Wednesday, January 20, 2010

Uwais suka buat...

Hobi uwais sekarang suka mewarna walaupun uwais taklah mewarna dengan betul, malah memegang pensil warna pun belum mahir.. hihii.. cumanya sekarang umi nampak minatnya sudah ada untuk aktiviti seni itu.. Masa singgah ke pasar malam berhampiran rumah Mak Ngahnya tempoh hari, uwais meminta ummi belikan buku mewarna serta sticker Upin & Ipin. (memang pantang nampak buku2 sebenarnya si uwais ni..). Tambah pula Mak Ngahnya kata nak bagi pada uwais pensil warna yang ada lebih dari simpanan K.Amni, anak bongsunya hasil dari hadiah2nya dari tadika.. Maka, kemana-mana dia pergi, mesti ingat bukunya tu.. bawa tu ada gaya lak tu.. kepitkannya di celah bawah ketiaknya.. sebijik gaya abinya..!! haha


Uwais juga suka main kenal2 anggota tubuh dan derianya.. macam gigi, hidung, mata, kepala, rambut, telinga, tangan, kaki dan perut! Dia akan buat gaya untuk setiapnya.. kalau gigi, senyum nampakkan giginya lah. kalau hidung, buat hembus kuar angin. kalau mata seperti biasa buat aksi mata juling ke atas dan sebagainya. haha

dari jordan ke malaysia.. tak berenggang dengan anak 'tiger'nya@'cat'nya tu.. huhu

Alhamdulillah banyak dah perkara yang dia belajar dan banyak juga butir perkataan yang dia dah boleh sebut. Mak Tehnya juga kadang2 ajarkannya juga sebutan bunyi huruf mengikut english learning ;). Bila tengok dia dah minat untuk belajar ABC ni, kami terjumpa laptop kecil yg agak murah yang mengajar kanak2 mengenal huruf dan nombor sambil berhibur. Kalau boleh kami nak tanamkan sikap dan minat membaca dan belajar dalam dirinya sedari usia kecilnya ni. Bukan memaksa tapi mengajak bersama-sama supaya dia tak rasa bosan..! :) Moga usaha ini menjadi loncatan untuk terus tersemat dalam dirinya di masa-masa mendatang, insyaAllah..

mari abi ajarkan..

Dan buat abi tersayang, teruskan melangkah tanpa rasa ragu di hati demi sebuah kejayaan yang bakal dikecapi. Yang pastinya Usaha, Doa dan Tawakal, insyaAllah kejayaan itu untuk dunia dan akhirat..


Sekian dulu...
Salam Rindu selalu.. ;)

1 comment:

Nailofar said...

haha..bijaknye uwais..:)

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”