Monday, January 17, 2011

Kekuatan Itu Daripada Allah


Kesedaran akan keterlibatan Allah bukan suatu alasan yang menyebabkan kita lemah malah malas. Tidak berusaha hanya kerana berharap pada takdir Allah. Justeru seharusnya hal ini menjadi suatu dorongan yg kuat bagi kita. Inilah yang akan menjadi motivasi kita.

Ada beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari kesedaran kita akan keterlibatan Allah, iaitu:

Kekuatan
Siapa yang boleh melawan takdir Allah? Jika kita ditakdirkan berhasil siapa yang boleh mencegahnya? Begitu juga untuk sebaliknya jika kita ditakdirkan untuk kecewa atau sedih walau kita tidak melakukan apa-apa, kekecewaan atau kesedihan pasti menghampiri kita. Sehingga tidak ada pilihan bagi kita kecuali untuk berusaha.

quote: "kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah"


Sabar
Orang yang meyakini akan takdir Allah, dia akan selalu sabar setiap musibah menimpanya, kerana semuanya dari Allah. Dia akan menyambut musibah itu dengan tegar, setegar gunung atau setegar karang diterjang ombak laut. Tanpa goyah sedikit pun.

Sungguh indah apa yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib r.a.: “Hai bapak Fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melewati takdirmu, dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku, dan engkau mendapatkan dosa.”

Redha dan Qana’ah
Kita akan redha terhadap apa yang diberikan Allah dan qana'ah akan rezeki yang DIA berikan kepada kita. Sehingga kalau kita sudah berusaha tetapi takdir bicara lain, kita akan redha dengan kegagalan yang dialami, kerana semua dari Allah. Tidak ada alasan untuk tidak redha.

Pengaruh dari sikap ini, dia akan bersungguh-sungguh mencari rezeki dan dengan cara yang benar.

Menerima Apa Adanya
Orang yang yakin dengan takdir, dia akan menerima apa yang diberikan Allah kepadanya. Sikap ini akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak akan kecewa, sedih, putus asa, dan sikap-sikap cengeng lainnya. Dia yakin apa yang terjadi pada dirinya adalah yang terbaik bagi dia.

Memiliki Harga Diri
Orang yang yakin akan takdir Allah, akan memiliki harga diri kerana yakin apa yang dia miliki bukan berasal dari manusia tetapi dari Allah semata. Jika pun ada peranan manusia, itu hanya sebagai perantara saja. Harga diri ini akan menjadi sumber kekuatan luar biasa, sehingga dia mampu mencurahkan segenap potensinya.

Berjiwa Tenang dan Damai
Orang yang yakin akan takdir, akan yakin pula bahawa segala musibah tidak akan membuatnya takut dan ciut. Dia tenang terhadap apapun yang akan dan telah terjadi kerana semuanya adalah kehendak Allah. Dia tidak akan ragu melakukan apapun kerana hasilnya adalah keputusan Allah setelah dia berusaha. Dia tidak akan menyesali masa lalu, dia yakin dengan masa kini, dan berani menghadapi hari esok.

Berorientasi ke Depan dan "Doing The Best"
Orang yang yakin akan kekuatan Allah, sabar, redha, qana’ah, menerima apa adanya, memiliki harga diri, tenang, dan damai terhindar dari penyesalan masa lalu, berani menghadapi realiti, bebas dari rasa pesimis, dia tidak mendapatkan jalan lain kecuali berorientasi ke depan menuju yang lebih baik, bersungguh, dan melakukan pekerjaan sebaik mungkin.

Wallahu a'lam

2 comments:

k.a said...

macam kena plk tajuk ni dengn k.a skg...huhu..thanks kak ayu..rasa lebih bermotivasi..

Unknown said...

k.a... alhamdulillah.. mg kekuatan itu terus ada dlm dri kita.. apa2 pun yg berlaku, hanya Allah sajalah tempat segala pergantungan dan harapan..:-) kerana DIA maha mengetahui mana yg terbaik tuk kita dan hikmah yg tersembunyi disebalik ujian yg kita hadapi.. sama-sama bermuhasabah..insyaAllah :)

Rindu kt k.a..huhu

p/s:artikel ni akk alih ke bahasa melayu sikit..hehe..asalnya bahasa indonesia;)

actually akk terilham slps kwn baik akk diuji dgn pemergian ayahandanya k rahmatullah.. mg Allah juga bagikan kekuatan pd dirinya..amiin

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”