Monday, January 18, 2010

Bayt Amzar Al-Malizi 2..

Assalamu'alaikum wrt...

Harap semua sahabat ceria dan bahagia selalu..

erm, masa sekarang amat terbatas buat hubby yang sedang tekun dan berusaha untuk penulisan tesisnya.. untuk tesis PhD nya ini amat mencabar baginya dan menuntut umi dan uwais cuba memahami akan situasinya kini.. Berusahalah abi.. jangan mengalah dan patah semangat.. Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar.. moga rahmatNya sentiasa bersamamu..amiin.

___________________________________________

Jumaat baru ni kami ke Bukit Mahkota, Kajang (tempat tinggal lama kami sebelum ke Jordan) untuk berjumpa keluarga sahabat baik kami, Ust Ghazali dan Usth Rosilawati (abu dan ummu 'ammar). Sementara hubby ada urusan di USIM dan KUIS.

Di rumah mereka, ummi sempat masakkan nasi mansaf buat hidangan tengahari kami atas permintaan ummu 'ammar yang menghitung hari untuk melahirkan putera kedua mereka. Alhamdulillah.. walaupun tak seratus peratus serupa mansaf di Jordan, menjadilah juga.. ;)

Ummu 'Ammar juga ada suggestkan kami baca buku PhD Kecil tapi signifikan tulisan Muhd Kamil bin Ibrahim yang sedikit sebanyak memberi satu semangat dan inspirasi dalam menghadapi cabaran-cabaran PhD ni. Umi sempat juga baca seimbas lalu.. memang bagus dan sekurang-kurangnya umi dapat faham situasi abi sekarang.. isteri mana tak susah hati dan gelisah bila mana melihat sang suami tercinta sedang dalam kesulitan.. kalau boleh nak bantu tapi hubby kata berikan sokongan moral dah cukup baginya. Serta doa untuknya.. kini saya benar-benar memahami perasaan sahabat2 lain yang suaminya juga menyambung pengajian ini setelah saya sendiri alaminya....


bergambar kenangan di hadapan kediaman mereka

abu 'ammar dan abu uwais.. 2 sahabat akrab..
___________________________________________

kami juga berkesempatan mencuri masa untuk bertemu ust Zul dan Diyana yang juga pernah mengembara ilmu di bumi anbiya' tahun lalu.. Sambil hubby menyampaikan kiriman untuknya dan bertukar-tukar buah fikiran.. Alhamdulillah dapat juga berjumpa dengan Diyana dan babynya, Syifa' yang kini sudah 6 bulan usianya.. erm, abgnya, Uwais al-Qarni juga pun dah besar..! :)

uwais dan 'ammar bergambar bersama baby syifa'..

jalinan ukhuwwah.. :)

Alhamdulillah.. Diyana kini sedang mengusahakan bisnes onlinenya..menjual tudung2 wanita terkini dari turkey.. kami ucapkan semoga bisnesnya berkembang dan berjaya insyaAllah.. chayok2x!!! :D. Buat sahabat2 kami, bolehlah ziarah blog Diyana di http://tudunguntuksemua.blogspot.com/.

______________________________________________

Ha, beralih pula ke cerita Uwais Amzar dan adik 'sepupu kembar'nya.. Taqif Amsyar.. Uwais sangat sayangkan bubu amsyar.. umi tengok dia pandai layan dan main bersamanya.. berbeza kalu dia main dengan teman2 sebayanya.. ada saja masa gaduhnya.. haha.. erm..dah boleh jadi abg ni.. ;)





ceria 2 'sepupu kembar'..hehe..


Sekian dahulu..
salam rindu buat semua di Jordan.. :)

3 comments:

ummu faqeh said...

sungguh benar apa yang dikatakan ..amt hebat cabaran nak menghadapi PhD ini..hebat suaminya dan hebat juga isterinya..anak2 juga kenalah hebat..insya Allah akan melahirkan kejayaan yang HEBAT untuk membentuk generasi yang HEBAT!!!amin..

Unknown said...

betul tu Izma.. syukran kata2 semangat tu.. insyaAllah sama-sama kita berusaha ye.. :)

Unknown said...

salam....lg bagus ummi ayu leh bwk bhn bcetak memahami PHd ni dr sana boleh kita sama2 mntapkan 'kesunyian' kita ni. huhuhu....

:: Mutiara Kata ::

“Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan 1 kelemahannya kau akan menjauhinya. Andai kau ingin berteman janganlah kerana kebaikannya kerana dengan 1 keburukannya kau akan membencinya. Andai kau ingin bersahabat janganlah kerana ilmunya kerana apabila dia buntu kau akan memfitnahnya. Andai kau ingin berkawan janganlah kerana sifat cerianya kerana dia tak pandai menceriakan mungkin akan menyalahkannya. Andai kau ingin bersahabat terimalah dia seadanya kerana dia juga manusia biasa.”