Wednesday, July 29, 2009

:: Ucapan2 ::

Assalamu'alaikum wrt..


Salam Takziah dr kami buat keluarga ipar saya @ mertua kakak kembar saya yang baru kehilangan bapa mertuanya kelmarin. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin dan rohnya dicucuri rahmatNya.. Moga tabah dan sabar dalam teruskan kehidupan. Al-Fatihah buat Allahyarham.


************************

Kami Ucapkan tahniah buat Ustaz Zul & Rifhan Diyana atas kelahiran anak kedua mereka (perempuan) 5 hari lepas (24hb Julai 2009) di Hospital Klang. Moga anak ini menjadi anak solehah, pemangkin cita-cita kedua-dua ibu bapanya, InsyaAllah. Srikandi buat agama, bangsa dan negara!

************************

Kami doakan buat sahabat Ara yang kini sedang di hospital. Doa kami semua di sini agar esok segalanya berjalan lancar dan selamat. InsyaAllah Khair.. Rabbi yassir wala tu'assir. Moga ibu dan baby semuanya sihat dan selamat! amiin.


************************

wassalam

Monday, July 27, 2009

:: AJAK @ AJAR ANAK ::

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum wrt..


Saya ingin berkongsi sedikit pandangan tentang didikan dan bimbingan anak ini terutama di dalam solat.

Suruhan dan Gesaan


Dalam mendidik anak, kita tidak perlu menyuruh mereka dengan banyak kali untuk melakukan sebarang tugasan. Jika kita memberi tugasan kepada anak-anak, beritahu atau sampaikan sekali sahaja. Selepas itu perlulah ada tindakan susulan.

Sebagai contoh: Jika ingin anak kita solat, perintahkan mereka untuk solat sekali sahaja. Selepas itu ibu bapa perlu perhatikan dan tunggu sehingga mereka membentangkan sejadah dan terus solat.

Ingat, perintahkan mereka sekali sahaja, tapi tunggu sehingga mereka melaksanakan tugas itu. Anak-anak akan mendengar dan mengikut arahan ibu bapa seandainya kita menasihati mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Seandainya kita mengamalkan cara atau kaedah ini, maka akan lahirlah anak-anak yg berdisiplin dan mendengar kata. Tetapi kita ada anak-anak masih degil dengan sekali suruhan, maka hendaklah digesa sekali lagi dengan penuh kasih sayang. Jangan menaikkan suara tanpa sebab.

pastikan suruhan dan gesaan kita itu didengar dengan jelas oleh anak-anak. Jangan sekali-kali merungut atau membebel sedangkan butir-butirnya tidak didengar dengan jelas oleh anak-anak. - petikan drp Buku Kemahiran Mendidik Anak: 21 kaedah mendidik anak cemerlang, Dr Hj Fadzilah kamsah, Hj Muhammad Zakaria, telaga biru

Gambar hiasan: abg khairi, abg faheem dan uwais sedang solat bersama

Ajak dan Ajar

Saya ingin menambah dari petikan tersebut di mana saya rasa sangat baik jika kita 'mengajak' anak kita melakukan aktiviti berfaedah bersama sebagai contoh di atas, Solat. Dengan ajak, bermakna kita juga ajarnya bagaimana mengerjakan solat secara tidak langsung. Kerana dengan perkataan ajak seperti 'mari' atau 'jom', insyaAllah anak dengan mudah akan ikut bersama kita melakukan solat jemaah. Apatah lagi bagi anak lelaki dengan mudah akan mengikut bapanya ke masjid bersama. Bermulalah didikan ini sedari awal usianya kerana jiwa anak amat mudah dibentuk jika kita mula menitik beratkan hal-hal kewajipan dalam agama ini sejak awal usianya. Bak kata pepatah, Meluntur buluh Biarlah dari Rebungnya. Dengan ajakan ini, anak akan merasa kebersamaan itu dan insyaAllah mereka akan merasa nikmat dan seronoknya melakukan solat itu tanpa adanya paksaan dalam jiwa mereka.

Alhamdulillah, itulah yg saya dan suami cuba biasakan buat nak sulung kami, Uwais (semoga Allah sentiasa tetapkan imannya dalam agamanya dan istiqamah dalam melaksakan suruhanNya hingga akhir hayatnya) ajak dia solat bersama kami (walaupun dia buat masa ini hanya sekadar boleh sujud, takbir dan sujud) kerana kami lihat kadang kala tanpa di suruh dia lakukan sendiri pergerakan solat (sujud) itu dengan bunyi Awwa Abar(Allahu Akbar) di usianya kini setahun 7 bulan. Saya lihat anak-anak seusianya memang sedang memerhati dan mengikut setiap pergerakan kita seharian. Mereka akan cuba buat dan mencuba segala sesuatu yg baru. Ambil peluang ini sebagai didikan awal kita untuk mereka melakukan aktiviti berfaedah bersama. Biasakan anak-anak dengannya. InsyaAllah perkara yg biasa dibuat ini akan berterusan hingga dewasanya.

Berbeza pula dengan ajar. Dimana jika kita hanya ajar tanpa kita sendiri tidak lakukan apa yang kita ajar atau suruh, it's nothing lah orang kata. Anak-anak akan rasa keterpaksaan dalam melakukan solat itu. Makanya dalam mengajar, kita ajaklah sekali anak-anak solat bersama selalu agar perkara itu seiring sejalan bersama. Kerana Solat adalah salah satu tiang islam yg amat penting dalam membina dan mendidik peribadi muslim. :) Jika kita boleh lakukan senaman bersama, melancung bersama, rehlah bersama, bersukan bersama, makan bersama, apatalah salahnya kita lakukan Solat Bersama! insyaAllah ianya akan membawa impak yg positif ke arah mencanakan anak-anak soleh solehah.. (moga Allah tetapkan iman kami, tunjukkan kami dalam mendidik anak-anak kami bakal generasi pimpinan islam masa depan, insyaAllah).

Akhir kalam, saya kongsikan bersama doa untuk kita dan anak tetap solat. Dari surah Ibrahim ayat 40-41:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal & pembalasan."


Wallahua'lamu bissowab..

Wassalam.

Family First!
ummu uwais

:: REJAB< SYA'BAN>RAMADHAN ::

Sunday, July 26, 2009

:: HADITH 3/40 : RUKUN ISLAM ::

Assalamu'alaikum wrt...

Dari Liqa' tafaqquh PPMAj pada sabtu minggu lepas tentang Hadith ke-3 daripada Hadith 40. Dalam keadaan yang kurang sehat dan ditambah pandangan kejap-kejap kepada si anak yg terpaksa dibawa bersama buat saya kurang 'istiqomah' atau kata lain kurang beri perhatian pada penyampaian yg disampaikan oleh Ust Yus tentang hadith ini. Makanya, saya berusaha mencarinya di satu laman dan sedikit sebanyak bantu saya faham secara ringkasnya di sini. Mungkin Ust Yus boleh postkan intipatinya secara mendalam di laman beliau sendiri. Moga memberi manfaat untuk semua, insyaAllah..


*********************************

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-Iman) bab باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيانأرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka. Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.

2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya. Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir. Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma). Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq. Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan. Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:


Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Daripada: http://almansuqie.blogspot.com/2008/05/hadis-3-rukun-islam.html

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”