Monday, January 31, 2011

Krisis Mesir: LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI / RAPAT UMUM DI JORDAN

Ya Allah, selamatkanlah dan lindungilah saudara2 kami di sana..


Update berita2 Terkini Keadaan Di Mesir:


Di bawah Perutusan dari wakil MPPMJ
sumber; PPMA
*********************************************
Assalamualaikum w.b.t

Kepada semua ahli MPPMJ,


LARANGAN MENYERTAI SEBARANG DEMONSTRASI / RAPAT UMUM DI JORDAN


Merujuk perkara di atas, kami barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Malaysia Jordan menyarankan kepada semua ahli MPPMJ agar semua mahasiswa dan mahasiswi Malaysia tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan demonstrasi atau rapat umum yang dianjurkan oleh mana-mana pihak/pertubuhan NGO di Jordan.

Larangan bertujuan untuk memastikan keselamatan semua mahasiswa/wi Malaysia dan juga bagi mengelakan sebarang bentuk tindakan yang tidak diingini diambil oleh pihak berkuasa tempatan kepada sesiapa yang menyertai demonstrasi dan rapat umum tersebut.


KENYATAAN RASMI KPT MALAYSIA SITUASI SEMASA DI MESIR


Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau perkembangan terkini situasi di Mesir berikutan rusuhan dan tunjuk perasaan yang berlaku di negara tersebut. Sehingga kini, tiada penuntut dan rakyat Malaysia yang terlibat dan mereka dilaporkan selamat.

Kementerian Luar Negeri juga sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan di Kaherah dan sedang menyusun langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Mesir.

Kedutaan Besar Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan berkaitan di Kaherah juga sentiasa memantau perkembangan terkini di sana dan telah menghubungi dan menasihati semua pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Mesir termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan PETRONAS supaya mengambil langkah-langkah keselamatan sewajarnya dan mengelakkan dari berada di tempat-tempat yang berisiko tinggi tercetusnya rusuhan.


Sumber: http://media.inform.gov.my/e-press/cetak sm.asp?data_dtl_oid=54025&data_type=Siaran+Media&state=WP+Kuala+Lumpur


Sekian, terima kasih.

Yang benar

( MOHD AFIQ BIN MOHD SALEH )

Presiden,

Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan,

Sesi 2010/2011.

No comments:

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”