Thursday, October 28, 2010
Alf Mabruk Bonda Yana & Ust Nasir sekeluarga
Tuesday, October 26, 2010
InsyaAllah...
Sunday, October 24, 2010
Sabar Menanti... Sayang Ummi...
************************************************
Your baby is now considered "full term," even though your due date is three weeks away. If you go into labor now, his lungs will likely be mature enough to fully adjust to life outside the womb. (Some babies need a bit more time, though. So if you're planning to have a repeat c-section, for example, your practitioner will schedule it for no earlier than 39 weeks unless there's a medical reason to intervene earlier.)
Your baby weighs 6 1/3 pounds and measures a bit over 19 inches, head to heel (like a stalk of Swiss chard). Many babies have a full head of hair at birth, with locks from 1/2 inch to 1 1/2 inches long. But don't be surprised if your baby's hair isn't the same color as yours. Dark-haired couples are sometimes thrown for a loop when their children come out as blonds or redheads, and fair-haired couples have been surprised by Elvis look-alikes. And then, of course, some babies sport only peach fuzz.
Wednesday, October 20, 2010
Surprising... Suspen... huhu
Saturday, October 16, 2010
Anakanda Demam Panas!
Friday, October 15, 2010
No Body Is Perfect...!
Wednesday, October 13, 2010
Cinta seorang Suami
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”
“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)
Tuesday, October 12, 2010
Kerana Terleka
Saturday, October 9, 2010
جاء الشتاء
Monday, October 4, 2010
PPMAj Raya 1431@2010
Maka selepas berbincang, kumpulan pertama (k.liza) menyediakan Nasi Bukhari Santai Sweileh, Kumpulan kedua (Marwah) menyediakan Nasi Daging Nur Sweileh dan kumpulan Ketiga (K.Pah) menyediakan Nasi Kerabu Daging Bakar D'Safwa.
Nama Santapan satay bagi ikhwah yang pertama (Ust Anwar) Satay D'Sweileh bersama temanya: "Sedap hingga menjilat Lidi..Jangan Jeles..", Kedua (ust najib@abi) menyediakan Satay resepi Bonda D'Lima, Kumpulan 3 (Ust Hazwan) menyediakan satay One Malaysia dan kumpulan keempat (Ust Syed) menyediakan Satay Spice Special.. semua kumpulan memberi kerjasama yang sangat baik dan menonjolkan hasil kerja derta kreativiti yang selama ini dipendam.. (masing-masing punyai kepakaran memasak serta bakat seni tersendiri ;)
Para juri hanya terdiri daripada kalangan kami saja disebabkan wakil MSD dan Kedutaan tidak dapat hadir bersama kerana pada masa yang sama ada program lain yang terpaksa mereka hadiri. Moga di tahun2 hadapan, jika ada lagi pertandingan sebegini, bolehlah para juri di bawakan dari luar Sweileh..hehe ;) apa-apa pun yang paling utama, kekuatan dari ikatan ukhuwwah itu yang kita mahukan... moga selamanya bersemi, mekar dan terus subur ke akhirnya... ^-^ insyaAllah...!
Friday, October 1, 2010
Debaran yg Kian Terasa
Debaran umi mula dirasai saat ini..
Ketidakselesaan, sakit sini.. sakit sana..
Tidur malam tiada lagi lenanya..
itulah hakikat saat seorang ibu mahu melahirkan anaknya..
ku redha dan sabar dengan semua rasa ini...
Moga kemanisan dan rasa bahagia itu nanti adalah penawarnya
tatkala anakanda yg dikandung ke sana ke sini selama 9 bulan
lahir ke dunia ini...
Ya Allah, mudahkanlah... selamatkanlah untuk segalanya..
anakku, umi menantimu dengan penuh sabar dan bahagia.. ^-^
**************************************
Bayt Amzar juga mendoakan adik Azeelah Abd Halim, pelajar bachelor Universiti Of Jordan agar cepat sembuh. Dapat tahu sekarang beliau ditahan di wad Hospital Jami'ah Urduniyyah, wad emergency tingkat 2 Isolation 5 bilik 258 akibat jangkitan chicken pox dan beberapa komplikasi lain.
Moga beliau terus diberikan kekuatan dan kesabran dalam hadapi dugaan ini.. moga cepat sembuh dan masuk belajar semula..!!
**************************************
Ahlan Wasahlan buat adik ummi, alang yang akan tiba pada petang ini di Amman.. moga dalam perjalanan yang baik dan selamat.. :-)
**************************************
akhirnya, buat kumpulan 3 akhawat: Ummi Pah, Mama Ain & Cik Naz , untuk program pertandingan masakan kita sabtu ni, chayok2x!! kita sama-sama berusaha buat yang terbaik... kalah menang adat pertandingan, yang penting ukhuwwah kita biar tambah erat dan mantop! insyaAllah khairan.. :-)
Dan tak lupa buat kumpulan abi uwais..:) buat satay yang terBEST!! hehe.. baca Bismillah, selawat sebagai permulaan.. insyaAllah lazizzzz jiddan!! ;-)
**************************************