang pun.. Dia dengan senyum2 tunjuk jari telunjuknya yg dicucuk untuk diambil darah. Saya tengok direkodnya, berat badannya 9.8Kg (belum cecah 10kg pun) tapi alhamdulillah juga grafnya naik..yang penting dia sihat! Masa tu saya tengok dia ok lagi..boleh gerak, lari sana sini.. Selang beberapa jam lepas tu, dia dah mula panas2 badan, nak terbaring.. datang pada saya panggil umi..umi.. (lembut sungguh nadanya..)

Ok, along baringlah tidur dulu ye. Umi letakkan bantal atas kepala.. Saya tepuk2 sikit, terus tertidur. Letih nampaknya kesan dari cucukan tu. Lama juga dia tidur. Lepas bangun tu hingga sekarang dia terbaring lagi sambil tengok cartoon arab di TV. Salinkan nappy dia dan masukkan tahmil ikut punggungnya. Ubat panas badan. masa tu rasa betul panas badannya..Alhamdulillah Uwais ok lagi setakat ni..Boleh juga gelak2 saya main dengannya. Bila dia dah boring, panggil2 saya suh main dengan dia. lepas tu minta saya dukung dia.. Dah boring baringlah tu..

Uwais, anta bathol! hero! Doktor cakap padanya pagi tadi.. So, along kena kuat ok? sikit je.. kena tahan.. :) sehat cepat!!

Thursday, July 2, 2009

:: TURKEY TRIP 1 (ANTAKYA, KONYA, BURSA, KAYSERI) ::

Assalamu'alaikum wrt...

Alhamdulillah setelah berehat sekian lama (lama ke) saya mahu mulakan sedikit pengembaraan kami sekeluarga bersama sahabat2 dan adik2 Irbid ke bumi Turkey yang penuh dengan sejarahnya tersendiri, antara negara yang sangat menarik dan sungguh istimewa!

Dengan IzinNya kami sekeluarga dapat juga menyertai trip ini yang dikelolakan oleh pihak HZTours oleh kedua-dua pengarahnya Ust Hazimin dan Ust Zaid. Mereka jug turut membawa zaujah dan anak msing-masing. Perkenalan baru antara saya dan zaujah mereka. Memang bagus dan banyak manfaatnya kami rasai bila berjaulah bersama-sama di bawah satu trip sebegini.. Lebih terasa selamat dan peluang ke banyak tempat lebih luas.

Perjalanan kami selama 9 hari bermula 19HB Jun dan berakhir pada 28HB Jun 2009, menaiki bas Sahara yang dipandu oleh Abu Tameer. Tiba di Amman untuk mengambil kami dan seterusnya bergerak ke Irbid mengambil adik-adik (JUST dan YARMOUK) yang turut mengikuti trip ini.

Maka bermulalah jaulah kami menuju ke Turkey... Perhentian pertama kami adalah bumi syam, Syria. Kami berhenti makan malam di salah satu Restoran "mat'am wa mandi" di tengah bandar Dimasyq. Sajian 'Mandi' sememangnya best dan bertambah seronok kerana kami makan bersama-sama dalam satu dulang besar.. merapatkan ukhuwwah insyaAllah!


Malam itu kami hanya bermalam di Hotel 'Sahara' yang sentiasa bergerak menerjah malam yang sunyi.. Sehinggalah kami tiba di sempadan Syria-Turkey (Halab) berhenti untuk hal-hal immigration dan berhenti minum pagi di sempadan Turkey-Syria (HATAY).. Bersarapan Roti, Syurbah Best dan Cay@tea!

Selamat datang ke Turkey


sempat bergambar di galeri hatay Sofrasi


TURKEY
Di Turkey, kami sempat melawat 7 buah tempat iaitu: Antakya, Konya, Adana, Bursa, Istanbul, Kapadokya dan Kayseri. Tapi saya tak banyak ingat sangat nama-nama daerah yg kami singgah, maklum dengan kepenatan dan melayan kerenah anak, saya selalu ketinggalan utk beri perhatian pada penerangan pengelola..huhu.. terpaksalah saya skip tempat2 tersebut dan hanya masukkan beberapa tempat yang saya ingat..hihii.. insyaAllah boleh rujuk pada blog K.ina atau K.siti atau adik2 Irbid lain.. ;)


ANTAKYA


Masjid habibunnajar tertua

Di Antakya, destinasi pertama jelajah kami, adalah ziarah masjid Habibunnajar iaitu masjid tertua di sana. Di dalamnya terdapat beberapa maqam sahabat. (sungguh lupa siapa).


sempat berbual & bergambar dengan 2 org makcik di depan masjid ;)


KONYA
Konya adalah sebuah kota di pusat Anatolia di Turki yang memiliki nama yang dilindungi selama berabad-abad.

Yang paling penting dalam kunjungan ke tempat Konya adalah makam mevlana yg besar, yang berpuisi mystic cara sufism dan Pengasas kepada Whirling Darwis. Selain itu ada Karatay Medrese, yang merupakan sekolah teologi keramik yg telah dijadikan sebagai museum, Alaaddin Masjid Keykubat dari abad 12 dan Ince Minare (Thin Minaret) Masjid. Klik sini.

Di Konya, kami bermalam di Hotel Petek dan sebahagiannya menetap di Hotel Ulusan, hanya berdekatan hotel kami. Sebelum makan malam di Mevlevi Sofrasi, kami melawat Muzium Maulana (Mevlana) dan berpeluang menyaksikan Zikir sufi atau Zikir Mevlana di Mevlana Cultural Markeze (Muzium tu berada dalamnya). Kalau sebelum ini, kami hanya dapat lihat di kaca TV tapi kali ini kami dapat melihat secara live bagaimana zikir ini dimainkan bersama satu tarian unik saya kira.






Esoknya kami melawat pula di salah satu camii (masjid) iaitu Ince Minare (Thin Minaret) Masjid. (yeker namanya..?) dan Aladdin Park yang sangat cantik, penuh dengan bunga-bunga yang berbagai warna. Kami tak sempat ikut rombongan ke tempat lain, terpaksa berhenti di satu tempat duduk sebab masa tu Uwais sedang meragam (menangis mahu tidur). jadi saya dan abinya terpaksalah tidurkannya dulu. saya terpaksa menyusukannya dahulu. Alhamdulillah lepas agak lama juga, uwais dah reda. Sempat juga kami snap beberapa keping gambar di taman tersebut. Keadaan di situ panas terik, mungkin sebab tu Uwais pun tak selesa, tambah mengantuknya lagi.. huhu.. sabar je.. :)

salah satu bngunan tinggalan sejarah.. seakan UFO ;)

Aladdin Park


Pastu pergi ke Muzium yang dahulunya adalah sebuah madrasah.. Didalam tu terdapat beberapa peninggalan bahan-bahan sejarah lama seperti alat mengesan qiblat, ukiran-ukiran patung dan sebagainya.

hadapan muzium

Then melawat masjid Serafiddin yg berdekatan. Kami makan tengahari di restoran Lokanta Safi. Makan nasi Pilaf yang rasanya seakan nasi dagang bersama ulam-ulaman dan berbagai jenis lauk-pauk. erm, sungguh menyelerakan. Kalau nak tahu, di sini (turkey) nasinya hanyalah sepinggan kecil saja manakala lauk-pauk pula pelbagai. memang diet yg best lah! hihii..


Lepas makan, kami ke satu masjid. (Allah..lupa lg namanya..) Dalamnya ada muzium dan maqam-maqam.
di luar masjid tersebut..

Lepas Solat di salah satu masjid

BURSA

Di Bursa kami singgah di satu taman yg tersusun dihiasi pancutan air yg menarik. Sesuai dengan gelarannya Green Bursa, yang berasal dari Kebun dan Taman yang hijau. Bursa juga terkenal dengan pusat pembuatan sutera di mana di sini terdapat satu bazar sutera yg menjual khusus pelbagai jenis kain yg dibuat dari sutera. Di sini kami sempat beli satu bantal je buat anak teruna kami.hihii.. (sebab lupa bawa bantalnya dr Sweileh). Tak lupa di sini juga ada menjual rempah dan herba tradisional dan kami sempat beli 1 jenis teh herba asli sebagai kenangan.


Sebelum tu, kami ziarah Yesil Cami a.k.a Green Mosque (masjid hijau) yg terletak bersebelahan dengan bazar tersebut. Masjid ini diakatakan antara masjid yang tercantik dan indah dekorasi dan seni binanya. Memang cantik! terdapat beberapa ukiran lama dan ayat2 al-Qur'an yang indah diukir di sepanjang dinding masjid. Di tengah-tengahnya terdapat kolam kecil yg ditengahnya ada pancutan air. Memang ada sedikit kelainan saya bandingkan dengan masjid2 yg kami singgah sepanjang trip ini.

dalam masjid hijau

ukiran di salah satu pintu masuk masjid

Sebelum singgah di sini, kami sepatutnya menaiki cable car di Uludag tapi disebabkan cable car sedang di dalam pembaik pulihan, jadi ianya ditutup buat sementara waktu. Kalau naik cable car ni memang kita akan nampaklah kota Bursa keseluruhannya dari atas. pasti menarik! tapi tiada rezki kami waktu itu.. :) all about Bursa, klik sini..


KAYSERI

Kayseri adalah daerah asal kelahiran Presiden Turkey sekarang iaitu Abdullah Gul. Kami just ambil gambar je sekitar taman di situ.. saya dah rasa penat masa tu nk jalan jauh lagi. ;) boleh klik sini all about Kayseri..




Ok, Istanbul dan Cappadocia, To Be Continue... terasa pening-pening dah... huhu

Wednesday, July 1, 2009

:: KEDUA KALINYA ::

Assalamu'alaikum wrt...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi
yg Maha Pemurah Maha Penyayang
Atas Nikmat dan KurniaanNya

Buat Kedua Kalinya
Selepas Kesekian Kalinya..
Moga dengan IzinNya
Segalanya Selamat dan Sejahtera..

Maka tiba saat diuji lagi
Sifat Sabar dan Tenang dalam diri
Moga terus diberi kekuatan untuk ini
Ya Allah jika ku lemah, Kau Kuatkanlah semangat diri

Setiap pagi akan kurasa
ya, memang aku telah mula rasainya
untuk kedua kalinya..
untuk bakal Zuriat yang Kedua..
Tentunya hadiah berharga buat Along Uwais dan Abinya :)

Pening, Loya, muntah semua
Kurang berselera, idam apa-apa
Syukur ada 'teman' setia sentiasa bersama
Demi zuriat ku akan tetap bertenaga
Hanya dengan IzinNya...

Moga Zuriat bakal lahir nanti
bakal menjadi anak soleh@solehah
khalifah memakmurkan syiar Islam
Berbakti pada Agama, bangsa dan Negara!

Buat kalian sahabat2ku
Ku pohon doakan kesejahterranku dan bayi dalam kandunganku
agar semuanya selamat hingga saat lahirnya dia ke dunia..
amiin..

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”